Thursday, 19 June 2014

SEDIH TAPI REDHA

Setiap yang hidup pasti akan mati... Itu janji Allah yang pasti..


Salam..lama tak menulis, Kenapa tiba-tiba sebut pasal mati ni? Sebab aku baru je kehilangan opah semalam (18 Jun 2014 / 20 Syaaban 1435). Sedih tapi redha.

Sapa tak sedihkan bila kehilangan org tersayang tapi aku redha kerana kita semua akan menghadap Allah bila sampai masanya. Sekurang-kurangnya opah aku tak perlu menderita lebih lama.

Sepanjang 30 tahun aku hidup aku cuma ingat benda yang baik-baik je tentang opah sebelah ayah aku ni.

1) Dia orangnya suka gelak kalau anak, menantu, cucu dan cicit usik dia.
2) Masa dia sihat tak pernah aku dengar dia marah-marah, tinggikan suara. (Takkan dengar dia cakap g*****g, c****a, p*****k or perkataan femes kt kg aku h********h)
3) Waktu kecil selalu tidur kat rumah dia, so, selalu dgr dia ngan arwah tok bertekak. Arwah tok aku ni suka bersembang. Pepagi waktu opah aku tgh sibuk buat breakfast, dialah yang duk layan aku ngan adik aku. Ada je benda nak ditanya dan diceritanya sampai kita orang dah tak tahu nak respon apa dah. Akhirnya, opah aku terpaksala 'bertempik' (arwah tok kurang dengar) suruh tok aku berhenti. Time ni memang lawak sebab tok aku buat dek je. Kengkadang makin rancak plak dia.
4) Kuat melatah tapi bukan cam sesetengah org yg bila melatah sebut perkataan bukan2. Dia punya melatah habis nama cucu dikiranya. Nasiblah waktu tu tak ramai lagi cucu. Kengkadang aku ngan kakak sepupu aku tolong dia kira mana2 cucu yg dia lupa sebut, hehehe.
5) Opah aku ni kecik je orgnya, tapi masa aku kecik aku punyalah kagum ngan dia. Dedulu dia suka masak guna dapur kayu, ada buluh pendek untuk dia tiup kayu bagi berapi. Dia dengan selamba je kengkadang tu betulkan kayu yang ada bara tu dengan bare hand tau. Bekas Home Guard la katakan.

Ini antara kenangan aku dgn dia, aku membesar, opah sebelah mak yang jaga so, tak banyak sangat memori dgn dia. Tapi yg pasti kenangan aku dgn dia dan arwah tok memang best belaka. Cuma masa kecik lu ada gak sentap sikit2 sebab jeles tgk dia mesra dgn cucu2 yg dia jaga (anak adik dan kakak ayah). Pastu bila dah besar aku dah tak kisah.

Doa aku, moga-moga Allah tempatkan dia bersama hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Amin.


No comments:

Post a Comment