Tuesday, 2 December 2014

Recover Missing Files

Hari ni aku stress dan penat betul. Semuanya pasal nak kejar dateline untuk hantar tuntutan ke MINDEF. Semalam pergi hantar tuntutan, alih2 kena betulkan balik invoice yg aku hantar sebelum ni sebab tersilap sket. 

Mulanya nak betulkan kat situ je tapi bila aku cucuk pendrive aku habis semua file aku bertukar jadi shortcut. Uwaaa...rasa nak nangis kat situ tapi terpaksalah control cun, gila kot nak terjerit-jerit depan askar tu.

Hari ni aku cuba positifkan diri, dengan harapan bila cucuk kat pc aku kat opis, takde apa-apa yg berlaku. Tapi, lagi sekali aku rasa nak menangis. Kalau setakat lagu tu aku tak jadi masalah, boleh download balik tapi ada hasil kerja keras jari aku menari mereka sebuah cerita impian dalam tu (mak ai tinggi beno bahasanya)

Dalam gelabah tu, aku try Google kot2 ada cara camne nak recover balik data. Ok, jumpa satu yg aku ingat dah bagus sebab tunjuk kat utube camne nak recover balik data. Aku pun ikutlah step by step yg dia ajar. Akhirnya, bukannya aku recover data balik tapi dia gi remove infected files tu. Uwaa...lagi sekali rasa nak nangis.

Aku tenangkan diri.... berhenti... siapkan kerja aku dulu sebab driver dah tunggu aku update list untuk pergi collect invoice dan DO dari Platun. Settle kerja aku, jam dah nak pukul 12 tgh dan aku kena pergi bank hantar gaji sebab abang Farid mc. 

Sebelum tu, sempat aku Google lagi kot2 jumpa camne nak recover missing files tadi. Jumpa satu website ni and jeng..jeng..jeng....akhirnya aku dapat balik semua file aku. Elok je, cam tak pernah kena infected plak.

Ni website yang aku Google tu and this Hashy guy punya advice sangat membantu.

Yeay, aku boleh buka semua file aku balik. Seb baik cerpen aku tak hilang, penat kot nak dapat idea. Boleh je taip balik tapi rasanya takkan sama dengan jalan cerita sebelum ni. 

No comments:

Post a Comment