Friday, 30 March 2012

Al-Fatihah, YAM Raja Ashman Mangkat

 
Pagi tadi, pertama kali sejak aku kerja bas yang biasa aku naik lambat, lepas tu bila sampai kat traffic light depan Sek. Men. Clifford dgr bunyi siren polis. Dalam hati terfikir, ada acara apa lagi ni sebab baru beberapa hari lepas berlangsungnya acara sukan antara sek2 di padang Clifford. Waktu berjalan ke tempat kerja aku tengok ada pegawai RELA kalau tak salah aku yang turut membantu mengawal lalu lintas, dan aku ada nampak sorg Chinese ni berkerusi roda menuju ke arah Sek. Clifford dan aku terus terfikir, 'Oh, mesti ada pemberian bantuan apa-apa ni.'

Sampai kat ofis, aku meneruskan kerja aku dan tiba-tiba kakak kat tempat keje ni bagi tahu anak Sultan Perak mangkat. Hai, teruk betul aku ni nama je duk kat Bandar DiRaja tapi tak tahu apa-apa. Terus aku Google cari berita tentang kemangkatan putera Sultan Azlan dan Permaisuri Bainun itu.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Kuala Lumpur. Jenazahnya dibawa pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 6.30 pagi tadi untuk disemadikan di Makam Di Raja Al-Ghufran, Bukit Chandan lepas Asar nanti.

Berita tentang YAM Raja Ashman mungkin jarang di dengar oleh rakyat, namun apa yang buat aku kagum dengan Allahyarham, dia antara kerabat diraja yang warak. Kalau korang Google tentang latar belakang pendidikan beliau, mungkin ada yang menyangkakan yang dia bakal mengikut jejak langkah Ayahanda beliau yang pernah berkhidmat di bidang kehakiman. Namun dengan rasa rendah dirinya, beliau memilih untuk memperjuangkan agama Islam. 

Aku ada terbuka satu forum ni, memang kurang ajar bagi org yang bg komen mengutuk beliau. Tak payahlah nak sebut2 tentang org yang dah meninggal. Apa hak korg bercakap tentang dia sedangkan korg tak kenal pun dia. Apa baik sangat ke korg yang menuduh dia makan duit rakyat? Yang mengata tentang majlis persemadian beliau menggunakan duit rakyat. Kalau betul pun itu antara beliau dan Allah. Sepatutnya pandang beliau dari sisi baiknya. Tak ramai kerabat yang warak sepertinya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan Allah tempatkannya di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ini sebahagian majlis agama yang pernah dibuat di kediamannya. Kalau nak tengok klik sini.
 

Wednesday, 21 March 2012

Dunia Baru

Bulan depan akan bermulalah dunia baru aku. Alhamdulillah, tadi baru je dpt offer letter dan nmpaknya akan berakhirlah dunia aku kat tmpt lama ni. Dunia baru yg aku akan tempuh ni memang berkaitan dgn bidang aku dan harapnya aku dpt jalankan tugas aku dgn baik.

Biarpun sekejap je kat tmpat keje lama aku ni, dptlah sket2 info berkaitan law. Tapi memang xboleh masuklah walaupun waktu blajar dulu ada gak blajar tentang law tapi kat tmpt aku keje ni berbeza dgn apa yg aku blajar dulu.

Bila kat tmpt baru nnt, ada masa lg ke aku nak update aku punya blog ni? Kena keje dari Isnin sampai Sabtu dan nampaknya aku tpaksa tinggalkan keje part time aku n must say gud bye to all my students. Nampaknya aku kena buka blk internet kat rumah tu, kalau x memang x ber'update'lah blog ni. Bagi peminat cerita Thai, aku ada satu drama nak recommend tp xde masa nak collect info lagi. Kalau ada masa nanti akan ku'update'kan review tentang drama tu.

Sekarang ni tak tahu nak tgk apa kat TV, takde drama yg boleh buat aku melekat kat TV bila sampai waktu dan ketika. Seperti entri aku sebelum ni, aku tgh bersabar menunggu drama Korea, Love Rain. Oklah, stop sini dulu, nak layan Youtube..Ciao.

Monday, 19 March 2012

Love Rain

 

Menanti dengan sabar kemunculan kembali Yoona sebagai pelakon. Kali pertama aku tengok Yoona ni masa dia berlakon You Are My Destiny (YAMD) dan kerana dialah aku jatuh chenta dengan KPOP. First time aku tengok orang yang chumel cam dia.

Drama terbaru Yoona, 'Love Rain' akan mula bersiaran di KBS2 pd 26 Mac 2012, bagi pelanggan ASTRO kena sabar sikitlah sebab biasanya KBS World akan siarkan lambat sikit. Tapi kalau korang tak sabar tengok online je.

