Bulan depan akan bermulalah dunia baru aku. Alhamdulillah, tadi baru je dpt offer letter dan nmpaknya akan berakhirlah dunia aku kat tmpt lama ni. Dunia baru yg aku akan tempuh ni memang berkaitan dgn bidang aku dan harapnya aku dpt jalankan tugas aku dgn baik.
Biarpun sekejap je kat tmpat keje lama aku ni, dptlah sket2 info berkaitan law. Tapi memang xboleh masuklah walaupun waktu blajar dulu ada gak blajar tentang law tapi kat tmpt aku keje ni berbeza dgn apa yg aku blajar dulu.
Bila kat tmpt baru nnt, ada masa lg ke aku nak update aku punya blog ni? Kena keje dari Isnin sampai Sabtu dan nampaknya aku tpaksa tinggalkan keje part time aku n must say gud bye to all my students. Nampaknya aku kena buka blk internet kat rumah tu, kalau x memang x ber'update'lah blog ni. Bagi peminat cerita Thai, aku ada satu drama nak recommend tp xde masa nak collect info lagi. Kalau ada masa nanti akan ku'update'kan review tentang drama tu.
Sekarang ni tak tahu nak tgk apa kat TV, takde drama yg boleh buat aku melekat kat TV bila sampai waktu dan ketika. Seperti entri aku sebelum ni, aku tgh bersabar menunggu drama Korea, Love Rain. Oklah, stop sini dulu, nak layan Youtube..Ciao.
good luck tuk tempat baru nanti =)
ReplyDelete