Tuesday, 16 April 2013

Teman Baru ("o")

Salam.

Dah berbulan rasanya jari aku ni tak menari kat sini, asyik menari kat Excel je. Ditambah pula dengan semangat aku yang hilang disebabkan maybank2u aku tak boleh nak guna.. gerammmm.

Tapi akhirnya hari ni aku telah berjaya meng'akses' kembali maybank2u aku. Masalah pertama waktu aku buat report dulu, dorg cakap TAC number tak boleh send kat no Celcom, maka aku ni terkedek-kedek mencari nombor Maxis untuk mendaftar menjadi pengguna maybank2u yang baru.

Masalah masih sama, aktiviti ber'shopping' di alam maya terpaksa aku hentikan. Bila aku request untuk TAC no, keluar window yg bagi tau TAC no aku dah berjaya di'send' tapi aku duk tengok Samsung Colby kuning pemberian adik aku ni kenapa tak bersiul lagu Troublemaker dendangan Hyuna ngan sapa ntah yang kump. Beast tu, lupa plak. Rasa cam nak hempas2 je handphone, tapi aku ni bukan kaki beli handphone jadi aku maafkan je lah Cik Colby.

Tadi waktu aku ke bank dan selesai urusan company, aku bawa kaki aku berjalan-jalan mencari kedai telefon dan tak jauh dari bank aku jumpa sebuah, terus aku masuk, jenguk mana telefon yang paling murah (walaupun ada keinginan nak membeli Samsung Galaxy pelbagai huruf tu kan). Akhirnya ada dua handphone yang paling murah, satu RM65 dan satu RM69. Tangan aku dah pegang yang harga RM65 tapi salesgirl tu kata yang RM69 ni lagi senang function nye. Maka aku ambillah yang RM69 tu.

Hasilnya, walaupun murah handphone ni telah berfungsi dgn baik. Berjaya juga aku terima TAC no. Wahai, kedai2 online tunggu aku datang menjenguk. Bagi orang yang bukan jenis bergayut kat telefon macam aku ni, cukuplah dengan telefon pemberian org dan murah2 je :(

Inilah, Cik Orked yang baru aku beli tadi (aku melayukan sket nama dia)
 

Ciao.... Nak start bershopping. Kalau rajin dan ada masa aku tunjuklah apa barang yang aku ketagih nak beli tiap-tiap bulan tu kan.
 

Friday, 11 January 2013

Akhirnya..

Salam.

Sedihnya....akhirnya Ebu pergi jugak tinggalkan aku. Lepas ni dah tak bleh dah aku peluk-peluk dia. Entah apa silapnya, lepas jumpa doktor aritu dia dah ok sket. Hidung dia dah ok, xde dah selsema, makan pun berselera tapi dua tiga ari lepas tu dia macam tak bersemangat, Asik tidur je, makan x, minum pun kurang.

Tak pasal-pasal aku menangis kat tempat kerja. Bleh x? Jenuh nak cover n tahan dari terus tersedu-sedu. Kang orang kata bergaduh ngan boyfriend plak padahal boyfriend pun x pernah wujud. Sampai sekarang aku tak boleh pergi kat tempat tidur dia, kang mulalah meleleh air mata ni... ;(

Nak menghilangkan perasaan sedih biasanya aku duk melayan Running Man ngan citer Thai. 'Rangkaian' siri TV aku dah dekat 2 minggu di'hold'. Lagilah aku bosan. Minggu depan baru semua citer tu akan ditayangkan balik dan minggu berikutnya barulah aku boleh download.

It's ok. I'll wait patiently.
  
 

Sedang menunggu mood datang untuk buat review drama. Oops, how can I forgot there is a lot of drama to be watched.
AXN

 

DIVA
 

THAI LAKORN
 Raeng Pradtana (citer baru. Kat Youtube baru upload sampai ep 2)

 Panya Chon Kon Krua (tahun lps punya cerita tapi belum abis upload.)
Dan pastinya menanti lakonan one of my favourite pra'ek Aum Atichart dan Yaya untuk remake Maya Tawan.

Dan juga Tik dan Anne untuk drama Ya Luem Chan.