Tension betullah komputer kat cc ni, xleh nak upload picture kat blog. Suram je lah blog aku :( Aku baru nak share info tentang movie yang aku baru tengok.
Takpelah untuk kali ni nak share sikit tentang kumpulan M.I.B dari Korea dan kisah aku masa zaman sekolah dulu. Selepas Super Junior dan Infinite yang berjaya mencuri hati aku, satu lagi kumpulan yang aku suka, M.I.B. Kumpulan hip hop ni memang kenalah ngan minat aku. Single pertama kumpulan ni GDM atau Girl Dreams Money boleh tahanlah juga, walaupun kengkadang telinga ni dengar cam dorang sebut Girl Drinks Money. Camne tu?
Kalau sebut pasal hip hop ni, zaman aku sekolah dulu memang zaman kemuncaklah. Sape tak pernah dengar kump TooPhat? Gi kuar Malaysia, hikhikhik. Pengaruh TooPhat ni cukup kuatlah, biarpun skool aku taraf luar bandar tapi ada gak kengkawan aku yang minat giler ngan kumpulan ni. Asal ade waktu free je bukan nak study tapi buat headspin kat belakang kelas. Tak boleh buat headspin, macam2 aksi breakdance lain dorg buat.
Zaman remaja dulu aku pun tak ketinggalan juga, bukanlah aku pun sibuk ber'breakdance'. Gile tu, mau 'break' kain sekolah aku. Kalau sekarang ni budak2 pompuan nak cari boyfriend ala2 Kpop tapi aku dulu suka budak2 hip hop ni. Bukan yang jenis suar londeh tu tapi yang pakai suar paras lutut, pakai topi dan paling penting kepit skateboard. Hahaha, sungguh tak matang anak Encik Khairuddin ni.
Berbalik pada kumpulan M.I.B ni tadi kat bawah ni klip video dorang. Layan
No comments:
Post a Comment