Friday, 24 October 2014

I am so Angry and Disappointed

Assalamualaikum....

Dah berhari-hari rasanya aku tahan marah ni. Ikutkan malas nak menarikan jari kat my virtual diary ni. Kalaulah cari kerja tu mudah, kalaulah aku cuma perlu beri 24 hours notice, memang dah lama aku angkat kaki dari syarikat ni. Patutlah sejak akhir2 ni asyik ditimpa musibah je. Sebab perangai kau tu. Asyik orang je kena jaga hati kau mengalahkan engkau tu Yang Dipertuan Agong. Kau tak tahu langsung nak jaga hati orang, nak hargai pertolongan orang. Semua benda berkira tapi kalau untuk kau,anak-beranak kau (plus sekarang ni dah kemaruk nak kat ex-husband blk) laju je kau sign

Tak elok doakan yg buruk-buruk untuk orang ni tapi aku dah tak tahan rasanya sebab dah jenuh berdoa supaya hati kau ni lembut. Insaf dengan musibah yang melanda. Jaga kebajikan pekerja-pekerja yang tak seberapa ni. Tak pernah berubah langsung, makin lama makin teruk pula aku tengok, tudung ibarat fesyen, rambut dah macam-macam kaler. Tak payahlah berlagak letak gelaran Hajah kat pangkal nama kau tu. Buat kasi malu Islam je. 

Ok, please stop Anis. Hari Jumaat ni......So, for the rest, biarlah gambar2 ni yang berkata utk menggambarkan perasaan aku waktu ni....





 

Nota kepala lutut: Aku dah takde hati nak gi seminar............

Tuesday, 14 October 2014

Pengalaman Temuduga Penguasa Kastam W41 - 13/10/2014

Lega rasanya...Dah dekat seminggu rasanya bertapa, melayan nervous di hati dan akhirnya semalam perasaan tu dah berakhir. Aku ni kalau nervous takleh nak wat ape, asyik duk fikir benda tu. (tapi sempat gak layan citer Jepun ngan Korean variety show)

Semalam pukul 2 ptg aku ada interview kat Kolej Sains Bersekutu Kesihatan Tg. Rambutan. Tak pernah sampai pun tapi tak susah mencarinya, dekat dgn Hospital Bahagia. Aku siap angkut mak aku lagi g interview. 1) sbg supporter 2) sbb mak aku penah duduk kat area sana ngan makcik dia masa kecik2 lu. Bukan takde yg bwk family dtg iv, cuma aku siap angkut sampai kat luar bilik iv. Sudahnya, mak aku jadi kaunselor kat bebudak iv yg lain. Sian, dorg yg muda2 tu dtg sensorg, ngan nervous cam aku. Mak akulah yg duk bg semangat kat dorg. (Ikut tips, tak elok bawa mak ayah ni, nampak cam manja beno kita ni.) Mak aku yg sanggup menunggu sebab ingat aku nak jadi 1st candidate tapi lambat susun dokumen terus dpt giliran ketiga.

Sempat gak sembang2 ngan 2,3 candidates. Sudahnya yg sorg tu senior aku masa kat Jengka dulu, apa lagi mengimbau kenangan lamalah sbb batch dia nilah yg duk buli kita org masa orientasi kat Kem Sri Gading. Dah dekat 10 tahun kot tapi rasa cam baru je kena buli tu. Hehehe, lawak betullah, patut masa dia sampai aku macam penah je tgk dia.

Oklah, nak citer pasal pengalaman aku ditemuduga. Aku dpt sms dr SPA pada ptg 08/10/2014 dan yg bestnya aku tgh berjimba di Cameron Highlands. Dahlah hujan kat sana, dpt je sms tu lagi sejuk tgn aku sebab tarikh start iv pd 07/10/2014. OMG, aku dah kecut, pada masa yg sama doa minta2 tarikh iv aku lmbt sket. Sampai rumah dah dkt kul 8mlm. Tak sempat tanggal tudung aku dah buka my lappy dan terus buka SPA Portal n aku tarik nafas lega sebab tarikh iv aku 13/10/2014.

