Friday, 7 October 2016

KUTINGGALKAN CINTA......


Semalam lepas aku fikir masak-masak, aku ambil satu keputusan yang berat bagi aku. Malah sampai saat ini pun aku masih sedih dengan keputusan yang aku buat... Aku terpaksa lepaskan seseorang yang sangat baik bagi aku... Saat hati aku mula terbuka untuk menerima tapi seringkali juga hati aku terluka....

Aku sedar aku tak baik mana pun.. hati aku dah lama tertutup untuk mencintai insan bergelar lelaki tapi muncul seseorang yang berjaya melembutkan hati aku, yang berjaya mengetuk pintu hati aku... Aku seringkali titipkan doa pada Allah jika dia jodohku, lelaki yang bakal membimbingku ke jannah maka Kau bukakanlah pintu hati aku menerimanya dan Alhamdulillah lembut juga hati aku..

Kami tak pernah declare apa-apa. Di awal perkenalan telah ku pesan padanya jangan menaruh harapan padaku sebab pengalaman aku yang lepas banyak yang mengecewakan. Dan kami terus berkawan, berhubung dan adakalanya keluar bersama (Ampunkan khilafku ya Allah kerana mengikut godaan syaitan). Aku lihat sisi baiknya. Memang dia tak punya pendidikan tinggi sepertiku, malah kerjanya juga bawah dari aku dan tentunya gaji dia lebih kecil dariku.

Awalnya pernah juga aku memikirkan tentang soal kewangan dan statusnya. Namun aku serahkan pada Allah. Tak putus doaku agar Allah tunjukkan jalan dan semakin hari bila aku banyak mengetahui tentang diri dia aku rasakan dialah yang bakal menjadi imamku.. Tapi dalam setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya dan aku percaya kerana ego kami berdua aku ambil keputusan yang aku percaya akan mengecewakannya. Malah aku juga.

Semalam setelah sekian lama kami masing-masing mendiamkan diri, aku ambil keputusan mengalah. Menghadap kiblat yang satu, aku pohon pada Allah andai keputusan yang aku buat ini yang terbaik buat diriku, hilangkan rasa ragu-raguku. Dan sesudah Isyak, mesej yang berjela aku taip aku hantar kepadanya...

Hari ini, aku menangis. Aku tak menyesal tapi aku sedih terpaksa memutuskan hubungan yang pada asasnya tiada cacat celanya. Semuanya kerana ego. Dia dengan egonya dan aku dengan egoku. Sejak 1 Muharram lalu aku berdoa untuk menjadi hamba yang lebih baik dan sebab itulah aku putuskan semuanya agar aku dapat menumpukan cintaku pada yang sebenar-benarnya... Allah Yang Esa.

Sudah terlalu lama aku berdosa, lalai dengan duniawi dan kini aku berusaha untuk melalui hari mendatang dengan bertaubat dan beramal kepadaNya. Aku percaya jika kuat cintaku kepada Allah, satu hari nanti dia akan hadirkan yang terbaik bagiku. Sebab Allah tak pernah dan tak mungkin mengecewakan hamba yang menyintaiNya.

Aku dalam proses untuk berubah dan aku berharap agar terus istiqamah...

Buat awak yang pernah hadir dalam hidup saya... terima kasih kerana menjadi sebahagian watak indah dalam perjalanan saya... Awak banyak mengajar saya menjadi orang yang baik, anak yang baik. Saya doakan awak bertemu zaujah yang lebih baik dari saya.



Kutinggalkan cinta 
Dengan diiringi seribu doa 
Moga kau kan bertemu seorang pencinta
Yang jauh sempurna



Friday, 15 May 2015

Hadiah! Hadiah!


Hadiah dari officemates yang baru balik dari Sabah.
Jadilah tak dapat pergi dapat ole-ole pun dah gumbira.
Sebenarnya aku dengan Kak Nani yang beria merancang, tapi last2 aku yg x join.
Takpe, lepas raya ni nak buat xtvt giler ngan member aku. 
First time in my life, nak buat percutian ala-ala backpacker.
Tahu di Mak aku memang tak lepas.
Tapi xpe, akan aku ikhtiar jalan terbaik utk melaksanakan impian sejak zaman belajar dulu. Hehehe.

