Selamat berpuasa kepada semua umat Islam termasuklah diri aku. Kali kedua berpuasa sejak bergelar pekerja. Pertama kali dulu ketika masih mengajar dan dugaannya lebih sikit sebab mengajar di sekolah cina, so faham-faham jelah kan. Dan kali ni berpuasa di syarikat yang semuanya orang Islam so tak jadi hal lah sangat.
Baru 1st day puasa member dah ajak gi bazar Ramadhan, yang bestnya dua orang tu tak puasa pun, tapi nafsu cam orang puasa je kan? Waktu bulan puasa ni yang bestnya bila gi bazar, penat mata tengok macam2 jenis makanan dan saat itu mulalah perasaan tamak menguasai dirikan? Semua nak beli, last-last bila berbuka banyak makanan yang tak bersentuh, dah membazirkan?
Tahun ni mak aku dah siap-siap bagi tahu, takde lagi aktiviti berkunjung ke bazar setiap petang. Sanggup tu balik awal sebab nak masak, kena berjimat-cermat sebab nak pakai banyak duit untuk buat wiring bengkel adik aku. Takpelah bila lagi nak makan masakan mak aku sebab kalau hari biasa memang tak masaklah mak aku tu dan kalau aku cuti aku nilah yang disuruhnya memasak. So, aku pun ikut mood juga, kalau ok meriahlah atas meja makan tu kalau tak colek sambal belacan jelah.
Biarpun panas bazar Ramadhan takkan pernah sunyikan?
Ini all-time favourite.
Yumm...
Iman kena kuat beb kalau pergi bazar Ramadhan ni.
Selamat Berpuasa.......
No comments:
Post a Comment