Semalam Subuh sepie (bak kata orang Perak) aku dah keluar ke kilang. Katanya nak gerak ke Batu Caves pukul 6 pagi. Seawal pukul 3 aku dah terjaga. Pejam balik sebab awal lagi. Pukul 4, Cik Corby berbunyi. Memang hari2 aku set alarm pukul 4 dengan 6.15 pagi.
Pukul 4.15 aku bangun gosok baju. Pastu capai novel sementara nak pergi mandi. Lepas mandi terus sarung baju, siap pakai tudung lagi. Pastu sarung telekung, tunggu masuk waktu Subuh. 5.45 dengar azan Subuh dari masjid. Habis je solat terus panas enjin kete (tak dan panas pun sebab takut lewat).
Dari pukul 6, sudahnya pukul 6.10 baru gerak dari kilang. Itu kena ambil GM aku kat rumah dia pulak. Hati ni risau juga, sempat ke sampai sebelum pukul 9 pagi. Meeting ngan askar wei, kenalah punctual. Pastu tak nak lah lambat, nanti jadi perhatian plak.
Pakcik Zali, driver kami pecut gila2 sebab takut jalan jam bila sampai KL. Aku paling tak suka naik Starex company aku ni. Agaknya sebab dah selalu kena lanyak dengan anak-beranak bos aku ni, sampai rasa macam naik roller coaster (tak boleh lupa masa pergi meeting kat TLDM Lumut).
Sampai kat Depot Bantuan Batu Caves lebih kurang 8.55 pagi. Nasib baik, tapi ramai dah yang datang. Depan dewan tu penuh dengan askar-askar yang majoritinya Kapten2. Perut dah start mengecut ni.
Ingatkan meeting sampai petang, nasib baiklah sampai pukul 11 (tapi terlajak sampai pukul 12tgh) Masa dalam meeting tu, kolonel bahagian tender ni memang marah2lah kat kontraktor2 sebab macam2 masalah regarding on invoices, penghantaran dan pengambilan bil, penyerahan bil untuk tuntutan bayaran yang dihantar lambat (termasuklah co. aku tp diampun lagi agaknya sebab kita org baru je dapat tender ni bulan 7 aritu.)
Masa sesi maklum balas dari pasukan dan kontraktor tu memang kecut perut gila. Company aku kenalah juga sebab ada bil bulan 10 yg belum diambil di kem. Tugas untuk menjawab aku serah pada GM, boleh tak? 1. Bukan tugas aku sebab aku dah suruh Ida follow up dengan pasukan, aku dah siapkan senarai bil2 yg belum aku terima dan bagi kat dia. 2. Nervous kot nak bersoal jawab ngan kolonel tu, asyik nak pangkah orang je.
Tepat pukul 12 (takdelah tepat sangat, ikut waktu kat cik corby) mesyuarat tamat. Barulah, darah2 dalam badan aku ni mengalir dengan lancarnya. Kalau tak tangan aku dah sejuk bedi sebab nervous. Mau tak nervous, suara kolonel tu, tak yah pakai mic boleh dengar sampai keluar. Ada wakil2 kontraktor sampai tergagap-gagap nak menjawab.
Tapi rasanya paling kesian bila ada pegawai dari kem wataniah yang kena tempik dengan kolonel tu depan pegawai2 dan kami kontraktor2. Sebab rambut dia macam Trojan (kolonel tu yang cakap). Bunyi macam lawak tapi takde sapa yang berani gelak. Rambut pegawai tu kat sisi dah pendek tapi kat tengah2 panjang, siap pacak2 lagi. Siap kena ambil gambar untuk diambil tindakan. Mak ai, tegas gila. Takut aku. Tapi sian aku tengok pegawai tu (tak tengok pun muka dia sebab tak sampai ati), dahlah orangnya kecik je.
Tapi satu yang aku tabik spring toing..toing kat dia orang ni. Terlatih sungguh. Semua bangun berdiri bila 'big boss' datang. Aku pula ingat nak nyanyi lagu Negaraku, yelah masa kat UiTM Jengka dulu kalau Pengarah Kampus sampai kena berdiri, pastu nyanyi lagu Negaraku, UiTM Di Hatiku dengan Wawasan Setia Pelajar. (Cewah, ingat lagi tu.). Satu lagi bila bercakap mesti 'Ya Tuan.' 'Takde Tuan.' 'Baik Tuan.'
Aku sampai kat Kuala Kangsar dalam pukul 5.10 petang. Lebih kurang waktu balik kerja biasa. Dan macam biasa, bila naik Starex ni, migrain aku datanglah. Sangat2 tak selesa. Cam poyo je naik kete besar2 tapi pergi empat orang je.
Nota kaki: Setiap tahun mesyuarat ni akan dibuat dan yg pasti aku mesti kena pergi. Tapi aku ni dah nekad nak angkat kaki dari company yang tut..tut..tut.. ni.
No comments:
Post a Comment