Destinasi pertama, Langkawi.
Mesti ada yg kata, "ek eleh, Langkawi je."
Ya betul, standard amatur macam aku gi dekat2 je dulu.
Nanti kalau dah khatam bab2 backpacking ni, kita gi jauh2 sket. (Tu pun kalau berduit).
Jadinya Langkawi, tunggu aku datang bulan Ogos nanti, aku nak celebrate birthday sekali.
Ciao. 😘
🚌 Naik bas je nanti dr Ipoh ke Kuala Perlis.

Thursday, 12 February 2015

Novel: Vampira Hidupkan Cintaku

Agak menguji kesabaran juga line internet kat opis ni, dah beberapa minggu terkemut-kemut je. Tinggalkan pasal tu sebab apa yang nak aku ceritakan adalah mengenai tajuk n3 arini.

Bolehlah aku katakan yg pembelian novel ini adalah yg paling lama aku terima, berbulan jugalah. Tapi takdelah aku kisah sebab publishernya bukan macam Alaf21 ke, Karya Seni ke, yang ada staff untuk uruskan pesanan dan penghantaran. Sebaliknya novel ni diterbitkan oleh penulis juga. Macam-macam nak diurusnya kan?

Akhirnya pada 2 Februari 2015, novel ni sampai juga kat tangan aku. Cantik beno dibalutnya tapi sayang beg plastik yg lawa ni koyak pulak waktu aku buka bungkusan novel ni.

Novel ni bergenre fantasi, memang kegemaran akulah pun, kalau tak takkan masa kecil aku nak ada kawan macam Doraemon. Boleh dia sediakan apa-apa yang aku nak, paling best gi semua tempat ikut Pintu Sukahati je.
Pastu, paling tak boleh blah, nak ada boyfriend cenggini,
Hero paling handsome pada masa tu. Hehehe.

Ok, tinggalkan pasal alam fantasi aku, berbalik pada novel ni. Cerita berkisarkan tentang vampire, ahli sihir dan manusia. Ala-ala macam The Vampire Diaries lah juga. Aku pasti penulis ni, Kak Izza Hani buat banyak research tentang vampire sebab term yg digunakan untuk gambarkan sesuatu watak tu bukan saja-saja direka, sebab aku ni bila suka sesuatu aku pun akan buat research dan bila aku Google term yg dia guna, kira memang ada kaitanlah dengan apa yang dia tulis.

 Ini sinopsis dari buku yang aku amik dari FB Melarik Enigma Publications.

Walaupun aku ambil masa beberapa hari untuk habiskan buku ni (disebabkan beberapa masalah yg timbul), keseluruhannya aku suka dan buku ni memang menghalang untuk aku buat tabiat tak semenggah aku iaitu, main skip babak yg 'kureng'. Sebab kalau aku skip, aku tak faham apa yang berlaku, siapa pula dia ni dan bermacam-macam persoalan akan timbul nanti.

Tapi aku masih ada beberapa 'ketidakpuasanhati'. Hehehe.

1) Cian kat Lord Zarray and Kyra. Sekejap bebeno bab dia orang.
2) Cian juga kat Lord Velerian. Konon King of Vampire, tapi tak banyak citer pasal dia.
3) Ending, walaupun diakhiri dengan baik tapi macam tak jelas sangat. Tetiba dah berkeluarga. 
- Tak diceritakan macam mana Larissa boleh kahwin dengan LV
- Tak diceritakan macam mana dengan keadaan Kyra, walaupun aku agak yang dia akhirnya hidup bahagia dengan LZ dan puteri dia orang
- Tiba-tiba Zarique bertukar jadi manusia dan hidup dengan Luna

Hehehe, banyak plak 'komplen' ya? Sebenarnya bukan apa, tak puas, tak sempat nak berangan dan berimaginasi. Tapi aku rasa kak penulis ni nak buat sambungan kot novel ni sebab ada nota di hujung cerita ni seolah-olah membayangkan dia nak buat sambungan. 