Dan bermula malam tu aku start buat ulangkaji, jenguk2 FB SPA kot2 ada calon yg citer pengalaman dorg di'iv'. Biasalah kalau kat FB ramai yg bermasalah, nak tukar tarikh iv, nak tukar tpt iv, lmbt dpt notifikasi dr SPA tntg maklumat iv dan ada yg dah di'iv' plak citer ketakpuasan hati dorg. Aku amik semua tu sbg pengajaran dan langkah berjaga-jaga, mana2 tips tu aku try cari in4. Terima kasih kat dorg.

Pendekkan citer, pada 13/10/2014 pukul 12.45 tgh aku ngan mak aku bertolak ke tpt iv. Sampai lbh kurang 1.30ptg. Tak ramai yg ada kat luar bilik iv, mungkin ada yg Solat Zuhur dulu. Hampir pukul 2 ada pegawai urusetia dtg. Punyalah kalut pakcik tu, suara cam petir tanya kita org dah makan ke belum. Lepas tu nampak panel temuduga naik. Mak ai, yg bilik LTD 38 tu punyalah muda n handsome n bergaya. (Gatal ko ni). Tapi seb baik aku tak dpt kat situ, kalau tak mahu gagap aku.

Lepas urusan pendaftaran dan penyemakan aku dapat giliran ketiga utk sesi ptg tu. 1st candidate tu dekat 20 minit kat dlm, tu pun aku rasa lama gila dah dia kat dlm sebab bilik sebelah sana dah nak masuk calon ketiga, dia tak kuar lagi. Dia kuar je, terus kita org tnya, apa soklan yg dorg bg? (macamlah soklan sama) Panel iv tu ok tak orgnya? Dan jwpn sangat positif.

Bila giliran aku, perkara pertama mak aku suh baca macam2 ayat dia ajar kat aku utk hilangkan nervous aku. Suh masuk dgn kaki kanan, ntahlah aku dah tak ingt aku masuk ikut kaki mana. Bagi salam pun sore cam tak kuar. Sampai kat depan meja penemuduga, bagi fail siap minta maaf lagi sebab ic aku buruk bebenor.. (yg baru tak dpt lagi). Dorg gelak. Ok, lega rasanya sebab macam friendly je.

Pengerusi iv, umur baya2 ayah aku je. Rasanya dari Kastam kot, tak sure sangat sebab tak pakai uniform, nama pun lain dari dalam surat panggilan. Dia suh duduk, in English. OMG, dah start cuak. Jarang kot speaking ni. Aku said thank you. Then, dia sebut nama aku, Anis Dalila...What should I call you? Anis or Dalila. Aku pun jawablah, Anis. Dia ulang lagi. Anis? Yes, I would prefer Anis (ceh, dah start nak speaking). Pastu, soklan paling glemer. Could you please introduce yourself? Apa lagi, aku pun start le introduce macam yg aku selalu practice tapi akhirnya bnyak yg aku cut.

Habis je ayat terakhir aku, i think that's all about me. Terus dia g tanya pasal kerja aku. Ini antara soklan2 yg dorg tanya yg aku ingt.
1) Pasal tugas2 aku sebagai Pegawai Akaun..

2) Disebabkan aku kerja kat kilang, dia tanya ada tak berurusan dgn Kastam?
Ada. Stp 2 bulan aku kena prepare payment utk 5% sales tax. 

3) Pastu dia tanya nama borg yg aku guna. 
Alahai, nape la dia tnya plak, aku dah lupa. Selalu tu main taip je. Aku g tau aku lupa. Dia try bagi hint, aku g tahulah start ngan CJ..lastnya aku g tau CJ 15 seb baik tak CJ7. Dia senyum, pastu dia g tau bukan CJ 15 tp CJP01. Aku sengih je lah.

4) Dia tnya borang apa lagi yg sykt aku guna utk berurusan dgn Kastam.
Waktu ni rasa cam nak hantuk pale kat meja. Aku ada tgk borang tu kat bahagian Purchasing tapi taklah plak aku nak menghafal sebab bukan aku yg buat. Aku bagi tahu yg aku tak tahu nama borang tu tapi aku tahu ada satu lagi borang yg kami guna. Sudahnya dia jawabkan tuk aku, Borang CJP05, guna untuk permohonan pengecualian bercukai utk barang mentah...bla...bla.. Aku angguk2 je time dia explain tu.

