Aduh, hatiku teramatlah sedih..isk..isk..isk. Dahlah tgh xder duit, terpaksa g korek2 kat ASB tuk beli charger atau bahasa ITnye AC adapter netbuk yg baru. Semuanya sebab charger yg lama dah nak tertanggal wayar dia. Tu lah Cik Anis asal lah ko ganazzz sangat guna charger tu. Tak pasal2 RM99 melayang, hua...
Seb baiklah ko Baby(my netbuk name), aku sayang bangat kat ko, kalau x lantak p lah. Kan best kalau ada org len sayang kat aku camne aku sayang kat ko..isk..isk..isk(nangis lagi). Oklah lepas ni jgn rosak lagi ea..xlarat aku nak kua duit semata2 utk ko. 99 hengget tu kalau aku beli makanan mau pecah perut aku kekenyangan.
Pesanan tuk aku gak, kalau dah tau perit kua duit, jgnlah layan Baby ganazzz sangat...
Untuk kali ketiganya aku tengok cerita ni hari ni. Bagi aku 3 Idiots antara yang berbeza yang pernah aku saksikan dalam cerita Bollywood sebelum ni. Kelakar sampai berdekah-dekah aku ketawa, sedih sampai meleleh airmata aku. Cerita ni sarat dengan nilai2 moral dan pengajaran (macam KOMSAS plak). Disampaikan secara bersahaja dan juga secara sindiran.
Antara babak yang paling menarik, apabila Chatur (pelajar yang berlagak sebab pandai) dipilih untuk memberi ucapan semasa Hari Guru. Moral of the strory, ada antara kita merupakan excellent student tapi excellent dari segi apa, excellent kerana faham apa yang kita belajar atau excellent kerana dapat menghafal setiap buku teks dan kalau ditanya, jawapan 100% menepati skema. Itu yang terjadi pada Chatur, dibesarkan di Uganda dan kurang fasih berbahasa Hindi. Teks ucapan dihafal tanpa memahami perkataan yang diucapkan. Akhirnya, jadi bahan ketawa. Tapi tak boleh blah bila, walaupun orang duk ketawakan dia, dia masih bersemangat meneruskan ucapan. Hehehe...
SYNOPSIS
Go to imdb.com untuk baca sinopsis. Panjang sangat, malas nak translate and malas nak copy & paste.
PREVIEW
Tak jumpa trailer yang ada eng sub.
Go to this channel kalau nak tengok cerita ni, ada eng sub.
Sakit kepalaaaa.....kalau ada yg minat kat kump SNSD dr Korea tu mesti tahu kenapa aku boleh sakit kepala. Bukan sebab tak puas hati sebab lagu dorg tak cute cam dulu-dulu tapi sakit kepala sebab baca komen, (xceli x sempat nak baca pun). Tak sampai satu minit komen2 tu dah scroll down.
Kat Youtube dah macam perang, yang fans nya sibuk nak dptkan 1 mill views in 1 day (dah dpt pun, x sampai 1 hari) n haters duk sibuk mengutuk n click dislike button tu.
Terpulanglah apa fans or haters nak kata yg penting aku puas hati sebab si comel Yoona ada banyak line dalam ini lagu, siap rap lagi tu.....Go Yoona Go... Go GG Go....
Sebelum In terus baca surat abang ni, abang nak minta maaf sebab, dalam zaman yang serba canggih dan moden ni abang masih memilih untuk menggerakkan jari menarikan mata pena di atas sekeping kertas. Orang lain mungkin lebih selesa ber’facebook’, ber’twitter’ atau ber’sms’ tapi abang inginkan privacy. Perlu ke abang luahkan perasaan di twitter untuk orang lain membaca luahan hati abang? Perlu ke abang melayang mesej di facebook dan mana tau tiba-tiba akaun abang kena hack? Dan perlu ke abang hantar mesej guna handphone sedang spacenya terlalu kecil untuk memuatkan luahan hati abang ni? Mesti In tertanya-tanya, kenapa tak jumpa atau call aje? Jawapannya senang. Abang malu. Hehehe. Boleh terima tak alasan tu?
