Tuesday, 1 July 2014

AKU STRESS

Salam Ramadhan..

Semalam stress tol aku. Dalam nak tukar header je kat blog ni, alih2 habis hilang format kat blog aku (Kes x save). Aku nak kasi tukar header sbb blog ni aku nak wat tempat meluah perasaan, ala-ala diarilah. (Aku ni suka lupa). So, nak buanglah gambar retis Korea yg selama ni jd receptionist kat blog aku ni. 

Sebelum tu aku google mana2 header yg cantik tapi satu pun x berkenan. Ntah camner termasuk kat blog yg ajar camne nak wat header sendiri guna this app, PicMonkey. Aku ni bukan bdk grafik, so PicMonkey ni sngt best bg aku yg nak buat simple design ni. 


Dipendekkan citer, lepas aku berjaya buat header, aku apply kat blog dan hasilnya oklah bagi aku. Bila aku preview aku perasan ada beberapa gadget yg tak leh display. So, aku dgn naifnya pergilah delete sbb ingat dah xleh guna. Dan salah satu yg aku terdelete tu background blog aku. Haish, rasa nak menjerit tapi seb baik kat opis.

Aku ni try lah betulkan balik dan ntah camner tersalah klik, aku ter'apply' blogger template n otomatik aku nye format dari font, kaler, dan lain2 bertukar. Yg aku tak boleh tahan bila header yg aku buat dgn gigihnya tadi jadi tak center. Dah jenuh plak aku gi google lg camner nak centerkan balik header tu dan thanks to this blog owner yg bg aku solution. Ada bnyk blog yg bagi tuto ni, tapi aku try yg ni n berjaya so, yg lelain tu aku ignore jelah.


Akhirnya, lepas aku bertungkus-lumus membetul balik blog ni, dapat balik kejadian asalnya walaupun x 100%. Takpe len kali aku touch up kasi cantik.

Nota Kaki : Arini nak cuba buat roti jala ngan kari ayam tuk berbuka. Kalau jadi, esok citer. 

Nota Kepala Lutut : Geram tul aku ngan one of my Director ni. Nama jer Dato' tapi haprak. Elokla tu ko ajar anak ko semua benda nak claim kat co. Tak lama sok terlingkup. Huuh, sabar Anis bulan pose ni.

Monday, 30 June 2014

RAMADHAN KAREEM




Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa. Syukur juga sbb semalam hujan turun dgn lebatnya kat kampung aku, takdelah rasa kepanasan dan kehausan. 

Yelah, siapa sangka yang hujan turun mencurah2 sedangkan jabatan kaji cuaca ramalkan yg cuaca waktu bulan Ramadhan ni panas. Semua tu kuasa Allah SWT.

Selalu tu 1st day pasti mencabar nak2 pulak 1 Ramadhan jatuh hari Ahad, tgh cuti tu. Kalau sebelum ni duk kat rumah mesti kepala ni duk fikir pasal makan je. Bak kata orang Perak, 'sepuluh kali sekejap', maknanya selalu sangat. 

Berbuka semalam ringkas je. Walaupun takde lauk kegemaran tapi bersyukurlah mak dah masak kan? Tak payah nak memilih sangat, apa rezeki yg Allah bagi tu telan je. Lagipun gaji belum masuk, so tak bolehlah nak merayap kat bazaar Ramadhan. 

Hari ni punya cerita, aku ingat nak half day tadi. Pukul 4 pagi tadi terjaga lepas tu tak boleh nak tido sebab belakang aku sakit sangat2.
 Aku golek2 juga atas katil,try bawa tido tapi tak mahu juga. Sudahnya aku bangun, turun bawah, cuci muka, ambil pinggan, senduk nasi, buka 'sangai aka tudung saji' dan apalagi aku 'ngap'.

Habis makan aku buka tv, (sementara nak tunggu nasi jatuh, kata mak aku) layan Costa Rica vs Greece. Sedar-sedar dah masuk waktu Subuh. Lepas solat aku cuba tido balik, macam2 posisi aku cuba  tapi sikit pun tak kurang sakitnya. Entah pukul berapa aku terlelap, terjaga and tengok jam kat handphone dah pukul 7.36 pagi.

Turun bawah, aku duduk bersandar kat kerusi malas. Akhirnya, dalam nak half day aku telefon colleague aku bagi tau masuk lambat sikit. Sebelum pergi kerja tu sempat lagi aku cuci kereta aku yg penuh tanah semalam.

Hopefully, hari ni dapat menempuhi Ramadhan dgn lancarnya dan dapat berterawih untuk malam ketiga.


p/s: Jangan makan kenyang sangat, tu sebablah ko sakit belakang semalam Anis oi....Dah selalu jadi camtu pun boleh tak ingat ke?


Thursday, 19 June 2014

SEDIH TAPI REDHA

Setiap yang hidup pasti akan mati... Itu janji Allah yang pasti..


