Showing posts with label Medley N3. Show all posts
Showing posts with label Medley N3. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Minggu Yang Menyakitkan

Salam...

Ok, nak up lagi medley n3, nanti bertangguh lupa plak. Nak2 mood tgh ada ni dan kerja pun tak bz mana lagi. Minggu yang menyakitkan? Nape? Sebab sakit ati, sakit tengkuk, sakit mata...Hehehe

15 September 2014
Topik bualan hangat tentulah tentang majlis kat Sg. Buloh minggu lepas. Kisah yg sakit perut, kisah yg makan tak puas, kisah tak puas ati ngan anak-beranak bos dan terpaling hangat kisah mesyuarat yg bakal diadakan esok. 16 September 2014. Ye, dikala rakyat Malaysia bercuti beberapa org staff kena bermesyuarat. Whatttt?????

Abang Farid selaku HR n Admin Exec terpaksalah menelefon mereka yg terlibat dan semua boleh agak yg ramai staff bercuti dan ada hal seperti kenduri-kendara. Maka, dgn harapan bos memahami dan boleh ditunda ke tarikh yg lain, Abang Farid call la bos aku. 

Kebetulan aku keluar dari bilik dan tgk semua colleague aku dah diam macam tersampuk hantu. Rupa2nya tgh dgr bos aku mengamuk kat telefon yg di'loud speakerkan'. Ayat2 dia sangat menyakitkan hati. Hello, sebab ko nak bercuti ke Sepanyol anak-beranak, ko paksa pekerja ikut kehendak ko. Kesian, ada sorg staff ni buat kenduri cukur jambul cucu tapi kena paksa dtg juga. Sorg lagi ni ada kat Kedah, bawa mak mertua balik kg pun kena paksa balik. Semata-mata kena attend meeting terhebat tu.

Habis je panggilan tepon tu, semua menyuarakan rasa tak puas hati. Aku ngan Kak Shida yg tak terlibat pun rasa tak puas hati. Dia kata cuti tu boleh ganti, memanglah tapi macam mana yg ada majlis tu? Orang dah berjemput, takkan nak cancel dan buat ari lain plak. Otak letak kat pale lutut camni lah. Pastu pertikaikan keikhlasan kami bekerja kat sykt ni. Sebab time kerja boleh dtg lambat, kuar suka ati, time kerja layan FB dan mcm2 lagilah. 

Sebelum mengata tgk anak2 ko dulu. Yg sorg ikut suka je nak dtg ke tak. Kerja org lain yg buatkan. Gaji tak boleh dipotong, cuti tak isi borang. Yang sorg lagi bakal memimpin sykt tapi apa urusan pun tak tahu, asik tolak kat org. Kalau balik sini duk kat meeting room tgk citer Korea. So, tak yah cakap gempaklah.

Nota kaki: Berkali-kali aku minta kepastian sama ada aku terlibat ke tak. Alhamdulillah tak terlibat. Lega aku sebab esok nak hantar mak aku ke Mydin.

16 September 2014
Selamat Hari Malaysia... Bangun je pagi tadi, dah tak boleh nak pusing ke kanan. Ayo..tengkuk aku sakit ni. Dahlah kena hantar mak. Mula nak suruh adik aku je hantar tapi bila lagi nak berjalan. Asik duk rumah je. Lagipun bukan tak leh gerak langsung.

Pukul 9 pg aku, mak ngan ayah gerak ke Mydin. Sampai Mydin aku dah berangan nak makan roti nan ngan ayam tandoori. Ini semua gara2 baca novel malam tadilah. Aku ni tak berapa berkenan makan kedai mamak tapi mana lagi nak cari roti nan ngan ayam tandoori. Roti canai tu bersepah gak org Melayu jual. Ayah order mee rebus mamak walaupun dah dilarang mak (bukan apa kang masuk angin, ayah tu bukan tahan sngat perut dia). 

Sambil menunggu, aku rasa sket mee rebus ayah. Dah agak dah, tak sama ngan org Melayu punya. Mak aku plak menghilang, ingatkan tengok budak2 bersilat (ada pertandingan silat kat Mydin) rupanya order mee goreng kat Rasa Village. 

