Tuesday, 16 April 2013

Teman Baru ("o")

Salam.

Dah berbulan rasanya jari aku ni tak menari kat sini, asyik menari kat Excel je. Ditambah pula dengan semangat aku yang hilang disebabkan maybank2u aku tak boleh nak guna.. gerammmm.

Tapi akhirnya hari ni aku telah berjaya meng'akses' kembali maybank2u aku. Masalah pertama waktu aku buat report dulu, dorg cakap TAC number tak boleh send kat no Celcom, maka aku ni terkedek-kedek mencari nombor Maxis untuk mendaftar menjadi pengguna maybank2u yang baru.

Masalah masih sama, aktiviti ber'shopping' di alam maya terpaksa aku hentikan. Bila aku request untuk TAC no, keluar window yg bagi tau TAC no aku dah berjaya di'send' tapi aku duk tengok Samsung Colby kuning pemberian adik aku ni kenapa tak bersiul lagu Troublemaker dendangan Hyuna ngan sapa ntah yang kump. Beast tu, lupa plak. Rasa cam nak hempas2 je handphone, tapi aku ni bukan kaki beli handphone jadi aku maafkan je lah Cik Colby.

Tadi waktu aku ke bank dan selesai urusan company, aku bawa kaki aku berjalan-jalan mencari kedai telefon dan tak jauh dari bank aku jumpa sebuah, terus aku masuk, jenguk mana telefon yang paling murah (walaupun ada keinginan nak membeli Samsung Galaxy pelbagai huruf tu kan). Akhirnya ada dua handphone yang paling murah, satu RM65 dan satu RM69. Tangan aku dah pegang yang harga RM65 tapi salesgirl tu kata yang RM69 ni lagi senang function nye. Maka aku ambillah yang RM69 tu.

Hasilnya, walaupun murah handphone ni telah berfungsi dgn baik. Berjaya juga aku terima TAC no. Wahai, kedai2 online tunggu aku datang menjenguk. Bagi orang yang bukan jenis bergayut kat telefon macam aku ni, cukuplah dengan telefon pemberian org dan murah2 je :(

Inilah, Cik Orked yang baru aku beli tadi (aku melayukan sket nama dia)
 

Ciao.... Nak start bershopping. Kalau rajin dan ada masa aku tunjuklah apa barang yang aku ketagih nak beli tiap-tiap bulan tu kan.