Saturday, 1 October 2011

WANITA AHLI SYURGA

Aku ni bukanlah ustazah yg pandai nak bg tazkirah kat org but aku nak share some info dgn kwn2 perempuanku. Lepas aku dgr tazkirah dr Ustaz Kazim tentang orang perempuan kat Youtube, kebetulan aku jumpa info ni kat dlm diari lama adik aku. So, jom kita baca sama2 ye......

Wanita Ahli Syurga yang disabdakan oleh Rasulullah:

  • Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram serta sentiasa patuh dan taat kepada Allah dan suaminya.
  • Wanita yang banyak zuriatnya dan seorang yang penyabar serta dapat menerima dengan senang hati segala kekurangan dan kesempitan dalam kehidupan bersama suaminya.
  • Wanita yang bersifat pemalu, jika suaminya keluar ia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya ia akan menjaga mulut dari mengeluarkan perkataan yang tidak elok.
  • Wanita yang kematian suaminya sedang ia mempunyai anak-anak yang ramai dan masih kecil. Ia dengan ikhlas hati menguruskan anak-anaknya itu dan memberikan mereka pendidikan serta pelajaran disamping memperlakukan mereka dengan baik. Ia tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana mengutamakan masa depan anak-anaknya.
Cuba tengok video ni, sangat kelakar tapi banyak pengajaran, sambil ketawa2 tu amiklah iktibar dari tazkirah yg disampaikan. Salam.


No comments:

Post a Comment