Friday, 11 January 2013

Akhirnya..

Salam.

Sedihnya....akhirnya Ebu pergi jugak tinggalkan aku. Lepas ni dah tak bleh dah aku peluk-peluk dia. Entah apa silapnya, lepas jumpa doktor aritu dia dah ok sket. Hidung dia dah ok, xde dah selsema, makan pun berselera tapi dua tiga ari lepas tu dia macam tak bersemangat, Asik tidur je, makan x, minum pun kurang.

Tak pasal-pasal aku menangis kat tempat kerja. Bleh x? Jenuh nak cover n tahan dari terus tersedu-sedu. Kang orang kata bergaduh ngan boyfriend plak padahal boyfriend pun x pernah wujud. Sampai sekarang aku tak boleh pergi kat tempat tidur dia, kang mulalah meleleh air mata ni... ;(

Nak menghilangkan perasaan sedih biasanya aku duk melayan Running Man ngan citer Thai. 'Rangkaian' siri TV aku dah dekat 2 minggu di'hold'. Lagilah aku bosan. Minggu depan baru semua citer tu akan ditayangkan balik dan minggu berikutnya barulah aku boleh download.

It's ok. I'll wait patiently.
  
 

Sedang menunggu mood datang untuk buat review drama. Oops, how can I forgot there is a lot of drama to be watched.
AXN

 

DIVA
 

THAI LAKORN
 Raeng Pradtana (citer baru. Kat Youtube baru upload sampai ep 2)

 Panya Chon Kon Krua (tahun lps punya cerita tapi belum abis upload.)
Dan pastinya menanti lakonan one of my favourite pra'ek Aum Atichart dan Yaya untuk remake Maya Tawan.

Dan juga Tik dan Anne untuk drama Ya Luem Chan.

Friday, 28 December 2012

Oh, Ebu...

Semalam untuk pertama kalinya aku bawa kucing aku ke klinik, itu pun lpas tak tahan tengok dia kesakitan. Kesian sangat kat dia, telinganya bernanah dan disebabkan dia suka goyang kepala dia kuat sangat sampai kepala dia dah senget. Boleh plak doktor tu g tau kucing aku tu mungkin akan kekal macam tu, kiranya oku lah. (kalau oku tu orang kalau kucing hku la.)

Tapi lepas kena cucuk semalam, arini aku tengok dia dah ok sket, dah boleh pergi makan n minum. Kalau tak, nak berjalan pun terketar-ketar.... Masa cucuk semalam mak aku dah nak cabut keluar, tak sampai ati nak tengok, aku pulak rasa cam nak nangis je bila kucing aku yang kami panggil Ebu tu menjerit. Macam baby, kenalah duk pujuk dia dan nasib dia tak banyak buat ragam. Balik tu dia diam je duk dalam kereta. 

Masa nak daftar memang kelakar, jangan ingat manusia je ada kad pesakit tau, kucing pun ada. Dan bagi kita  orang yang first time datang ni, terpinga-pinga bila nak mengisi umur ngan berat si Ebu. Lastnya, aku cakap kat mak aku tak yah lah isi. Selama arini tak pernah plak kita orang nak amik kira benda2 tu semua. Asalkan dia selera makan, cergas bermain, pada kita orang sihatlah tu. Alahai sian kat Ebu.

Hopefully, Ebu akan cepat sihat dan produce anak-anak yang comel ye....Sayang Ebu..
 
Ni gambar Ebu dan Lat(dah mati) masa kecil.

 
Dua beradik yang tak boleh berpisah

 
Sampai dah besar pun suka tidur bersama

 
Sekarang ni tinggal Ebu je, Lat dah takde...

 
Tapi Ebu ada kawan baru si Bulat, ex-gf Lat dan dua anak angkat (xde gambar si kecil 2 ekor tu)

Boleh baca kat blog ni mengenai kucing dari perspektif Islam. Mak aku selalu cakap kucing ni pembawa rezeki. Yelah, kalau kita sayang dengan dia, jaga dia dengan baik, dia akan doakan untuk kita. Kenapa? Sebab kalau rezeki kita melimpah-ruah, kucing2 ni pun dapat share sekali. Kalau kita ada duit kita mesti belikan dia makanan yang best2, dia dapat tidur kat tempat yang selesa. Jadi janganlah kejam dengan kucing-kucing ni (termasuklah binatang yang lain). Seperti kita, mereka juga diberi tugas kat bumi Allah ni.

Friday, 17 August 2012

Yeyy..Nak Raya

Wah..wah, kurang iman betul tajuk entri tu....Sonok sangat bunyinyer....Pose tu cukup ke? Ibadah di bulan Ramadhan tu banyak ke buatnyer? Nak raya kemain sonoknyer.... :P

Arini last day keje, tak heran pun kene dtg keje bukan jauh mana pun rmah aku, dahlah duk ngan family, so x runsingle nak menempuh jam kat Kolumpo nun.

Esok, lusa je nak raya ...tapi, rmh aku cam tongkang pecah lagi. Sejak aku keje ni mmg xde masa nak bekemas. Itu pun mujo le mak aku dah stat sket2 lu. Nak hrpkan aku, ntahle. 

Biskut raya pun mujo gak le mak aku dgn gigih membuatnyer, 3 ari bleh dpt nam jenis biskut, mmg pecutan saat akhir tol. Aku plak dptle menghasilkan 2 jenis je..okle tu kan?

Selamat Hari Raya.......Kad tok semua


Lagu tok semua...lagu lelame gak yg best



Cioa..

Tuesday, 7 August 2012

Setelah sekian lama...

Salam Ramadhan...

Lamanye aku tak 'ngeblog' ni, (ikut suke aku je bikin pekataan baru kan). 
Jari aku ni terkinja-kinja nak menari di keyboard tp apa kan daya tak sanggup lagi otak aku nak memikir bende2 lain selain dr menyiapkan akaun, (pergh, xnak kalah cam lah kau sorg je yg sibuk wat akaun)

Tadi aku g meronda-ronda kat blog Beautifulnara, tetiba jumpe entri dia pasal iklan Petronas, watak utama Redza Minhat. Iklan Petronas kalau x buat airmata aku menitis mmg xsah, maka keluarlah airmata aku dgn segan silunya semasa tgk iklan tu. Kenapa segan silu? Sebab ada praktikal student kat bilik aku ni, kang dia tgk aku nangis hilanglah kredibiliti aku sbg penyelia. Sesape yg belum tgk boleh cari kat youtube.

Hari Ahad aritu, aku pegi ke Mydin Mall, punyalah ramai manusia membeli-belah. Yang kelakarnya bila tetibe aku dgr pengumuman pada sesiapa yg hilang anak sila dtg ke kaunter khidmat pelanggan. Kalau Melayu tu aku pahamlah, kotlah ghairah ber'shopping' sampai lupe anak, ini anak org India...x boleh blah tol. Ini baru betul 1Malaysia kan? Sama-sama beraya.

Ciao dulu, penatlah plak otak aku nak pikir 2, 3 benda ni. Sebelum tu layan lagu BAP ni dulu...