Sunday, 24 July 2011

Rapuhnya Iman


Salam. Pagi tadi tgh duk breakfast, bleh plak aku layan cerita kanak-kanak kat TV3. Cerita Pangkin Atuk. Episode tadi tentang salah seorang penghuni syurga, Sumayyah. Aku pun join sekali dengan cucu kat dalam cerita tu dgr nenek dia cerita tentang Sumayyah.

Teringat pula masa sekolah dulu, time subjek Pendidikan Islam. Aku suka dengar ustaz dgn ustazah cerita tentang sirah nabi. Tapi ada cerita yang aku tak boleh dgr, cerita tentang peperangan Uhud. Setiap kali aku baca or dgr cerita Perang Uhud aku mesti nangis. Tak tahu kenapa tapi aku memang tak sanggup dgr saat kematian Hamzah, bapa saudara nabi yang turut berjuang dgn nabi.

Berbalik kpd cerita Sumayyah tadi, sebenarnya ada perkara yang buat aku terfikir betapa lemahnya iman aku. Jujur aku akui, dgn iman yang senipis kulit bawang ni aku rasa andai aku di tempat Sumayyah mampu ke aku pertahankan keimanan ak? Ya Allah, minta janganlah kau pesongkan akidahku dan menyekutukanMu.

Kagumnya aku dengan perjuangan dan pengorbanan yang diperjuangkan oleh mujahid dan mujahidah Islam itu. Sedangkan mereka mengenali Islam hanya dalam tempoh masa yang singkat namun, kuat dan utuhnya iman mereka. Kita yg lahir ke dunia ni dah siap bawa title Islam sebagai pegangan agama kita tapi sejauh mana kuatnya iman kita. Aku tak tujukan ni pada sapa2 tapi pada diri aku. Banyaknya kekurangan dalam diri aku ni kalau nak dibandingkan dgn semua pejuang Islam tu.

Hidup dalam dunia yang aman (kat Malaysia ni kira amanlah), kadang-kadang buat kita sering lupa kurniaan Tuhan pada kita. Pernah tak kita terfikir betapa azab dan sengsaranya pejuang2 seperti Sumayyah dan keluarganya serta Bilal bin Rabah dalam menegakkan syiar Islam? Sedangkan kita sakit kepala sikit pun dah merengek (akulah tu :( ).

Aku akui aku bukanlah hamba yang sentiasa bersyukur dan kadang-kadang aku malu kepada Allah sebab bila susah baru kita ingat pada Tuhan. Tapi itu ok lagi, jangan bila kita susah kita marah-marah kat Allah, salahkan Dia atas kesusahan kita. Ya Allah, jauhkanlah aku dr sikap macam tu. Aku hanya mampu berdoa agar Allah jadikan aku kalau pun bukan yang terbaik tapi seorang insan yg sentiasa berubah ke arah kebaikan. Insyaallah.

Sunday, 17 July 2011

Korean Drama vs Thai Lakorn

Wah entry, buat gempak je. Takde apa pun, cuma sekarang ni org duk sibuk cerita pasal Korean Wave, aku plak duk g 'berpoya-poya' kat Youtube cari cerita Thai. Mesti ada yg fikir 'apa klas tgk cerita Thai'. Entah macam mana lah aku boleh ter'addict' tgk cerita Thai dua, tiga hari ni. Sampai nak g ngajar tusyen pun rasa berat je sebab nak habiskan cerita Thai ni. Setakat ni aku dgn jayanya dah habis tgk 2 cerita, Bo See Chompoo dgn Jam Loey Rak. Jangan tanya maknanya, Wallahualam.


Tapi kalau nak cerita sejarah drama Thai atau dalam bahasa dorg lakorn ni, dulu-dulu time aku Form 4, Form 5 sampai aku dah masuk UiTM Jengka, rasanya pernah jadi kegilaan org kat Malaysia, nak-nak makcik-makcik dgn remaja-remaja ni (termasuklah aku ngan kengkawan aku).


Antara cerita yang aku ingat sampai sekarang cerita Soda and Iced Tea lakonan Tik Jesadapon. Waktu tu kat rumah takde komputer, bila hujung minggu pergi cc, cari maklumat tentang Tik. Wah, glamer betul dia waktu tu, bila tgk dia rasa macam dialah lelaki paling kacak di dunia. Cuba sekarang ni, tak terlawanlah ko dengan jejaka-jejaka dari Korea tu Tik oi.

Oklah aku membebel tentang cerita Thai ni, saja nak mengimbau memori ketika muda remaja dulu :). Aku nak start tgk cerita baru Wanida lakonan Tik dan nak sambung gak cerita Sapai Glai Peung Tiang (cerita ni best, kelakar gilerrrr).

 

Monday, 11 July 2011

KITAB CINTA

SINOPSIS

     Sebuah drama yang diinspirasikan dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar d isitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika Universiti.

     Mustika kemudiannya telah dipilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semester akhir mengenai pembangunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada di sana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.



EPISOD 1
Berkisar tentang permulaan perjalanan Mustika dan rakan-rakannya ke Acheh untuk menyiapkan tesis semester akhir mereka dan di episod ini jugalah pertemuan pertama antara Mustika dan Wali.

Part 1: http://youtu.be/gWN0Ettco1w
Part 2: http://youtu.be/YHeDOm1m7jM
Part 3: http://youtu.be/8P4llXf0bx0