Monday, 29 December 2014

Kisah si Red Dragon

Apa perasaan korang tengok bos korang menambah koleksi kereta (beli atas nama syarikat), tapi pekerja nak minta kenaikan gaji tak seberapa, bagi tahu takde duit?

Inilah hasil titik peluh pekerja yg kerja sampai tgh malam. (Gambar dr Google)

Dalam keadaan negara ditimpa musibah ni, ingatkan tak naklah meroyan tak tentu pasal kan? Iyelah orang lain lagi susah ditimpa dengan macam-macam musibah. Kau yang takde apa-apa ni nak meroyan apa hal kan? Tapi nak buat macam mana hati ni sakit je, dah lama betul simpan. Nak, nak aritu salahkan aku sebab dia keluar cek lebih. Kau apa hal? Buta huruf ke? Aku dah buat note kat tempat yang kau buat salah tu.

Haish, bercakap tentang keluarga takde perasaan ni memang menyakitkan hati. Sejak bayaran tender masuk, hari-hari masuk ofis. Nampak sangat kegilaan dia kat situ. Gila duit, hari-hari tanya pasal balance. Yelah, tak pernah duit masuk dekat sejuta, pastu duk tanya bila lagi MINDEF nak buat payment. Hello tak faham ke explanation yg aku bagi? Bayaran bukan buat sekaligus. Dia orang bayar ikut tarikh invoice yang aku bagi. Pastu untuk tahun ni dia orang dah habis bayar dah, tunggu lah tahun depan pula.

Oh, dua paragraph meroyan tapi mana si Red Dragonnya? Yang kat atas tulah. Office mate aku yang bagi gelarannya. Mana tak nya, merah menyala je depan pejabat ni sama ngan menyalanya hati kami. Syarikat lain dapatlah juga bonus barang sekupang dua, kami apa pun tak de. HR Officer try minta awalkan sehari gaji untuk bulan ni, untuk pekerja yang nak buat persiapan persekolahan anak-anak. Itu pun tak tahulah dapat ke tak sebab tahun lepas tak dapat, dengan alasan government dah bagi bantuan RM100.

Aku tak pernah jumpa lagi orang kejam macam dia orang ni. Tak de perasaan langsung, tak pernah jaga kebajikan pekerja. Bukannya kami minta kereta seorang sebiji, tapi hargailah kami ni yang bertungkus-lumus untuk syarikat walaupun sebenarnya dah tak berapa ikhlas nak kerja kat sini. (Tak ikhlas pun tetap siapkan kerja.) Aku rasa syarikat ni tunggu masa je nak collapse tapi bak kata mak aku, Allah masih belum turunkan bala besar kat dia orang sebab masih ada orang susah yang bergantung sumber pencarian kat sini. (Majoriti pekerja production adalah dari golongan OKU, orang susah dan berpendidikan rendah)

Rasanya aku nak stop dulu kat sini, sebab kalau ikutkan nafsu amarah ni rasanya mahu berkajang-kajang aku karang luahan perasaan aku ni, dan syaitan pun bertepuk tangan kat aku sebab berjaya 'mengaplikasi' sifat depa dalam diri aku. (Wah, bahasa macam gempak je).

Sebelum tu, aku berdoa banjir akan surut dan kita dapat meneruskan hidup seperti sedia kala dan akan sentiasa terus mengingati yang Allah turunkan ujian buat kita kerana Dia sayangkan kita dan ini cara Dia untuk buat kita terus ingat dan sayangkan Dia. Kalau kita sentiasa hidup dalam kesenangan, kita akan sentiasa ambil mudah dalam setiap perkara dan lupa yang kesenangan tu hanya pinjaman dariNya.

Mudah-mudahan juga kapal terbang Air Asia Indonesia QZ8501 ditemui walau dalam apa juga keadaan. Aku tak sanggup tengok negara yang aku sayangi ni terus-terusan dipersalahkan oleh manusia yang kononnya bijak tapi tak tahu fakta sebenar. Semua benda nak dipolitikkan. Semua benda nak dibuat spekulasi. Sepatutnya, sebelum 'berperang' di dunia maya, dapatkan fakta yang betul dulu, baru attack.

Oklah, ciao..

No comments:

Post a Comment