Salam..lama tak menulis, Kenapa tiba-tiba sebut pasal mati ni? Sebab aku baru je kehilangan opah semalam (18 Jun 2014 / 20 Syaaban 1435). Sedih tapi redha.

Sapa tak sedihkan bila kehilangan org tersayang tapi aku redha kerana kita semua akan menghadap Allah bila sampai masanya. Sekurang-kurangnya opah aku tak perlu menderita lebih lama.

Sepanjang 30 tahun aku hidup aku cuma ingat benda yang baik-baik je tentang opah sebelah ayah aku ni.

1) Dia orangnya suka gelak kalau anak, menantu, cucu dan cicit usik dia.
2) Masa dia sihat tak pernah aku dengar dia marah-marah, tinggikan suara. (Takkan dengar dia cakap g*****g, c****a, p*****k or perkataan femes kt kg aku h********h)
3) Waktu kecil selalu tidur kat rumah dia, so, selalu dgr dia ngan arwah tok bertekak. Arwah tok aku ni suka bersembang. Pepagi waktu opah aku tgh sibuk buat breakfast, dialah yang duk layan aku ngan adik aku. Ada je benda nak ditanya dan diceritanya sampai kita orang dah tak tahu nak respon apa dah. Akhirnya, opah aku terpaksala 'bertempik' (arwah tok kurang dengar) suruh tok aku berhenti. Time ni memang lawak sebab tok aku buat dek je. Kengkadang makin rancak plak dia.
4) Kuat melatah tapi bukan cam sesetengah org yg bila melatah sebut perkataan bukan2. Dia punya melatah habis nama cucu dikiranya. Nasiblah waktu tu tak ramai lagi cucu. Kengkadang aku ngan kakak sepupu aku tolong dia kira mana2 cucu yg dia lupa sebut, hehehe.
5) Opah aku ni kecik je orgnya, tapi masa aku kecik aku punyalah kagum ngan dia. Dedulu dia suka masak guna dapur kayu, ada buluh pendek untuk dia tiup kayu bagi berapi. Dia dengan selamba je kengkadang tu betulkan kayu yang ada bara tu dengan bare hand tau. Bekas Home Guard la katakan.

Ini antara kenangan aku dgn dia, aku membesar, opah sebelah mak yang jaga so, tak banyak sangat memori dgn dia. Tapi yg pasti kenangan aku dgn dia dan arwah tok memang best belaka. Cuma masa kecik lu ada gak sentap sikit2 sebab jeles tgk dia mesra dgn cucu2 yg dia jaga (anak adik dan kakak ayah). Pastu bila dah besar aku dah tak kisah.

Doa aku, moga-moga Allah tempatkan dia bersama hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Amin.


Tuesday, 16 April 2013

Teman Baru ("o")

Salam.

Dah berbulan rasanya jari aku ni tak menari kat sini, asyik menari kat Excel je. Ditambah pula dengan semangat aku yang hilang disebabkan maybank2u aku tak boleh nak guna.. gerammmm.

Tapi akhirnya hari ni aku telah berjaya meng'akses' kembali maybank2u aku. Masalah pertama waktu aku buat report dulu, dorg cakap TAC number tak boleh send kat no Celcom, maka aku ni terkedek-kedek mencari nombor Maxis untuk mendaftar menjadi pengguna maybank2u yang baru.

Masalah masih sama, aktiviti ber'shopping' di alam maya terpaksa aku hentikan. Bila aku request untuk TAC no, keluar window yg bagi tau TAC no aku dah berjaya di'send' tapi aku duk tengok Samsung Colby kuning pemberian adik aku ni kenapa tak bersiul lagu Troublemaker dendangan Hyuna ngan sapa ntah yang kump. Beast tu, lupa plak. Rasa cam nak hempas2 je handphone, tapi aku ni bukan kaki beli handphone jadi aku maafkan je lah Cik Colby.

Tadi waktu aku ke bank dan selesai urusan company, aku bawa kaki aku berjalan-jalan mencari kedai telefon dan tak jauh dari bank aku jumpa sebuah, terus aku masuk, jenguk mana telefon yang paling murah (walaupun ada keinginan nak membeli Samsung Galaxy pelbagai huruf tu kan). Akhirnya ada dua handphone yang paling murah, satu RM65 dan satu RM69. Tangan aku dah pegang yang harga RM65 tapi salesgirl tu kata yang RM69 ni lagi senang function nye. Maka aku ambillah yang RM69 tu.

Hasilnya, walaupun murah handphone ni telah berfungsi dgn baik. Berjaya juga aku terima TAC no. Wahai, kedai2 online tunggu aku datang menjenguk. Bagi orang yang bukan jenis bergayut kat telefon macam aku ni, cukuplah dengan telefon pemberian org dan murah2 je :(

Inilah, Cik Orked yang baru aku beli tadi (aku melayukan sket nama dia)
 

Ciao.... Nak start bershopping. Kalau rajin dan ada masa aku tunjuklah apa barang yang aku ketagih nak beli tiap-tiap bulan tu kan.