Kalau tadi abang minta maaf pada In tapi kali ni abang nak ucap terima kasih pula. Kenapa? Sebab In muncul dalam hidup abang. Sejak abang jumpa In abang rasa hidup abang indah sekali. Abang ramai jumpa wanita malah jujur abang cakap ada antaranya yang pernah singgah menghuni ruang di hati abang tapi ikhlas abang cakap yang tiada seorang pun yang dapat menandingi Nurin Arianna. Ingat lagi tak kali pertama kita berjumpa? Siapa sangka pertemuan yang awalnya bermula dengan pertengkaran akhirnya berjaya membuat abang terigau-igaukan In. Setiap kali abang teringatkan In, pasti jari abang akan menyentuh dahi yang masih berparut kesan balingan buku berkulit tebal kepunyaan In dulu.
In, ramai kawan abang tertanya-tanya apa yang merasuk abang sehingga tergila-gilakan In. Bukanlah maksud mereka yang In ni tak cantik, tak baik, tapi mereka pelik macam mana playboy macam abang yang selalunya berdamping dengan wanita yang selalunya pakai baju tak cukup kain boleh jatuh hati pada gadis manis bertudung seperti In. Dan abang rasa mungkin kawan-kawan In pun pelik macam mana In boleh sangkut dengan lelaki player macam abangkan?
In, sekali lagi abang ingin mohon maaf pada In. Hubungan kita pernah tergugat, bukan sebab In tapi abang, kerana sikap abang. Abang kecewakan In, abang lukakan hati In dan abang curang pada In kerana mengikut nafsu abang yang sukakan keseronokan duniawi, sedang dengan In nak pegang tangan waktu dating pun tak boleh. Jahilnya abang, sehingga hukum Islam abang abaikan. Tapi terima kasih sekali lagi kerana In, abang banyak belajar dari kesilapan. Bila abang kehilangan In untuk seketika abang rasa dunia abang kosong. Dan sebab itu abang tak malu untuk menagih cinta In kembali kerana abang tahu hanya In yang mampu membantu abang untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.
Satu petang waktu kita keluar makan, dalam kereta, kat radio Era, Akim menyanyikan lagunya ‘Janji’. In bagi tahu abang, sepatutnya abang yang nyanyi lagu tu sebab lirik lagu tu kena dengan abang. Dan demi In abang belajar menyanyikan lagu tu walaupun genre muzik yang dibawakan oleh Akim tu bukanlah aliran muzik yang abang suka. Dan dengan rasa bangganya abang berjaya menyanyikan lagu tu sambil memetik gitar waktu birthday party In. Walaupun suara abang taklah mantap sangat macam penyanyi tapi abang puas bila melihat bibir manis In mengukir sebuah senyuman dari mula abang mendendangkan lagu tu sampailah abang bangun dari kerusi dan melangkah ke arah In.
In, abang janji abang akan menjaga In, abang takkan lukakan In untuk kedua kalinya dan abang perlukan sokongan In untuk terus menjadi manusia yang lebih baik. Terima kasih sekali lagi kerana buat tidur abang sentiasa dihiasi mimpi-mimpi indah dan terima kasih kerana In juga telah menjadikan mimpi abang satu realiti kerana menerima lamaran abang untuk menjadi suri hati abang. Abang janji akan menjadi suami yang baik buat In dan abang ingin sekali In menjadi bidadari abang seandainya syurga dijanjikan buat abang. Mulai esok kita bersama-sama akan melayari bahtera rumahtangga bersama dan abang berdoa biarlah bahtera kita sentiasa kukuh dan utuh dan mampu pula memberikan perlindungan kepada orang lain. Amin.
Terima kasih Nurin Arianna kerana berjaya menjadikan abang mengenal erti jiwang yang selalu abang perlekehkan sebelum ini.