Habis breakfast bawa mak ke VR Star nak tgklah tawaran hebat yg macam adik aku citer sampai siap dia register as a member. Kami ni berniaga, kotlah dapat separuh harga kalau jadi member. Rupanya.....potongan 20% je. Ceh.

Sebelum balik sempat aku gi shopping barang dapur ngan mak dan sempat juga aku gi menyambar tudung ngan selendang murah kat Alfaro. Pastu jumpa sedara aku yg berniaga sebelah booth mak. Dia jual produk yg dihasilkan dr bunga ros hijau. Macam2 dia cerita dan mak suh aku beli satu produk yg boleh mengurangkan stress. 

Nota kepala lutut: Tak tenang bercuti sebab takut tetiba kena panggil ke mesyuarat. 

17 September 2014
Masuk pejabat hari ni, kecoh tentang mesyuarat semalam. Semua mengadu yg dorg kena marah, kena maki. Bila nak di'explain' bos aku cepat2 potong. Dia je betul. Isu2 yg dibangkitkan kata dorg sangat menyakitkan hati. Semua salah pekerja, nak2 staff kat Kuala. Apa yg dorg anti ngan kami tak tahulah.

Apalah nak jadi ngan sykt ni nanti. Aku percaya kalau macam ni sikap dorg, tak lama lah sykt ni, dapat je kat anak2 dia, sure lingkup punya. Berhenti je GM yg ada sekarang ni, memang susahlah nak dpt income. Tender yg dapat sekarang ni pun atas usaha GM aku. Tunggu masa je nak berhenti, Isteri dia jawatan besar, 2 org anak dia doktor. Tunggu lagi 2 org je nak habis belajar. Lepas tu good byelah. Suruhlah pekerja kesayangan ko yg kaki kipas tu cari projek tuk company.

Tengkuk aku masih sakit sampai ari ni. Mata pula asik berair je. Haish, nilah gara-gara tak berhenti mengadap lappy. 

Nota kaki: Berharap aku tak selamanya kerja kat sini. Berharap juga interviewku berjalan lancar dan diterima bekerja di sektor awam. Amin.

18 September 2014
Masuk hari ni dah dua hari aku pakai produk yg aku beli aritu. Aku tak pasti macam mana nak tahu perubahan tapi Alhamdulillah tadi ada pakcik, geng kat kilang ni cakap muka aku dah cerah sket. Takdelah cerah mana sebab aku pakai bb cream kot tapi mungkin aura positif yg macam makcik aku cakap tu kot.

update: Hari ni birthday Kak Shida yg kebetulan sama ngan one of my Director. Ptg tadi, suami Kak Shida belikan Red Velvet Cake dr Secret Recipe. Pukul 3.30ptg camtu Abang Farid masuk bilik aku nak claim. Yang buat aku sakit ati tu, anak bos aku suh claim kat petty cash sebab beli KFC tuk celebrate birthday bapa dorg sekali ngan Kak Shida. Mentang2 Kak Shida termasuk dlm agenda jd suh claim kat sykt. Kedekut giler. Esok jawablah korang kat Padang Masyar. Memanglah tak banyak mana tapi still itu bukan duit korang.  

Nota kaki: Produk ni bukanlah produk kosmetik tapi produk aroma terapi. 

My Weekend

Salam...

Memang dasar pemalaslah aku ni kan, susah nak up n3 ari-ari. Bukan takde citer, tapi mood nak menaip tu takde. Jadinya, aku buat n3 ala-ala medley je, kurang2 aku tak lupa apa yg penah berlaku dlm hidup aku kan.

13 September 2014
Hari ni aku cuti, bukan aku je tp semua pekerja sebab ada Hari Keluarga dan Bacaan Yassin anjuran company aku. Sepupu aku tnya katner kita org buat majlis ni dan aku sblm jawab soalan dia tu sempat aku 'hmm' dulu. Kat warehouse Sg. Buloh. Bukan aje aku yg cebikkan muka, sepupu aku pun sama. Nama pun Hari Keluarga asal tak buat kat pantai ke, hotel ke? Sekali lagi aku cebikkan muka dan dia faham. Citer lah kat sape pun, semua org faham sebab fmly bos aku ni sngt terkenal kat Kuala Kangsar ngan Sungai Siput.

