Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, 24 December 2014

Layan Movie The Hobbit: The Battle of The Five Armies

Semalam dalam hujan yang turun tak berhenti di bumi Kuala Kangsar ni, aku meredah menuju ke Ipoh, semata-mata nak tengok filem The Hobbit. Tak peduli orang nak kata apa, aku memang suka citer2 fantasi ni tapi citer macam Captain America ke, The Avengers ke Spiderman ke aku tak berapa suka. Pendek kata, citer superhero moden Amerika aku memang tak suka.


Siap ambil cuti lagi, bukan sebab nak tengok Hobbit tapi memang dah rancang nak amik cuti lepas dekat dua minggu aku berpenat-lelah ulang-alik ke KL uruskan urusan tuntutan tender di KEMENTAH.
Dalam kul 10.30 pagi aku amik kawan aku kat rumah dia dan gerak ke Ipoh.

Sampai je terus beli tiket. Dapat tempat kat barisan ke-4, haish, ingat pegi ari kerja tak ramailah orang. Penuh ngan budak-budak plak. Ada juga yg  dah dewasa cam aku, siap bawak anak kecil lagi. Dwarf jerit, dia pun jerit. Sakit pale aku.

The Hobbit yang terakhir ni banyak scene lawan-lawan. Dah nama pun The Battle of The Five Armies kan. Tapi masih ada lagi scene lawak dia walaupun takdelah buat aku berdekah-dekah cam tengok yang kedua dulu. 

Walaupun aku dah jangkakan ada watak yang mati sebab aku dah pernah baca kisah Dwarf tapi rasa sedih juga tau. Siapa yang mati takleh bagi tahu nanti tak best nak tengok. Tapi ada scene yang aku rasa best dalam filem ni. Bukan sekadar fantasi tapi ada juga selit-selit moral kat situ.

Scene yang aku rasa best (tak ikut turutan plot)
1. Lepas battle, Legolas jumpa ayah dia, Thranduil, bagi tahu yang dia tak boleh balik ke Mirkwood dan bapa dia cadangkan supaya Legolas menuju ke Utara. Jumpa seorang pahlawan bergelar Strider yang punya masa depan yang cerah. Ikut dan bantu pahlawan tu. Rasanya siapa pengikut tegar LOTR, tentu tahu siapa kan?

Nampak tak kebijaksanaan pengarah? (cewah, puji sket) Kalau ikutkan watak Legolas ni takde pun dalam buku The Hobbit tapi dengarnya sebab nak tunjukkan macam mana Legolas boleh bersahabat baik dengan Aragorn, sebab tu watak ni diwujudkan dalam filem. Kalau baca buku tentang LOTR ke, Hobbit ke, Legolas ni tak berapa jelas kewujudannya.

Nampak tak perbezaan di situ? Yang kiri waktu dalam LOTR dan kanan dalam The Hobbit.
My Legolas yang jelas ke'tua'annya, tapi tetap hensem.

2. Waktu Legolas bantu Thorin yang diserang oleh kumpulan Orc. Kalau dalam LOTR, yang menjadi kemusykilan kita adalah anak panah yang tak pernah habis-habis tu kan? Ok, aku jangkakan benda yang sama tapi tak, sebab time Tauriel diserang dan Legolas nak bantu, time tu pula anak panahnya habis. 

3. Scene Lord Dain, sepupu Thorin datang bawa angkatan tentera Dwarf. Boleh dia panggil Thranduil, ELF Pondan. 

Pondan katanya si King of Mirkwood ni.

Mana ada pondan, tengok, gagah je pegang pedang. Hehehe.

4. Aku lupa lelaki yang jadi pembantu kepada pembesar kat tempat Bard the Bowman tu. Dia tu dahla talam dua muka pastu pentingkan diri dan pengecut pula tu. Boleh pula dia menyamar jadi perempuan. Walaupun meluat tengok dia, tapi rasanya bila scene dia yang kelakarnya.

Keseluruhannya, aku puas hati walaupun sedih sebab ada yang mati. Tapi logiklah kan, dah namanya perang mesti ada yang mati. Aku tak puas lagi, agak-agak Peter Jackson ada tak nak buat cerita tentang Middle Earth ni lagi. Kalau LOTR, cerita tentang HOBBIT and MAN, The Hobbit, tentang HOBBIT and DWARF. Apa kata buat pula tentang ELF? Tapi J.R,Tolkien ada tulis tentang ELF ke? Kena buat research ni. (Wah, kalaulah engkau segigih ini waktu study dulu, mesti dapat Anugerah DiRaja kan?)

Bukti aku duduk kat depan. Walaupun taklah depan sangat tapi sakit juga tengkuk aku ni.

Dari Aeon Kinta City, aku pergi Plaza Angsana Ipoh, amik borang daftar perniagaan, makan-makan, solat. Kawan aku cari bagasi nak balik Sabah minggu depan. Mahal sangat, sudahnya kita orang singgah Mydin Meru on the way nak balik tu. Sebab nak kejar masa, aku suruh dia cari beg dan aku pula pergi kat bahagian stationery. Apa lagi cari novellah.

