Amik kau tajuk n3 aku.
So, merujuk pada tajuk n3 aku tu, banyak perkara yg berlaku pd bulan ni. Ada citer sedih, ada citer gembira dan antaranya adalah;
Serangan ke atas Palestin
Sangat sedih atas apa yg berlaku kat rakyat Palestin. Aku sampai tak sanggup nak tgk dan baca berita pasal Palestin. Sangat celaka Israel (yg membunuh anak2 kecil dan wanita kononnya pengganas), sangat celaka negara2 Arab (yg hanya berdiam diri, berjoli dgn kekayaan yg ada) dan sangat celaka negara2 sekutu Israel terutamanya Amerika (yg menyokong dgn menyalur bantuan senjata dan kewangan). Puiiiii.... dan yg terbaru dlm berita td, Malaysia dituduh jadi tmpt pejuang Hamas dilatih. Tengkorak dia org, mentang2 kita menyokong kuat Palestin, nak main tuduh2 plak. Aku berdoa pada Allah S.W.T, turunkanlah bala dan balasan pada kaum yg sangat angkuh lagi zalim tu. Yahudi laknat.
Tragedi MH17
Aku terkejut dgn apa yg berlaku pd MH17. Aku masih ingat, waktu bersahur tu tergerak hati nak buka tv (lepas World Cup, jarang bersahur tgk tv). Mula2 ingatkan dah jumpa MH370, bila aku bulat2kan mata yg mengantuk tu baru aku perasan yg kat atas skrin tv tu tulis MH17, dan sangat mengejutkan bila dapat tahu yg kapal terbang kita ditembak. Ya, Allah dah kenapa plak nak tembak kapal terbang komersial?
Esoknya, bila baca berita macam2 yg diperkatakan. Yg banyaknya mengutuk, mengeji, salahkan org tu, salahkan org ni. Tak fikir langsung perasaan ahli keluarga yg terlibat. Yg tak pernah belajar aviation, semua tunjuk pandai. Ntah2 nak terbangkan kapal terbang mainan pun belum tentu pandainya.
Alhamdulillah, pendekatan yg diambil oleh pemimpin kita berjaya memujuk pemberontak. Walaupun tak dpt bawa balik mayat rakyat kita sebelum Aidilfitri, sekurang2nya ahli keluarga mangsa masih dapat buat apa yg sepatutnya sbg closure, tak seperti ahli keluarga MH370 yg ada antaranya masih berharap.
Ok, itu antara yg sedih sepanjang bulan ni. Hari ni, 31/07/2014, merupakan hari keempat kita berhari raya.
Raya tahun ni, pada aku sama je macam tahun2 sebelum ni. Aku amik cuti seminggu, 3 hari cuti syarikat bagi 3 hari lg terpaksa tolak gaji sebab cuti tahun aku dah abis (masa adik aku kawen dah amik bnyk cuti).
Yg tak bestnya, tahun ni beraya gaji tak dapat, terpaksa merayu nak gaji. Bos aku memang tak berhati perut. Bonus raya memang tak pernah merasa, apalah salah bgi gaji awal? Kesian kat pekerja bahagian production, gaji dahlah sikit. Bukannya duit takde, aku taulah dah hari2 aku yg duk check balance kat bank. Kalau tak pun bagilah dlm RM200 ke RM300 sorg, nanti gaji tolak je lah. Dasar taik idung masin. Patutlah syarikat tak maju2. Kalau dah 60 tahun lebih tu sepatutnya dah maju cam Adabi tu.
Dahlah, malas aku cakap pasal perempuan kedekut ni. Kita citer pasal hari raya. Hari raya pertama mak aku buat nasi minyak. Kiranya pecah tradisilah sebab biasa raya pertama buat mee rebus except for last year buat nasi tomato sebab birthday aku jatuh pada hari raya 08/08/2013. Raya kedua dan ketiga buat laksa. Tahun ni aku tak bnyk buat biskut raya, mak aku plak buat biskut lama2 dan yg goreng2 je. Mujurlah adik ipar aku beli dua, tiga biskut moden. Dlm tak bynk, tak bnyk tu, berbalang-balang juga atas meja. Alhamdulillah.
Raya tahun ni juga buat aku macam hilang mood nak berjalan (tp kena juga) sebab banyak betul kereta kat Kuala Kangsar ni. Ada masanya sampai jammed. Aku sanggup amik jalan jauh sikit (sikit je) dari duk menghadap jam. Bila aku bising2 mak aku akan cakap yg org Malaysia dah kaya2 belaka sebab tu banyak kereta. Ye ke? Atau harga kereta sekarang ni dah murah, even yg kerja kilang pun mampu berkereta. Ada lebih kurang tiga hari lagi aku terpaksa menghadap situasi ni dan yg pasti jalan besar depan rumah aku akan sentiasa sibuk dalam tiga hari ni.
Nota kaki: Mujurlah ada jalan2 kampung yg boleh dijadikan jalan alternatif supaya tak stress bila nak cross jalan di simpang2.