Friday, 21 November 2014

Mesyuarat Penutupan Akaun 2014

Semalam Subuh sepie (bak kata orang Perak) aku dah keluar ke kilang. Katanya nak gerak ke Batu Caves pukul 6 pagi. Seawal pukul 3 aku dah terjaga. Pejam balik sebab awal lagi. Pukul 4, Cik Corby berbunyi. Memang hari2 aku set alarm pukul 4 dengan 6.15 pagi.

 Pukul 4.15 aku bangun gosok baju. Pastu capai novel sementara nak pergi mandi. Lepas mandi terus sarung baju, siap pakai tudung lagi. Pastu sarung telekung, tunggu masuk waktu Subuh. 5.45 dengar azan Subuh dari masjid. Habis je solat terus panas enjin kete (tak dan panas pun sebab takut lewat).

Dari pukul 6, sudahnya pukul 6.10 baru gerak dari kilang. Itu kena ambil GM aku kat rumah dia pulak. Hati ni risau juga, sempat ke sampai sebelum pukul 9 pagi. Meeting ngan askar wei, kenalah punctual. Pastu tak nak lah lambat, nanti jadi perhatian plak. 

Pakcik Zali, driver kami pecut gila2 sebab takut jalan jam bila sampai KL. Aku paling tak suka naik Starex company aku ni. Agaknya sebab dah selalu kena lanyak dengan anak-beranak bos aku ni, sampai rasa macam naik roller coaster (tak boleh lupa masa pergi meeting kat TLDM Lumut).

Sampai kat Depot Bantuan Batu Caves lebih kurang 8.55 pagi. Nasib baik, tapi ramai dah yang datang. Depan dewan tu penuh dengan askar-askar yang majoritinya Kapten2. Perut dah start mengecut ni.

Ingatkan meeting sampai petang, nasib baiklah sampai pukul 11 (tapi terlajak sampai pukul 12tgh) Masa dalam meeting tu, kolonel bahagian tender ni memang marah2lah kat kontraktor2 sebab macam2 masalah regarding on invoices, penghantaran dan pengambilan bil, penyerahan bil untuk tuntutan bayaran yang dihantar lambat (termasuklah co. aku tp diampun lagi agaknya sebab kita org baru je dapat tender ni bulan 7 aritu.)

Masa sesi maklum balas dari pasukan dan kontraktor tu memang kecut perut gila. Company aku kenalah juga sebab ada bil bulan 10 yg belum diambil di kem. Tugas untuk menjawab aku serah pada GM, boleh tak? 1. Bukan tugas aku sebab aku dah suruh Ida follow up dengan pasukan, aku dah siapkan senarai bil2 yg belum aku terima dan bagi kat dia. 2. Nervous kot nak bersoal jawab ngan kolonel tu, asyik nak pangkah orang je.

Tepat pukul 12 (takdelah tepat sangat, ikut waktu kat cik corby) mesyuarat tamat. Barulah, darah2 dalam badan aku ni mengalir dengan lancarnya. Kalau tak tangan aku dah sejuk bedi sebab nervous. Mau tak nervous, suara kolonel tu, tak yah pakai mic boleh dengar sampai keluar. Ada wakil2 kontraktor sampai tergagap-gagap nak menjawab. 

Tapi rasanya paling kesian bila ada pegawai dari kem wataniah yang kena tempik dengan kolonel tu depan pegawai2 dan kami kontraktor2. Sebab rambut dia macam Trojan (kolonel tu yang cakap). Bunyi macam lawak tapi takde sapa yang berani gelak. Rambut pegawai tu kat sisi dah pendek tapi kat tengah2 panjang, siap pacak2 lagi. Siap kena ambil gambar untuk diambil tindakan. Mak ai, tegas gila. Takut aku. Tapi sian aku tengok pegawai tu (tak tengok pun muka dia sebab tak sampai ati), dahlah orangnya kecik je.