Haish, kat Mydin ni berterabur susunan novelnya, Kat tempat Jemari Seni, novel Fajar Pakeer yang penuh. Atas Buku Prima, tengah Penulisan2u, bawah Karya Seni. Pening aku nak cari. Sudahnya, sebab tangan gatal juga nak membeli novel, akhirnya aku rembat dua novel ni.


Dua-dua start dengan 'Aku'. Baru baca Aku Benci Kau, skip muka surat yang depan-depan sebab tu kisah mak ayah hero (tak menyabar aku ni), baca sikit-sikit je untuk tahu sebab musabab. Kalau ada masa kan ku share kat sini. Yang lama-lama tu pun belum sempat nak share.

Friday, 21 October 2011

3 Idiots

 

Untuk kali ketiganya aku tengok cerita ni hari ni. Bagi aku 3 Idiots antara yang berbeza yang pernah aku saksikan dalam cerita Bollywood sebelum ni. Kelakar sampai berdekah-dekah aku ketawa, sedih sampai meleleh airmata aku. Cerita ni sarat dengan nilai2 moral dan pengajaran (macam KOMSAS plak). Disampaikan secara bersahaja dan juga secara sindiran.

Antara babak yang paling menarik, apabila Chatur (pelajar yang berlagak sebab pandai) dipilih untuk memberi ucapan semasa Hari Guru. Moral of the strory, ada antara kita merupakan excellent student tapi excellent dari segi apa, excellent kerana faham apa yang kita belajar atau excellent kerana dapat menghafal setiap buku teks dan kalau ditanya, jawapan 100% menepati skema. Itu yang terjadi pada Chatur, dibesarkan di Uganda dan kurang fasih berbahasa Hindi. Teks ucapan dihafal tanpa memahami perkataan yang diucapkan. Akhirnya, jadi bahan ketawa. Tapi tak boleh blah bila, walaupun orang duk ketawakan dia, dia masih bersemangat meneruskan ucapan. Hehehe...

SYNOPSIS 

Go to imdb.com untuk baca sinopsis. Panjang sangat, malas nak translate and malas nak copy & paste.

PREVIEW
Tak jumpa trailer yang ada eng sub.
Go to this channel kalau nak tengok cerita ni, ada eng sub.

PHOTOS
 
 
 

Monday, 3 October 2011

Hello Ghost dan Airmata?

Baru lepas habis tgk Korean movie, Hello Ghost, lakonan Cha Tae Hyun. Cerita berkonsepkan family ni xpernah fail buat org menangis. Mula2 tgk ketawa sebab ada part yg lucu dah sampai part nak abis tu apa lagi, mata pun mulalah bertakung buat kolam. :(

Macam biasa aku nak kongsikan info tentang cerita ni:

Sinopsis:
Cerita ni bermula dgn scene Sang Man (Cha Tae Hyun) cuba bunuh diri. Macam2 cara dia buat untuk bunuh diri tapi tak pernah berjaya. Selepas kali terakhir cubaan bunuh diri dia gagal, dia start nampak hantu. Sejak itu, dia tinggal bersama-sama dengan empat hantu ni. Ke mana dia pergi hantu ni ada je dengan dia sebab hantu ni kadang-kadang guna badan Sang Man untuk berkomunikasi. Kerana hantu-hantu ni jugalah Sang Man bertemu cinta hati dia.

Setiap hantu ni ada keinginan mereka dan Sang Man ni fikir kalau dia kabulkan permintaan hantu-hantu ni, mereka akan pergi dari hidup dia tapi sampai akhirnya hantu ni masih bersama dia. Sampai satu tahap Sang Man ni halau hantu-hantu ni dari hidup dia tapi akhirnya ingatan dia muncul kembali saat dia accident waktu kecil bersama-sama dengan keluarganya. Dalam kemalangan tu, dia seorang je yang hidup. So, rasanya dah boleh guest kan siapa hantu-hantu tu?

Sinopsis dari Asian Media Wiki

Sang-Man (Cha Tae-Hyun) attempts to commit suicide by jumping off a bridge and into a river. He fails, but the end result is that he starts seeing ghosts. Sang-Man then goes to the hospital and gets anl examination. Is he going crazy?
Meanwhile, Sang-Man meets nurse Jung Yun-Soo (Kang Hye-Won) at the hospital and quickly falls in love. But those pesky ghosts still haunt Sang-Man everywhere he goes. Sang-Man then attempts to help the ghosts fulfill their unrealized dreams to get them to leave him alone once and for all.
HelloGhost-p6.jpg

Trailer

Watak-watak
Hello ghost-Cha Tae Hyun.jpg Cha Tae Hyun sebagai Sang Man
Hello Ghost-Kang Hye-Won.jpg Kang Hye Won sebagai Jung Yun Soo
Hello Ghost-Lee Moon-Su.jpg Lee Mun Soo sebagai Hantu Miang (perverted ghost)
Hello Ghost-Ko Chang-Seok.jpg Kong Chang Seok sebagai Hantu Perokok (cigarette smoking ghost)
Hello Ghost-Jang Yeong-Nam.jpg Jang Yeong Nam sebagai Hantu yang suka menangis (Crybaby ghost)
Hello Ghost-Cheon Bo-Keun.jpg Cheon Bo Keun sebagai Hantu Kanak-kanak