Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa. Syukur juga sbb semalam hujan turun dgn lebatnya kat kampung aku, takdelah rasa kepanasan dan kehausan.
Yelah, siapa sangka yang hujan turun mencurah2 sedangkan jabatan kaji cuaca ramalkan yg cuaca waktu bulan Ramadhan ni panas. Semua tu kuasa Allah SWT.
Selalu tu 1st day pasti mencabar nak2 pulak 1 Ramadhan jatuh hari Ahad, tgh cuti tu. Kalau sebelum ni duk kat rumah mesti kepala ni duk fikir pasal makan je. Bak kata orang Perak, 'sepuluh kali sekejap', maknanya selalu sangat.
Berbuka semalam ringkas je. Walaupun takde lauk kegemaran tapi bersyukurlah mak dah masak kan? Tak payah nak memilih sangat, apa rezeki yg Allah bagi tu telan je. Lagipun gaji belum masuk, so tak bolehlah nak merayap kat bazaar Ramadhan.
Hari ni punya cerita, aku ingat nak half day tadi. Pukul 4 pagi tadi terjaga lepas tu tak boleh nak tido sebab belakang aku sakit sangat2.
Aku golek2 juga atas katil,try bawa tido tapi tak mahu juga. Sudahnya aku bangun, turun bawah, cuci muka, ambil pinggan, senduk nasi, buka 'sangai aka tudung saji' dan apalagi aku 'ngap'.
Habis makan aku buka tv, (sementara nak tunggu nasi jatuh, kata mak aku) layan Costa Rica vs Greece. Sedar-sedar dah masuk waktu Subuh. Lepas solat aku cuba tido balik, macam2 posisi aku cuba tapi sikit pun tak kurang sakitnya. Entah pukul berapa aku terlelap, terjaga and tengok jam kat handphone dah pukul 7.36 pagi.
Turun bawah, aku duduk bersandar kat kerusi malas. Akhirnya, dalam nak half day aku telefon colleague aku bagi tau masuk lambat sikit. Sebelum pergi kerja tu sempat lagi aku cuci kereta aku yg penuh tanah semalam.
Hopefully, hari ni dapat menempuhi Ramadhan dgn lancarnya dan dapat berterawih untuk malam ketiga.
p/s: Jangan makan kenyang sangat, tu sebablah ko sakit belakang semalam Anis oi....Dah selalu jadi camtu pun boleh tak ingat ke?
No comments:
Post a Comment