Kami bertolak pukul 8 pg dgn bas yg disewa, sampai warehouse dkat pukul 12 tgh. Sampai2 je terus bergegas ke bilik yg baru di'extend', utk majlis bacaan Yassin. Tapi sblm tu kita dgr dulu kata2 aluan bos aku ye. Ucapan yg mengarut je, angkat2 diri pun ada. Ingat ustaz2 ngan student tahfiz tu nak amik kisah ke?

Lepas bacaan Yassin, acara makan pula tapi apa yg buat aku bengang, kita org kena tunggu sebab nak bagi laluan kat ustaz dan student tahfiz juga pekerja2 lelaki. Ko tau tak yg perut aku dah lapar giler. Dahlah breakfast tak disediakan, nasib baiklah kami yg di Kuala ni amik inisiatif tuk bagi pekerja kuih tuk sarapan. Dapatlah 4 ketul sorg (kecik je saiznye). Kami dah rasa cam cacing kepanasan duk menunggu nak makan. Tak pernah lagi aku pergi mana2 majlis tetamu kena tahan makan. 

Rasanya kat pukul 1.30 baru kita org dpt makan, aku apa lagi terus serbulah dan lagi sekali aku rasa nak kecepuk je dorg, nasi arab yg dibangga2 sngt tu cuma ada lauk kambing. Aritu gi tahu ada ayam, mana dia nye. Dengan ati yg berat aku ceduk nasi berlaukkan rendang ayam yg sepatutnya makan ngan lemang tapi ayam dah berbau (dah nak basi). Memang tak abis aku makan nasi sebab takde lauk. Dalam hati memang aku dah sumpah seranah keluarga kedekut ni. Bayangkanlah order utk 150 org je. Biasanya org akan order lebih dari jumlah tetamu yg dijemput.

Habis makan aku ngan geng2 Kuala gi Solat Zuhur dan yg lain2 termasuk bos aku dah ready nak melalak. Baguslah tu, tadi dah elok2 baca Yassin halau hantu setan pastu korg panggil balik. Aku tak kisah, duduk kat conference room lagi bagus, sejuk je. Pukul 2 lebih camtu, kita org kuar sebab ada cadangan nak bertolak ke Jalan TAR tapi takleh blah lagi sebab ada acara lagi. So, terpaksalah dgr bos aku melalak. Kalau sedap takpe juga, ni sumbang giler (serius, bukan nak tipu sebab tgh geram).

Paling tak boleh blah, dia berduet ngan sorg budak lelaki ni lagu Firman, Kehilangan yg ditujukan khas buat kami, 'her loving staff' (uwekk, hiponyer dpn supplier). Kan ada lirik yg last sekali tu, 'Takkan ku sia-siakan kamu lagi', dia boleh buat closing dgn jerit, 'To all my staff, takkan ku sia-siakan kamu semua.' Ada, kak yg semeja ngan aku siap cakap, 'rasa nak menangis dgr ucapan tu' (sarcastic sungguh).

Ingatkan dah habis dia melalak dan berjoget tu, boleh la kita org blah. Rupanya ada sesi bergambar plak. Staff Kuala Kangsar paling ramai jadi memang agak lamalah nak susun, nak bagi semua masuk dlm gambar. Apa yg buat aku kecik ati, management staff yg lain dapat duduk kat depan, atas kerusi, siap dia panggil lagi. Aku yg jawatan lagi tinggi dari yg lelain tu x kena panggil pun. Bukanlah aku nak sangat duduk kat depan tu, sebab aku ni bukan jenis kaki bergambar tapi rasa tak diappreciate langsung. Apa pada dia org tua2 je ke yg boleh pegang jawatan akauntan? Fine, bagus juga kan, takdelah aku rasa berat hati dan rasa bersalah nak tinggalkan sykt ni nanti.