Kepada kak penulis harapnya kalau buat sambungan, banyakkanlah kisah Lord Zarray dengan Kyra. Tak tahu kenapa walaupun nampak macam Lyra a.k.a Larissa dan Zarique watak utama tapi aku ship couple LZ dan Kyra. Disebabkan babak dia orang yang sedikit tu, rasa macam tetiba je Kyra suka kat LZ. Kalau dapat baca cam mana cara LZ pikat Kyra kan best, boleh dok feeling2 sket.

Diharapkan lepas ni aku dapat baca buku-buku bergenre macam ni. Kadang-kadang lemas juga baca novel-novel cinta yang topiknya hampir sama dan stesen tv pun berebut-rebut nak terbitkan drama adaptasi dari novel. Aku tak kisah tapi janganlah tema yang sama ditayangkan terus-terusan. Cuba tukar-tukar sikit tema kahwin paksa tu.

Apa pun lepas Ramlee Awang Murshid, mungkin aku akan mencari buku terbitan syarikat penerbitan ni lagi.
Kepada Kak Izza Hani

Saturday, 31 January 2015

Nescafe...Nescafe

Melihat pada tajuk entry, sebenarnya takde niat nak promote Nescafe. Tapi hari tu, satu petang yang damai kat office ni (sebab the annoying director xde), sebuah truck Nescafe datang.

Petang-petang dapat minum Nescafe ais, seronoklah dia orang

Teringat masa zaman sekolah dulu, selalu truck comel ni datang, selalunya Milo. Masa tu cikgu-cikgu akan aturkan ikut tingkatan untuk pergi ambil. Biasanya adik-adik dululah yang dapat. Beraturlah kami depan truck tu semata-mata nak meneguk air Milo/Nescafe yang se'cotet' tu.

Hari tu waktu truck comel ni masuk ke perkarangan kilang, aku tak sedar pun. Aku kalau dah duduk kat dalam bilik aku yang hujung dunia ni memang tak tahu apa yang berlaku kat depan tu. Tetiba Kak Shida jenguk kat pintu bilik, bagi tahu ada Nescafe kat depan. Ingatkan dia orang bancuh sendiri, sebab rajin juga kakak-kakak aku kat office ni buat air untuk minum petang.

Ikutkan aku ni dah lama dan jarang betul minum Nescafe, sebab kalau aku minum nanti mesti sakit kat tulang belakang, sudahnya 'ngobak' le malam-malam tak boleh tidur. Selain tu sejak akhir-akhir ni memang aku tak  berapa ambil produk Nestle (walaupun tak besar mana sumbangan aku tapi jadilah sebagai sokongan).

Tapi hari tu, jenguk-jenguk luar office, macam best je tengok staf pegang cawan comel ni.

Akhirnya, aku capai juga dan minumlah sikit. Hmm...oklah tapi pahit sikit. Kilang ni tak ramai sangat pekerja, jadi banyaklah berlebih air yang dibancuh tu. So, pekerja Nescafe tu suruh bawa bekas minuman, boleh bubuh dalam tu siapa yang nak. Maka, berlari-larilah kengkawanku (hehehe, xdelah sampai camtu, saja kasi dramatik sikit) mencari bekas minuman, jag dan botol.

Ini 'pelanggan' terakhir

Di akhir cerita, sampai kena tonggenglah bekas minuman yang berisi air Nescafe tu. Seorang budak production ni buat lawak, siap bawa baldi lagi. Kalau lawa baldinya takpe juga, ini dah kusam je warna baldi tu. Lepas je truck tu balik, semua dah berangan..."kalaulah KFC/Pizza Hut buat macam ni kan best". Berangan jelah wahai teman-teman, tapi kalau ada best juga...hehehe.