Encik Alias memulakan Perniagaan Berkat di Nilai, Negeri Sembilan pada 1 April 2010 dengan modal yang terdiri daripada:
RM
Kenderaan
20 000
Lekapan dan lengkapan
8 900
Encik Alias menyimpan rekod perniagaannya tidak mengikut sistem catatan bergu. Pada 31 Mac 2011, maklumat kedudukan aset dan liabiliti perniagaan diberikan seperti berikut:
RM
Pemiutang
13 900
Tunai
900
Penghutang
4 650
Lekapan dan lengkapan
8 900
Overdraf bank
7 800
Kenderaan (kos)
20 000
Belanja membaiki kenderaan terakru
1 000
Insurans terdahulu
90
Stok pada 31 Mac 2011
24 570
Maklumat tambahan
(i) Sepanjang tahun kewangan Encik Alias mengambil barang niaga
berjumlah RM1 000 dan wang tunai RM300 untuk kegunaan
keluarganya.
(ii) Lengkapan RM900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan wang
peribadi Encik Alias.
(iii) Baki akaun seorang penghutang RM235 hendaklah dihapus kira
sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan.
(iv) Kenderaan hendaklah disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
(v) Pulangan belian kepada pembekal RM600 belum dibuat pelarasan.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata Menghitung Modal pada 31 Mac 2011.
(b) Penyata Mengira Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2011.
JAWAPAN
(a)
Penyata Menghitung Modal pada 31 Mac 2011
RM
RM
Aset
Kenderaan
20 000
Tolak Peruntukan susut nilai alatan pejabat
2 000
18 000
Lekapan dan lengkapan
9 800
Penghutang
4 415
Stok pada 31 Mac 2011
24 570
Tunai
900
Insurans terdahulu
90
57 775
TolakLiabiliti
Pemiutang
13 300
Bank (overdraf)
7 800
Belanja membaiki kenderaan terakru
1 000
22 100
Modal Akhir
35 675
(b)
Modal awal:
RM
Kenderaan
20 000
Lekapan dan lengkapan
8 900
28 900
Penyata Mengira Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2011
Novel ini mengisahkan Kudin, yang tinggal di Kampung Teras Jernang, yang memiliki semangat cinta akan tanah air yang tinggi. Beliau berjuang bersama-sama penduduk kampong yang lain menentang ancaman pihak penjajah Inggeris.
Di kampung, Kudin menganggotai Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Kudin dan rakan-rakannya membina kubu di kampung mereka untuk mempertahankan diri daripada ancaman komunis. Dalam pada itu, dalam majlis perhimpunan persatuan-persatuan seluruh Tanah Melayu, Kudin telah dipilih untuk berucap.
Pada masa yang sama, kawan Kudin, Bustam, ditangkap oleh pengganas komunis. Kudin berazam untuk menyelamatkan kawannya itu. Pak Awang pula diugut oleh pihak Inggeris supaya tidak terus bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Akhirnya, Pak Awang didapati hilang semasa mencari Bustam.
Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa orang tokoh Melayu. Mereka menyampaikan ucapan untuk menaikkan semangat orang Melayu. Datuk Onn berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu supaya turut menentang penubuhan Malayan Union. Sehubungan itu, raja-raja Melayu tidak menghadiri perasmian penubuhan Malayan Union sebagai tanda bantahan. Akibatnya, majlis itu gagal.
TEMA
Semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan golongan muda dalam usaha untuk membebaskan negara daripada penjajahan dan ancaman pengganas.
PERSOALAN
Persoalan
Bukti
Sikap kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan rakyat.
Orang-orang Melayu telah berhimpun di luar Hotel Stesen untuk menyatakan pendirian mereka menentang Malayan Union dan menyekat raja-raja menghadiri majlis perasmian penubuhannya.
Penjajahan mendatangkan berbagai-bagai masalah dan penderitaan kepada rakyat.
Orang-orang Melayu hidup dalam penderitaan semasa penjajahan. Pembesar-pembesar pula dipaksa untuk mengikut telunjuk pihak penjajah.
Maruah dan martabat bangsa menjadi teras perjuangan.