Habis je bergambar kita org pun gerak ke Jalan TAR, sebab ada yg teringin nak pergi shopping kat situ. Aku memang cukup tak berkenan gi tempat sesak2 camtu. Nak cari kain, tudung murah, kat Perak pun ada. Dalam pukul 6 lebih kita org bertolak balik ke Kuala Kangsar dan aku sampai rumah dalam kul 10. Dalam bas perut aku dah start buat hal tapi masih boleh tahan lagi.

Kesimpulannya: Majlis yg sangat tak best, takde mood aku nak amik gambar tok tepek kat sini. Hari Keluarga yg kami staf2 buat lagi best, Pergi Teluk Senanginlah, Teluk Batik, siap ada game dan dapat hadiah lagi. Kalau majlis makan2 pun kami lagi best walau takde nasi arab tu semua, walau buat kat ruang production, walau bersila atas kotak2. Semua dapat cabutan bertuah, walau harga tak sampai RM10.

14 September 2014
Baru sejam aku tidur, pukul 12.30 pg aku dah meluru ke bilik kecil. Perut aku dah meragam, semua gara-gara makan rendang ayam yg dah nak basi tu. Sampai ke Subuh, 3 kali aku masuk menjenguk bilik kecil. Aku bangun lambat sikit sebab badan aku dah letih giler, turun naik, turun naik membuang hajat.

Pukul 9 pg aku bangun tapi tak terus mandi, duk lepak atas katil, buka lappy. Kul 10 baru turun, teringat yg my baby nak kena cuci sebab nak gi kenduri kahwin. Matahari tgh naik aku gi mencuci kete, memang masakle. Habis mencuci, aku sapu sampah kat luar rumah, kat dalam rumah. Masak utk opah aku. Then, mandi dan bersiap nak gi kenduri. Pukul 11.55 aku telefon Kak Nani sebab nak amik dia kat rumah and nak g tau lambat sket sebab aku tgh bersiap. Sudahnya, rancangan bertukar, dari aku amik dia, dia ngan adik dia Ayu yg akan amik aku.

Sebelum kuar rumah 2 kali aku gi berulang-alik ke bilik kecil. Risau pula kalau perut ni buat hal kat kenduri org. Berdoa jelah. Sampai kat rumah Kak Imah, pekerja production yg merangkap mak sedara pengantin, perkara pertama yg ditanya, 'Sakit perut tak?' Maka, jawapannya '5 kali Kak Imah'. So, masing2 faham dan dia pun sama ngan aku juga, 5 kali. Hehehe.

Nak tunggu pengantin tapi sampai 1.30 ptg tak sampai2 juga jadi aku ngan Kak Nani minta diri dulu sebab petangnya aku ada hal nak gi Ipoh, Kak Nani pun sama.

Aku kalau ikutkan malas nak gi Ipoh tapi mak aku suruh pergi lepas Zuhur. Malas2, aku pergi pukul 4 lebih. Hari dah gelap nak hujan, opah aku tak bagi pergi tapi aku pergi juga sebab dah bersiap. Sampai kat Meru, hujan sangat lebat, terpaksalah drive pelan2. Masuk Mydin, melilau aku cari mak aku, nak tepon credit plak takde (malas nak top up). Pusing2, akhirnye jumpa booth kami tapi mak aku takde plak (g solat Asar). Tunggulah aku jap kat situ, 

Bila mak aku turun bleh dia g tau yg dia ada tepon aku nak g tau tak yah dtg. Huaaa... nampaknya aku kena tunggu sampai Mydin nak tutup. Yelah, takkan nak balik pastu malam nanti suh adik aku amik mak. Ngengadalah tu, nak membazir petrol.

Time balik hujan renyai-renyai. Aku buka lampu kete tapi kete dari arah depan asik lip lap kat aku bagi warning. Tahu dah, ni mesti sebab lampu tinggi tapi aku ni bab kete memang fail. Tak tahu nak betul camne. Tepon adik aku dan dia pun tak faham apa aku cakap, lastly, dia suh aku buka fog lamp ngan lampu rendah je. Tiba tpt gelap aku buka lampu tinggi, sampai jalan yg berlampu aku tutup balik. Gitulah sampai ke rumah.

p/s: Esoknye adik aku checklah masalah kete aku. Rupanya masalah kecil je. Tapi kalau dah tak tahu, masalah kecil pun bleh jadi besar.