Friday, 17 August 2012

Yeyy..Nak Raya

Wah..wah, kurang iman betul tajuk entri tu....Sonok sangat bunyinyer....Pose tu cukup ke? Ibadah di bulan Ramadhan tu banyak ke buatnyer? Nak raya kemain sonoknyer.... :P

Arini last day keje, tak heran pun kene dtg keje bukan jauh mana pun rmah aku, dahlah duk ngan family, so x runsingle nak menempuh jam kat Kolumpo nun.

Esok, lusa je nak raya ...tapi, rmh aku cam tongkang pecah lagi. Sejak aku keje ni mmg xde masa nak bekemas. Itu pun mujo le mak aku dah stat sket2 lu. Nak hrpkan aku, ntahle. 

Biskut raya pun mujo gak le mak aku dgn gigih membuatnyer, 3 ari bleh dpt nam jenis biskut, mmg pecutan saat akhir tol. Aku plak dptle menghasilkan 2 jenis je..okle tu kan?

Selamat Hari Raya.......Kad tok semua


Lagu tok semua...lagu lelame gak yg best



Cioa..

Tuesday, 7 August 2012

Setelah sekian lama...

Salam Ramadhan...

Lamanye aku tak 'ngeblog' ni, (ikut suke aku je bikin pekataan baru kan). 
Jari aku ni terkinja-kinja nak menari di keyboard tp apa kan daya tak sanggup lagi otak aku nak memikir bende2 lain selain dr menyiapkan akaun, (pergh, xnak kalah cam lah kau sorg je yg sibuk wat akaun)

Tadi aku g meronda-ronda kat blog Beautifulnara, tetiba jumpe entri dia pasal iklan Petronas, watak utama Redza Minhat. Iklan Petronas kalau x buat airmata aku menitis mmg xsah, maka keluarlah airmata aku dgn segan silunya semasa tgk iklan tu. Kenapa segan silu? Sebab ada praktikal student kat bilik aku ni, kang dia tgk aku nangis hilanglah kredibiliti aku sbg penyelia. Sesape yg belum tgk boleh cari kat youtube.

Hari Ahad aritu, aku pegi ke Mydin Mall, punyalah ramai manusia membeli-belah. Yang kelakarnya bila tetibe aku dgr pengumuman pada sesiapa yg hilang anak sila dtg ke kaunter khidmat pelanggan. Kalau Melayu tu aku pahamlah, kotlah ghairah ber'shopping' sampai lupe anak, ini anak org India...x boleh blah tol. Ini baru betul 1Malaysia kan? Sama-sama beraya.

Ciao dulu, penatlah plak otak aku nak pikir 2, 3 benda ni. Sebelum tu layan lagu BAP ni dulu...

Saturday, 21 July 2012

SELAMAT BERPUASA

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam termasuklah diri aku. Kali kedua berpuasa sejak bergelar pekerja. Pertama kali dulu ketika masih mengajar dan dugaannya lebih sikit sebab mengajar di sekolah cina, so faham-faham jelah kan. Dan kali ni berpuasa di syarikat yang semuanya orang Islam so tak jadi hal lah sangat. 

Baru 1st day puasa member dah ajak gi bazar Ramadhan, yang bestnya dua orang tu tak puasa pun, tapi nafsu cam orang puasa je kan? Waktu bulan puasa ni yang bestnya bila gi bazar, penat mata tengok macam2 jenis makanan dan saat itu mulalah perasaan tamak menguasai dirikan? Semua nak beli, last-last bila berbuka  banyak makanan yang tak bersentuh, dah membazirkan?

Tahun ni mak aku dah siap-siap bagi tahu, takde lagi aktiviti berkunjung ke bazar setiap petang. Sanggup tu balik awal sebab nak masak, kena berjimat-cermat sebab nak pakai banyak duit untuk buat wiring bengkel adik aku. Takpelah bila lagi nak makan masakan mak aku sebab kalau hari biasa memang tak masaklah mak aku tu dan kalau aku cuti aku nilah yang disuruhnya memasak. So, aku pun ikut mood juga, kalau ok meriahlah atas meja makan tu kalau tak colek sambal belacan jelah.

Biarpun panas bazar Ramadhan takkan pernah sunyikan?

Ini all-time favourite. 

Yumm...

Iman kena kuat beb kalau pergi bazar Ramadhan ni.

Selamat Berpuasa.......

Thursday, 21 June 2012

Layan: Lagu Butterfly Melly ft Andhika Pratama

Salam.....
Lama rasanya jari ni tak menari kat papan keyboard ni. Banyak benda nak tulis tapi xterjemah kat dis blog, berlegar-legar je kat otak aku yg rasanya dah sarat ngan macam2 perkara. Dgn beban keje yg semakin bertambah...ahh tensionnya. Bos bagilah one assistant kat aku...berdarah pale aku hari2 berfikir sensorg ni /floor

Akhir2 ni hobi aku bila on9 mesti g jenjalan cari makanan kat blog. Apa yg best time jenjalan tu bleh ter'fly' ke oversea. Kebanyakkan blog foreigner yg aku singgah, gambar makanan yg dorg upload very the chantekla. Skrng ni kan femes dgn food photography, tengok gambar je dah buat aku kecur liur walaupun x tahu rasanye sedap ke tak. Antara gambar yg menarik, macam gmbar berries. Pergh, rasa cam berries tu semua ada kat depan mata. Sedapnya. Ada banyak blog yang menarik dan kalau rasa penin nak cari pergi je kat  FoodGawker ni. Ala2 web Kongsi Resipi tu.

Rasanya cukuplah sampai sini jari aku menari, bukan penat but i've no idea nak tulis apa dah kos dlm pale ni asyik fikir akaun aku yg bila nak siap ni... /blur

Sebelum tu jom layan lagu Melly dan Andhika yg jadi lagu tema citer Dejavu di Kinabalu tu : Butterfly