Wednesday, 28 December 2011

Cara -cara untuk kurus














Pertama-tamanya nak minta maaf dulu pd sape2 yg view dis post. Ini bukanlah iklan atau tips nak menguruskan badan menjadi seramping dan secantik Lisa Surihani ke, Fazura ke, atau Neelofa. Ini hanyalah secebis kisah bagaimana satu ketika dulu aku berjaya menguruskan badan dan mendapat pujian dari kengkawan. Hehehe.
Tak perlu habis duit beli pelbagai jenis pil, dan tak perlu juga bersusah payah berlari-lari anak atau berlari-lari emak untuk menbuangkan lemak. Caranya hanyalah....Jeng...Jeng...Jeng...

Masa aku sambung belajar kat UiTM dulu, utk sem pertama dptlah aku duk kat hostel. Untuk berjaya mengurangkan berat badan tiada kolej lain yang sehebat Kolej Kenanga. Disebabkan kolej ni nak ditutup dan dijadikan kelas bg menampung jumlah pelajar yg semakin ramai maka tiadalah pengusaha makanan yg sanggup mengambil tender membekalkan makanan kpd kami. Dan kerana itulah aku mampu mengurangkan berat badan.

Kalau ingat balik memori ni boleh mengalir airmata beb.. Dan menambahkan keberkesanan program kuruskan badan ni bila pergi kelas jalan kaki, mendaki bukit di Fakulti OM, pergh memang best. Dan 1 lagi kalau g kelas time puncak, kena berebut lif dan itu akan mengambil masa yg lama maka sebagai student yg cuba utk punctual haruslah aku dgn gagahnya mendaki pula anak-anak tangga Menara SAS menuju ke kelasku yg selalunya kat tingkat 7,8 dan paling best kat tingkat 12. Dan bila balik hostel mendaki pula anak tangga menuju tingkat empat.

Hampir satu sem di Shah Alam aku akhirnya berjaya menguruskan badanku dan bila balik cuti dgn bahagianya aku mendengar mak cikku memuji badanku yg kurus. Hua....memang aku gembira tapi tahu x dia, utk dptkan badan yg kurus tu aku tlh melakukan bnyk pengorbanan.... Terpaksa menahan lapar walaupun sebenarnya xde niat nak berdiet tapi tpt makan jauh dan yg ada hanya koperasi. Terpaksa menapak ke fakulti bukan krn nak kuruskan badan tapi hanya itu saja jln terdekat utk ke fakulti. Nak naik bas dari Kolej Kenanga? Memang nak kena pelempanglah sebab naik bas lebih lama dari menapak....

Inilah secebis kisah waktu aku di UiTM dulu, Mungkin tika ini Kolej Kenanga telahpun menjadi kelas sepenuhnya seperti Kolej Cempaka. Walau apapun Kolej Kenanga tetap di hatiku.

Tuesday, 13 December 2011

Cuti yang Meletihkan.......






Bulan 12 ni agak sibuk, tahu-tahu jelah musim org kawen. Maka, aku yg sepatutnya melepak dan membesarkan badan ni terpaksalah tolong my family utk menyiapkan tempahan labu. Aku tak pandailah nak buat labu-labu yang bakal jadi hiasan tu tapi tugas aku lebih kpd proses finishing dan packaging.

Selain dr menyiapkan tempahan labu, aku sibuk juga menolong utk pameran. Hujung minggu lepas baru habis pameran di Lumut. Yang bengangnya aku x dpt nak pergi sekali. Baru bercadang nak g jln2. Semuanya gara-gara adik aku yang lambat bangun dan membuatkan mak aku bertukar menjadi 'hulk'. hehehe. Bila mak aku dah bertukar karektor maka dgn aku sekali xde mood nak pergi. Yalah anak mak kan...

Tapi dalam sibuk-sibuk menyiapkan barang tu sempatla juga aku 'berpoya-poya', tengok movie Indon, Get Married, habis tiga2 sirinya aku tengok. Untuk entri akan datang aku akan postkan review tentang movie ni. Walaupun takde subtitle tapi dah bertahun disogok dgn sinetron Indon, so aku fahamlah juga jalan ceritanya. Ceritanya memang kelakar, sampai berair mata aku 'nengoknya'. Ok, jumpa di entri seterusnya. Ciao.

Wednesday, 7 December 2011

M.I.B dan Kisah Hip hop

Tension betullah komputer kat cc ni, xleh nak upload picture kat blog. Suram je lah blog aku :( Aku baru nak share info tentang movie yang aku baru tengok.

Takpelah untuk kali ni nak share sikit tentang kumpulan M.I.B dari Korea dan kisah aku masa zaman sekolah dulu. Selepas Super Junior dan Infinite yang berjaya mencuri hati aku, satu lagi kumpulan yang aku suka, M.I.B. Kumpulan hip hop ni memang kenalah ngan minat aku. Single pertama kumpulan ni GDM atau Girl Dreams Money boleh tahanlah juga, walaupun kengkadang telinga ni dengar cam dorang sebut Girl Drinks Money. Camne tu?

Kalau sebut pasal hip hop ni, zaman aku sekolah dulu memang zaman kemuncaklah. Sape tak pernah dengar kump TooPhat? Gi kuar Malaysia, hikhikhik. Pengaruh TooPhat ni cukup kuatlah, biarpun skool aku taraf luar bandar tapi ada gak kengkawan aku yang minat giler ngan kumpulan ni. Asal ade waktu free je bukan nak study tapi buat headspin kat belakang kelas. Tak boleh buat headspin, macam2 aksi breakdance lain dorg buat.

Zaman remaja dulu aku pun tak ketinggalan juga, bukanlah aku pun sibuk ber'breakdance'. Gile tu, mau 'break' kain sekolah aku. Kalau sekarang ni budak2 pompuan nak cari boyfriend ala2 Kpop tapi aku dulu suka budak2 hip hop ni. Bukan yang jenis suar londeh tu tapi yang pakai suar paras lutut, pakai topi dan paling penting kepit skateboard. Hahaha, sungguh tak matang anak Encik Khairuddin ni.

Berbalik pada kumpulan M.I.B ni tadi kat bawah ni klip video dorang. Layan