Pertama-tamanya nak minta maaf dulu pd sape2 yg view dis post. Ini bukanlah iklan atau tips nak menguruskan badan menjadi seramping dan secantik Lisa Surihani ke, Fazura ke, atau Neelofa. Ini hanyalah secebis kisah bagaimana satu ketika dulu aku berjaya menguruskan badan dan mendapat pujian dari kengkawan. Hehehe.
Tak perlu habis duit beli pelbagai jenis pil, dan tak perlu juga bersusah payah berlari-lari anak atau berlari-lari emak untuk menbuangkan lemak. Caranya hanyalah....Jeng...Jeng...Jeng...
Masa aku sambung belajar kat UiTM dulu, utk sem pertama dptlah aku duk kat hostel. Untuk berjaya mengurangkan berat badan tiada kolej lain yang sehebat Kolej Kenanga. Disebabkan kolej ni nak ditutup dan dijadikan kelas bg menampung jumlah pelajar yg semakin ramai maka tiadalah pengusaha makanan yg sanggup mengambil tender membekalkan makanan kpd kami. Dan kerana itulah aku mampu mengurangkan berat badan.
Kalau ingat balik memori ni boleh mengalir airmata beb.. Dan menambahkan keberkesanan program kuruskan badan ni bila pergi kelas jalan kaki, mendaki bukit di Fakulti OM, pergh memang best. Dan 1 lagi kalau g kelas time puncak, kena berebut lif dan itu akan mengambil masa yg lama maka sebagai student yg cuba utk punctual haruslah aku dgn gagahnya mendaki pula anak-anak tangga Menara SAS menuju ke kelasku yg selalunya kat tingkat 7,8 dan paling best kat tingkat 12. Dan bila balik hostel mendaki pula anak tangga menuju tingkat empat.
Hampir satu sem di Shah Alam aku akhirnya berjaya menguruskan badanku dan bila balik cuti dgn bahagianya aku mendengar mak cikku memuji badanku yg kurus. Hua....memang aku gembira tapi tahu x dia, utk dptkan badan yg kurus tu aku tlh melakukan bnyk pengorbanan.... Terpaksa menahan lapar walaupun sebenarnya xde niat nak berdiet tapi tpt makan jauh dan yg ada hanya koperasi. Terpaksa menapak ke fakulti bukan krn nak kuruskan badan tapi hanya itu saja jln terdekat utk ke fakulti. Nak naik bas dari Kolej Kenanga? Memang nak kena pelempanglah sebab naik bas lebih lama dari menapak....
Inilah secebis kisah waktu aku di UiTM dulu, Mungkin tika ini Kolej Kenanga telahpun menjadi kelas sepenuhnya seperti Kolej Cempaka. Walau apapun Kolej Kenanga tetap di hatiku.
No comments:
Post a Comment