 Tapi satu yang aku tabik spring toing..toing kat dia orang ni. Terlatih sungguh. Semua bangun berdiri bila 'big boss' datang. Aku pula ingat nak nyanyi lagu Negaraku, yelah masa kat UiTM Jengka dulu kalau Pengarah Kampus sampai kena berdiri, pastu nyanyi lagu Negaraku, UiTM Di Hatiku dengan Wawasan Setia Pelajar. (Cewah, ingat lagi tu.). Satu lagi bila bercakap mesti 'Ya Tuan.' 'Takde Tuan.' 'Baik Tuan.' 

Aku sampai kat Kuala Kangsar dalam pukul 5.10 petang. Lebih kurang waktu balik kerja biasa. Dan macam biasa, bila naik Starex ni, migrain aku datanglah. Sangat2 tak selesa. Cam poyo je naik kete besar2 tapi pergi empat orang je.

Nota kaki: Setiap tahun mesyuarat ni akan dibuat dan yg pasti aku mesti kena pergi. Tapi aku ni dah nekad nak angkat kaki dari company yang tut..tut..tut.. ni.

Belanja Besar

Wah, macam banyak beno duitnya kan? Tapi rasanya bulan ni memang paling banyaklah aku berbelanja. Dah lama beno rasanya tak membazir duit. Semua ni gara-gara sedih dan kuciwalah konon. Kebetulan bila dapat berita sedih tu time gaji masuk, apa lagi, makin galaklah aku dok membazirkan.

Benda pertama aku bazirkan duit, gara-gara stress, sanggup amik cuti and drive ke Batu Gajah. Konon nak luahkan masalah kat member. Sudahnya dia ajak tengok wayang. Citer best2 tak kuar lagi so, layan jelah citer ni. Tak seram pun tapi bunyi kan main saspen. Kawan aku sampai tutup2 muka takut.


Novel HDL tu aku beli online dari Melarik Enigma, lain dari yang lain citernya (lain kali citer pasal novel). Pastu 8/11 aku ada biz appoinment (wah gempak bunyinya). Sementara tunggu orang yg nak berurusniaga dengan aku sampai, aku duk lepak kat bookstore kat Mydin dan akhirnya sempatlah tangan aku menyambar novel BIS ngan buku Word Search and Sudoku tu. Kengkonon nak buat mengisi masa lapang. 


Ok, inilah perbelanjaan terbesar aku bulan ni dan inilah kengkononnya biz appoinment tadi. Melayang duit aku RM710. Dapat murah sebab nego ngan orang yang jual ni. Dia baru beli beberapa hari pastu nak jual. Memang baru, xde calar langsung dan ada guarantee lagi.

Mula nak cari minyak wangi je tujuan masuk Watson. Sudahnya lain yang aku sambar. Tu seb baik cash dah takde kat dalam purse. Kalau tak mahu aku tambah lagi belian aku.

Dah lama tak shopping kain baju. Beli ni sebab nak kuar ngan Lia minggu lepas. Asyik pakai seluar sama je. Walaupun takde jenama tapi kat sebelah tangan gak melayang. 

Ini aku sambar masa keluar ngan Lia kat Popular Aeon Mall, Taiping. Kalau beli online or ada membership dapatlah kurang sikit tapi tangan ni dah gigil je nak capai. Dan atas 'galakan' Lia, dari dua buah jadi tiga buah aku borong.

Akhirnya, tak sampai setengah bulan inilah koleksi dari hasil 'ketamakan' aku. Novel Aku, Dia dan Stiletto tu aku beli online hujung bulan Oktober hari tu. Dapat FM Seteguh Fayqa.


Kalau mak aku tahu betapa 'hebat' aku berbelanja bulan ni sure kena tazkirah. Hehehe, sesekali kot. Lepas ni kenalah jimat sikit.


Nota Kaki: Ni ada hati nak Layan citer Hunger Games.

Monday, 17 November 2014

Enjoy di Hujung Minggu

Plan dari 2 minggu sebelum ni nak keluar dengan Lia tapi tak jadi. Akhirnya, semalam berjaya juga keluar dengan one of my bestfriend yg dah lama tak jumpa. Duduk kat negeri yang sama tapi sangat jaranglah berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja dan macam-macam hal. 

