Salam...
Minggu ni dah masuk minggu ketiga aku di tempat baru. Masih belajar lagi dan perlu belajar dengan pantas kerana Akauntan yang ada sekarang ni mungkin akan bekerja sampai hujung tahun ni. Kalau aku masih tak dapat nak catch-up dalam tempoh ni susahla kan?
Kat sini barulah aku terdedah dengan dunia perakaunan sebenar. Sebelum ni waktu zaman belajar dulu ada dah lecturer yang bagi tahu dunia pekerjaan berbeza dengan apa yang kita belajar. Memang pun, apa yang kita belajar sometime, tak dipraktikkan pun. Sebab itu kita kena cuba menyesuaikan diri dan belajar macam mana nak menyesuaikan keadaan tapi dalam masa yang sama masih mengikut etika dan peraturan yang ditetapkan.
Hopefully, aku boleh belajar dengan cepat dan berjaya mengutip segala pengalaman kat sini.
(Curi-curi ber'blogging' time keje :p)
No comments:
Post a Comment