Thursday, 12 February 2015

Novel: Vampira Hidupkan Cintaku

Agak menguji kesabaran juga line internet kat opis ni, dah beberapa minggu terkemut-kemut je. Tinggalkan pasal tu sebab apa yang nak aku ceritakan adalah mengenai tajuk n3 arini.

Bolehlah aku katakan yg pembelian novel ini adalah yg paling lama aku terima, berbulan jugalah. Tapi takdelah aku kisah sebab publishernya bukan macam Alaf21 ke, Karya Seni ke, yang ada staff untuk uruskan pesanan dan penghantaran. Sebaliknya novel ni diterbitkan oleh penulis juga. Macam-macam nak diurusnya kan?

Akhirnya pada 2 Februari 2015, novel ni sampai juga kat tangan aku. Cantik beno dibalutnya tapi sayang beg plastik yg lawa ni koyak pulak waktu aku buka bungkusan novel ni.

Novel ni bergenre fantasi, memang kegemaran akulah pun, kalau tak takkan masa kecil aku nak ada kawan macam Doraemon. Boleh dia sediakan apa-apa yang aku nak, paling best gi semua tempat ikut Pintu Sukahati je.
Pastu, paling tak boleh blah, nak ada boyfriend cenggini,
Hero paling handsome pada masa tu. Hehehe.

Ok, tinggalkan pasal alam fantasi aku, berbalik pada novel ni. Cerita berkisarkan tentang vampire, ahli sihir dan manusia. Ala-ala macam The Vampire Diaries lah juga. Aku pasti penulis ni, Kak Izza Hani buat banyak research tentang vampire sebab term yg digunakan untuk gambarkan sesuatu watak tu bukan saja-saja direka, sebab aku ni bila suka sesuatu aku pun akan buat research dan bila aku Google term yg dia guna, kira memang ada kaitanlah dengan apa yang dia tulis.

 Ini sinopsis dari buku yang aku amik dari FB Melarik Enigma Publications.

Walaupun aku ambil masa beberapa hari untuk habiskan buku ni (disebabkan beberapa masalah yg timbul), keseluruhannya aku suka dan buku ni memang menghalang untuk aku buat tabiat tak semenggah aku iaitu, main skip babak yg 'kureng'. Sebab kalau aku skip, aku tak faham apa yang berlaku, siapa pula dia ni dan bermacam-macam persoalan akan timbul nanti.

Tapi aku masih ada beberapa 'ketidakpuasanhati'. Hehehe.

1) Cian kat Lord Zarray and Kyra. Sekejap bebeno bab dia orang.
2) Cian juga kat Lord Velerian. Konon King of Vampire, tapi tak banyak citer pasal dia.
3) Ending, walaupun diakhiri dengan baik tapi macam tak jelas sangat. Tetiba dah berkeluarga. 
- Tak diceritakan macam mana Larissa boleh kahwin dengan LV
- Tak diceritakan macam mana dengan keadaan Kyra, walaupun aku agak yang dia akhirnya hidup bahagia dengan LZ dan puteri dia orang
- Tiba-tiba Zarique bertukar jadi manusia dan hidup dengan Luna

Hehehe, banyak plak 'komplen' ya? Sebenarnya bukan apa, tak puas, tak sempat nak berangan dan berimaginasi. Tapi aku rasa kak penulis ni nak buat sambungan kot novel ni sebab ada nota di hujung cerita ni seolah-olah membayangkan dia nak buat sambungan. 

Kepada kak penulis harapnya kalau buat sambungan, banyakkanlah kisah Lord Zarray dengan Kyra. Tak tahu kenapa walaupun nampak macam Lyra a.k.a Larissa dan Zarique watak utama tapi aku ship couple LZ dan Kyra. Disebabkan babak dia orang yang sedikit tu, rasa macam tetiba je Kyra suka kat LZ. Kalau dapat baca cam mana cara LZ pikat Kyra kan best, boleh dok feeling2 sket.

Diharapkan lepas ni aku dapat baca buku-buku bergenre macam ni. Kadang-kadang lemas juga baca novel-novel cinta yang topiknya hampir sama dan stesen tv pun berebut-rebut nak terbitkan drama adaptasi dari novel. Aku tak kisah tapi janganlah tema yang sama ditayangkan terus-terusan. Cuba tukar-tukar sikit tema kahwin paksa tu.

Apa pun lepas Ramlee Awang Murshid, mungkin aku akan mencari buku terbitan syarikat penerbitan ni lagi.
Kepada Kak Izza Hani

1 comment:

  1. larissa dengan lord velerrian ke? ala igtkan dengan zarique.

    ReplyDelete