5) Disebabkan aku dah biasa dgn cukai jualan katanya, maka dia akan tanya tntg cukai jualan.
Aduh, nape nak tanya pasal cukai jualan pula. Penat aku duk hafal pasal fungsi2 Kastam, bahagian2 Kastam, tu belum masuk visi dan misi Kastam lagi. Aku pun jawablah berdasarkan apa yg penah aku belajar.

6) Pastu dia tanya apa perbezaan cukai jualan ngan GST? Dia suh terangkan kelebihan GST.
Aku dah baca dan dah ready dgn soklan GST ni, so aku jawablah berdasarkan hasil pembacaan aku dan penerangan dr kursus yg aku pergi.

7) Eh, cam tak puas hati lagi, tanya lagi cam mana GST tu dilaksanakan, 
Aku jawab je..dia plak baik ati beno duk tambah2 jawapan aku.

Passed kat wakil dari SPA. Aku dah cuak kalau dia tnya pasal sistem perkhidmatan awam ni, pasal sistem pentadbiran ke. Mana aku nak ingat dah wei.

8) Puan tu tnya pasal GST juga, katanya sebab aku dah pernah pergi kursus GST, dia suruh aku terangkan apa yg aku dapat masa pergi kursus tu.
Aku cerita pasal cara2 utk buat tuntutan cukai input. Selebihnya, aku goreng. Jujurnya aku pun tak berapa paham sngt. Hehehe.

Ok, back to Kastam Rep.
9) Dia tanya masa kat UiTM ada tak masuk SUKSIS ke, KESATRIA ke, ROTU ke?
Aku g tahu aku tak masuk semua tu tapi aku masuk PBSM. Pengerusi iv buat muka blur.
Aku ulang lagi aku masuk PBSM, blur lagi..oh, tak paham PBSM stand for what. So aku bagi tahu la Persatuan Bulan Sabit Merah.

10) Ada kawad tak?
Ada. Ingatkan PBSM takde kawad. (Kali terakhir join PBSM masa sekolah rendah, mana ade kawad2 ni. Asik nyanyi lagu PBSM ngan ikat tangan ngan kain anduh.. duhhh). Disebabkan mulut ni gatal sebut 'ingatkan takde kawad', maka laju je dorg kata aku tak suka kawad. Hah sudah, masak ko Anis, Seb baik dtg idea. "Yelah, selalu kalau sebut PBSM, mesti org ingat pasal bantuan kecemasan je kan?" Aku sengih. Dua org panel tu pun sengih.

Pengerusi IV: Dalam Kastam ni kena selalu kawad. Kat AKMAL, kadang2 sehari suntuk kena berkawad. Waktu pentauliahan kena berkawad, kalau ada apa-apa majlis pun kena berkawad.
Aku: Ya..ya..(sambil angguk2 pale)

Pengerusi IV: Pengambilan kali ni akan diserapkan ke bahagian penguatkuasaan. (Eh, bukan bahagian cukai dlm negeri/GST ke?). Kena kejar penyeludup. Macam citer Hindustan tu (aku dah sengih), kejar2 penjahat, dia lari lompat masuk bot kita pun kena lompat masuk bot. Jangan lompat2 tak masuk bot sudah. (Aku sengih sambil angguk2 kepala). Boleh ke?
Aku: In shaa allah boleh. (Aku senyum)

Pengerusi IV: Kadang-kadang pukul 1 pagi pun kena panggil bertugas. Cik Anis boleh ke?
Aku: Boleh. (dengan konfiden menjawab tp hati dah berlawan-lawan marahkan mulut ni. Boleh ke?)

Back to pegawai SPA
11) Tanya pernah kena audit tak?
Pernah. Sepanjang bekerja dah dua kali aku terlibat dengan audit.