Minggu sebelum tu aku dah keluar dengan Ros, siap tengok wayang cerita Ouija lagi. Konon nak hilangkan stress, tak membantu pun tengok citer2 camtu. Citer pasal dating ngan Ros, citer kemudian. Asalnya aku nak tengok wayang kat Kinta City tapi bila tengok schedule kat web TGV, macam takde yang best je. Ada yang aku nak tengok tapi tak main plak kat Kinta City. Tak kuasa pulak aku nak ke Station 18. Malas nak ke Ipoh Parade sebab tak pernah drive sendiri kat area situ.

Jadinya, aku ajak Lia ke Taiping. Ada Aeon Mall baru buka, saja-saja menggatal nak tengok, padahal tak tahu jalan kat Taiping tu. Pukul 12 tengahari kita orang gerak. Lambat sebab adik aku pinjam kereta. Aku tawakal je, kot2 lah ada signboard ke apa. Nasib baiklah sepanjang jalan tu tergantung bunting yang ada anak panah tunjuk arah ke Aeon Mall. Aku follow je dan akhirnya sampai.

Masyaallah, punyalah banyak kereta dan ramai manusia. Suka betul orang Malaysia ni kalau ada pusat beli-belah baru buka kan? Nak mencari parking tersangatlah seksa tapi nasib aku baik. pusing-pusing, jumpalah satu family ni nak keluar. Aku dah senyum kat pak cik tu, konon g tau yang aku nak parking kat tempat tu. Datang seorang amoi kurang ajar ni, berdiri depan kereta aku, siap jaga parking tu untuk mak dia. B******t tol. Kawan aku siap sumpah seranah lagi. Nak dicantasnya sanggul perempuan yang macam donut tu.

Berkat aku bersabar (ceh, takdelah baik sangat sebenarnya. kalau ikutkan nak je aku carut perempuan b***h tak tahu manner tu - aku dah bagi signal kot), selang dari kereta pakcik tu ada kereta nak keluar, so dapatlah kita orang parking.

Takde apa pun nak beli walaupun tengah sale sebab gaji takde lagi. Lagipun sale sampai bulan satu nanti, pa kisah. Boleh datang lain kali. Sudahnya aku cari kedai buku, nak cari novel (sejak dilanda kesedihan dalam bulan ni, asyik nak beli novel je padahal aku dah hadkan sebulan dua buah je.). Best jumpa novel-novel yang aku tak jumpa masa di Mydin, tapi ada novel baru yang belum keluar lagi. Takpe yang tu aku beli online. 

Akhirnya, 3 buah aku beli dan hampir RM80 melayang. Rugi sebenarnya beli kat luar nak2 aku bukan member Popular. Tapi tak kisahlah asal hati aku tenang. (Wah, boleh gitu? Nak tenang bangun malamlah, buat solat sunat Cik Anis oi).
Hasil tuaian aku kat Popular

Tak lama kita orang kat situ, pening kot. Macam-macam bau makanan, dengan orang punya ramai. Hish, tu yang buat aku tak kuasa nak berjalan hujung-hujung minggu tu. Balik tu, aku terlepas simpang nak masuk highway. Sudahnya lalu ikut jalan lama (jimat tol RM3). Tapi oklah sebab akhirnya aku merasa makan Laksa Buyung yang setiap kali aku lalu je tak pernah buka. Oklah, not bad. Rasanya lagi sedap laksa tu dari Laksa Pak Ngah yang dulu famous bukan main kat Kuala Kangsar ni. 

Malamnya aku tengok Gegar Vaganza. Teringat lagu-lagu yang jadi kegemaran aku dulu. Walaupun usia dah meningkat tapi artis2 yang terlibat masih boleh nyanyi high note lagi. Tolak Fazli Zainal dan Sharifah Zarina sebab dia orang takdelah lama and tua sangat. Mamat Exist plak, semacam je aku dengar sebab dah biasa dengar lagu2 Exist dengan suara belum baligh lagi tu. Hehehe. Apapun bestlah juga layan kenangan lama. Hehehe.