Tapi kalau nak cerita sejarah drama Thai atau dalam bahasa dorg lakorn ni, dulu-dulu time aku Form 4, Form 5 sampai aku dah masuk UiTM Jengka, rasanya pernah jadi kegilaan org kat Malaysia, nak-nak makcik-makcik dgn remaja-remaja ni (termasuklah aku ngan kengkawan aku).
Antara cerita yang aku ingat sampai sekarang cerita Soda and Iced Tea lakonan Tik Jesadapon. Waktu tu kat rumah takde komputer, bila hujung minggu pergi cc, cari maklumat tentang Tik. Wah, glamer betul dia waktu tu, bila tgk dia rasa macam dialah lelaki paling kacak di dunia. Cuba sekarang ni, tak terlawanlah ko dengan jejaka-jejaka dari Korea tu Tik oi.
Oklah aku membebel tentang cerita Thai ni, saja nak mengimbau memori ketika muda remaja dulu :). Aku nak start tgk cerita baru Wanida lakonan Tik dan nak sambung gak cerita Sapai Glai Peung Tiang (cerita ni best, kelakar gilerrrr).
No comments:
Post a Comment