Saturday, 21 April 2012

Salam...
Bosan yg tak terkira, mujurlah ada internet kat pc aku ni. So, sambil pening buat bank recon ni aku tarikan juga jemari aku mencari cerita Korea yg boleh aku layan. Dan tetiba je nak dengar lagu Hindustan. Hehehe, sekarang ni orang duk layan cerita Korea je, termasuklah aku sampai terlupa yg citer Hindustan ni pun pernah jadi fenomena kat Malaysia ni, siap hari raya pun ada siarkan citer Hindustan. Punyalah hebat penangannya.

Waktu zaman belajar di Jengka nan permai tu, bosan-bosan aku ngan kengkawan aku mulalah memanjat tangga pergi ke bilik seniorlah, juniorlah, mencari kot ada yang ada cd hindustan. Bukan selalu menonton tapi tak tahulah kami satu kepala, ada masa tertentu yang rasa nak sangat tengok citer Hindustan walaupun kami bukanlah peminat Hindustan.

Pelakon yang aku suka, kalau perempuannya aku suka Madhuri Dixit sebab aku rasa senyuman dia paling menawan dan kalau lelaki, bukan Shah Rukh Khan, bukan Salman Khan atau Hrithik Roshan tapi Arjun Rampal. Hehehe, biarpun taklah glamor gila macam Khan, Kapoor tu semua tapi aku suka tengok dia berlakon.

Apa kata layan lagu Hindustan kat bawah ni. Mana tahu kalau ada yg tetiba terimbau kisah silam :) Ciao.
Ini antara lagu yg aku suka.

Humko Humise Churalo - Mohabbatein

Khushiyan Aur Gham - Filem Mann


No. 1 Punjabi - Chori Chori Chupke Chupke


Medley Song - Mujhse Dosti Karoge


Dil Laga Liya - Dil Hain Tumhara

Tuesday, 17 April 2012

Dunia Baru

Salam...
Minggu ni dah masuk minggu ketiga aku di tempat baru. Masih belajar lagi dan perlu belajar dengan pantas kerana Akauntan yang ada sekarang ni mungkin akan bekerja sampai hujung tahun ni. Kalau aku masih tak dapat nak catch-up dalam tempoh ni susahla kan?

Kat sini barulah aku terdedah dengan dunia perakaunan sebenar. Sebelum ni waktu zaman belajar dulu ada dah lecturer yang bagi tahu dunia pekerjaan berbeza dengan apa yang kita belajar. Memang pun, apa yang kita belajar sometime, tak dipraktikkan pun. Sebab itu kita kena cuba menyesuaikan diri dan belajar macam mana nak menyesuaikan keadaan tapi dalam masa yang sama masih mengikut etika dan peraturan yang ditetapkan.

Hopefully, aku boleh belajar dengan cepat dan berjaya mengutip segala pengalaman kat sini.
(Curi-curi ber'blogging' time keje :p)

Wednesday, 4 April 2012

Cinta Buat Emelda

 
Asyik sibuk promote citer Korea ngan Thailand sampai terlupa kat Malaysia ni pun ada drama2 yg best. Ada satu drama yang aku start tengok dan macam nak follow drama ni sampai habis. Macam best je, diadaptasi daripada novel 'Kasih Antara Kita'.

Terlepas tengok episod satu dan aku start tengok masa episod 2. Jalan cerita boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan drama 'Bicara Hati'. Sebenarnya aku tak pernah pun baca novel ni, tapi bila baca sinopsis dan review daripada beberapa blogger, agak menarik jugalah. 

Kalau ada masa nanti akan kusertakan info drama ni. Ciao.