Orang-orang Melayu sanggup berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
Perwatakan
Huraian
Kudin
Bijak dan bercita-cita tinggi
Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik yang ternama.
Berani untuk berjuang
Sanggup mempertahankan kampungnya daripada ancaman komunis.
Tidak jemu untuk belajar
Belajar menggunakan senjata api tanpa jemu-jemu.
Fasih, petah dan lancar berkata-kata
Berpidato di tengah-tengah perhimpunan persatuan-persatuan Melayu di hadapan
pembesar-pembesar Melayu.
Berkeyakinan dan bersemangat tinggi.
Berpidato di hadapan khalayak dengan penuh semangat dan keyakinan.
Memiliki semangat patriotik yang sangat tebal
Bertekad untuk menghapuskn ancaman komunis di kampungnya.
Memiliki sifat kepimpinan yang baik.
Sentiasa memberikan nasihat kepada rakan-rakannya supaya terus berjuang untuk menentang pengganas.
LATAR
A.Tempat
Perkara
Peristiwa
1.Rumah Tuk Ketua
Mesyuarat untuk membincangkan hal menjaga keselamatan kampung
2.Kubu pertahanan
Anak-anak muda kampung bertempur dengan pengganas untuk mempertahankan kampung.
3.Stesen Hotel, Kuala Lumpur
Orang-orang Melayu berhimpun untuk menghalang penubuhan Malayan Union.
4.Bangunan Kelab Sultan Sulaiman
Perhimpunan besar-besaran orang Melayu. Kudin berucap dengan penuh bersemangat.
B. Masa Zaman Pemerintahan Jepun
Pak Awang bekerja sebagai kerani bagi pihak Inggeris sebelum meletakkan jawatan.
1 haribulan Mac 1946
Perhimpunan orang Melayu untuk mendengar ucapan tokoh-tokoh Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman.
C. Masyarakat
Perkara
Peristiwa
Masyarakat kampung
Penduduk Kampung Teras Jernang yang bersatu padu dan bersatu hati dalam perjuangan.
Masyarakat pemimpin Melayu yang gigih berjuang demi maruah bangsa
Datuk onn dan beberapa orang pemimpin Melayu menjadi sanjungan seluruh orang Melayu kerana kegigihan mereka berjuang.
NILAI
Nilai
Bukti
Keberanian
Datuk Onn berani mempengaruhi orang-orang Melayu dalam usaha menentang penubuhan Malayan Union oleh pihak Inggeris.
Bertanggungjawab
Pak Awang bertanggungjawab untuk mencari Bustam yang hilang.
Bersatu padu
Orang-orang Kampung Teras Jernang bersatu padu dalam mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pihak pengganas
PENGAJARAN
Pengajaran
Bukti
Kita hendaklah bekerjasama dengan anggota masyarakat yang lain dalam usaha menjaga maruah bangsa.
Penduduk Kampung Teras Jernang bekerjasama untuk menjaga keselamatan kampung dan kesejahteraan semua penduduknya.
Rakyat hendaklah mementingkan tanah air sendiri daripada kesenangan peribadi.
Pak awang meletakkan jawatan sebagai kerani rendah kerana tidak mahu bersubahat dan menjadi tali barut pihak Inggeris.
Manusia perlulah memiliki semangat bantu- membantu sesama sendiri.
Penduduk kampung bertindak untuk menghulurkan bantuan kepada Persatuan Pahlawan Kemerdekaan bagi membolehkan wakil mereka ke Kuala Lumpur.
GAYA BAHASA
Aspek bahasa / Unsur bahasa
Huraian / Contoh
Bahasa Inggeris
Malayan People Anti Japanese Amy, Malay National Party, meeting, British Military Administration
Peribahasa
musang berbulu ayam
musuh dalam selimut
tidur-tidur ayam
Bahasa arab
Insya Allah
Qul Hua Allah
Alhamdulillah
Metafora
taring kekuatan
Bahasa pasar
“Lu bohooonggglaaah,” kata seorang Cina.....
“Itu askar, orang putih punya. Negeri England mari. Tak ada serupa Jepun...”