Nak share sikit about dis drama. Jom check.
Title: Love Rain / Sarang-bi
Genre: Romance, melodrama
Episode: 20

Sinopsis (Read in English: Read here)
Drama ni mengisahkan cinta yang berlaku di dua tahun yang berbeza. Yoona dan Jang Geun Suk yang merupakan pelakon utama memegang dua watak iaitu di tahun 1970-an dan zaman sekarang. Drama yg diarahkan oleh pengarah drama terkenal Winter Sonata dan Autumn in My Heart ini mengisahkan Seo In Ha (watak JGS pd 1970-an) yang jatuh cinta pada Kim Yoon Hee (watak Yoona pd tahun 1970-an). Namun cinta mereka tidak kesampaian dan takdir telah menemukan anak mereka iaitu Seo Joon (watak JGS pd zaman sekarang) dan Kim Ha Na (watak Yoona pd zaman sekarang). Bagaimana pula nasib kedua-dua anak mereka? Adakah anak-anak mereka juga bakal melalui takdir yang sama seperti mereka? Korang kenalah tgk cerita ni coz aku tak boleh nak bagi full sinopsis lagi. 

Watak-watak
1970-an

Yoona sbg Kim Yoon Hee
Jang Geun Suk sbg Seo In Ha

  Kim Si Hoo sbg Lee Dong Wook
  
  Son Eun Seo sbg Baek Hye-Jung


  Seo In Guk sbg Kim Chang Mo

  Hwang Bo Ra sbg Na In-Sook

Zaman Moden

Yoona sbg Kim Ha Na
Jang Geun Suk sbg Seo Joon

  Jung Jin Young sbg Seo In Ha

  Lee Mi Sook sbg Kim Yoon Hee

  Kim Si Hoo sbg Lee Ji Suk

  Kim Young Kwang sbg Han Tae Sung

Teaser

Friday, 16 March 2012

X-5, The 'Model-dols'

 


Jom berkenalan


X-5 adalah singkatan bagi Xenos 5 di mana Xenos merupakan perkataan Greek yang bermaksud 'stranger'.
So, dr situ, X-5 bermaksud satu kumpulan yg berbeza dr biasa dan mempunyai keunikan mereka sendiri. Bagi yg mengikuti perkembangan X-5 ni mungkin korang akan nampak perbezaannya terutama dr segi choreography dorg.

Bernaung di bawah label Open World Entertainment, kumpulan ini digelar 'model-dols', 'tall-dols', dan lain-lain kerana ketinggian ahlinya melebihi 180cm. Debut pada 20 April 2011 dengan single 'The Show is Over' dan membuat penampilan sulung di Music Bank pada 22 April 2011 dengan lagu yg sama. Pada 9 Disember 2011, kumpulan ini muncul dengan album mini pertama yg memuatkan lagu 'Dangerous' dan 'Going Crazy'.

Profil 

Ghun                                      

Nama sebenar: Son Hyunseok
Tarikh lahir: 30 November 1989
Posisi: Ketua kumpulan, Vokalis
Tinggi: 183cm

Taefung

Nama sebenar: Lee Donghyun
Tarikh lahir: 28 April 1991
Posisi: Vokalis utama
Tinggi: 185cm

Haewon

Nama sebenar: Jung Haewon
Tarikh lahir: 20 Jun 1991
Posisi: Vokalis
Tinggi: 186cm

Zin

Nama sebenar: Jin Hyunjin
Tarikh lahir: 20 Julai 1993
Posisi: Rapper
Tinggi: 189cm

Sulhu

Nama sebenar: Kim Jinwan
Tarikh lahir: 7 September 1995
Posisi: Rapper, Maknae
Tinggi: 188cm

Trivia

* Walaupun X-5 mempunyai purata ketinggian melebihi 180cm, namun
   Ghun merupakan ahli yg paling rendah.
* Haewon merupakan 'visual' bagi kumpulan ini.
* Pada 2011, X-5 muncul sebagai cameo di dalam drama Miss Ripley
   dan Ghun juga pernah muncul sebagai watak Eric ketika remaja di
   dalam drama Spy Myung Wol.
* Nama Taefung diambil sempena nama Typhoon.
* Haewon dan Ghun pernah menganggotai kumpulan trot, 3Chongsa.

Jom layan lagu-lagu ni

The Show is Over


Fantasy


Get off Me


Dangerous


Going Crazy


Untuk sesiapa yg dah jadi peminat atau mungkin akan jadi peminat dis boy band boleh follow fansite ni x5Fansite utk mengetahui lebih lg tentang X-5.