12) Kalau aku berjaya kemudian ditugaskan untuk mengaudit syarikat yg aku bekerja sekarang ni macam mana? Ada conflict of interest kat situ. So, macam mana nak buat? Nak2 syarikat tu ada penyelewengan.
Ok seriously, jawapan aku sangat skema. Of course, aku bagi jawapan yg positif tapi tak pasti boleh diterima ke tak. Masa belajar dulu ada belajar pasal conflict of interest ni tapi aku dah tak terfikir nak jawab cam mana.

 Lepas habis aku jawab, dorg tamatkan iv aku. Aku ucap terima kasih, amik fail dan bersalam dgn puan tu.
Keluar je terus tanya berapa minit aku punya sesi. Mak aku cakap lebih kurang 15 minit je. Sekejap je kalau nak dibandingkan dgn calon sebelum tu. Takpelah, aku redha je. Ada rezeki Alhamdulillah, kalau takde nak buat cam mana kan? 

Kalau tgk jumlah calon yg lulus exam dan dipanggil iv, peratus utk dpt tu sngtlah tipis. Kekosongan 245, calon simpanan lagi, yg KPSL lagi, yg guna kabel lagi..haish, tawakal je lah.

Kesimpulan dari iv aku, 90% dorg tanya aku pasal cukai jualan ngan GST. Takde pun soklan yg terlampau memprovok macam sesetengah calon. Sangat santai sebab awal2 lagi Pengerusi Temuduga tu bagi tahu yg dia tak nak susahkan calon. Tapi kadang2 sesi yg terlampau santai pun boleh perangkap kita. So, kena sentiasa berhati-hati juga.

P/S: Nak up citer pasal jalan2 di Cameron Highland. Tertangguh sebab asik fikir pasal iv je.

Thursday, 2 October 2014

Office Kena Pecah Masuk

Assalamualaikum..

Hari ni berlaku kejadian yg sedikit menggemparkan kat office. Sampai je kat depan kilang aku tgk Kak Di ngan Ida ada kat luar. Dalam kepala fikir dia orang ni tak bawak kunci office ke? Masa aku kuarkan kunci, Kak Di cakap office kena pecah masuk. Hah? Aku tgk ok je pintu masuk tu, rupanya pencuri tu kopak pintu belakang.

Kita orang buka je pejabat, n duduk kat dalam meeting room. Bukan boleh buat keje apa pun sebab belum buat report n polis tak datang tuk buat pemeriksaan. Tapi nasib baik takde apa yg hilang sebab pencuri tu tak sempat nak buat apa2. Dalam cctv yg kita org tgk dorang dah termenung camne nak kopak peti besi.

Peti besi tu kalau guna kunci pun seksa nak membukanya. Dah tak dapat nak buka peti besi, pintu bilik bos aku dikopaknya tapi yg bestnya dah dekat 15 minit baru dorang perasan ada cctv. Lepas dorang pusing angel cctv tu yg guard sedar and gi check kat office yg dah gelap gelita. Terkejut dengan suluhan lampu suluh, lintang pukang dorang lari, sampai tinggal alat-alat yg dorang guna utk mencuri. Alat-alat dorang tu baru lagi siap ada bekas tanda harga. Rasa cam amatur je dorang tu.

Kami yg pekerja ni dah fikir macam-macam. Ada sebab semua ni berlaku dan dari apa yg aku tgk macam tak beri apa-apa impak pun kat bos aku. Bos aku anak-beranak baru balik bercuti dari oversea, dan rasanya bos mana2 pun akan datang ke office awal2 pagi lagi sebab risau tapi bos aku relax je. Mungkin sebab takde apa yg berharga hilang. Yang seorang lagi duk kecoh macam concern sangat, pergi balai dia yg kecoh. Hmm, tak tahulah apa nak jadi ngan dorang ni.

Tapi bersyukur jugalah, walaupun berlaku kejadian tu, mood bos aku ok hari ni. Dokumen2 yang kena sign, elok je dia sign, tak banyak songeh sangat. Hopefully, lepas ni takde lagi berlaku benda-benda macam ni sepanjang aku bekerja kat company ni. Risau juga aku, kot2 ni balasan kat dorang sebab suka berkira sangat.