SINOPSIS
|
Novel ini mengisahkan Kudin, yang tinggal di Kampung Teras Jernang, yang memiliki semangat cinta akan tanah air yang tinggi. Beliau berjuang bersama-sama penduduk kampong yang lain menentang ancaman pihak penjajah Inggeris.
Di kampung, Kudin menganggotai Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Kudin dan rakan-rakannya membina kubu di kampung mereka untuk mempertahankan diri daripada ancaman komunis. Dalam pada itu, dalam majlis perhimpunan persatuan-persatuan seluruh Tanah Melayu, Kudin telah dipilih untuk berucap.
Pada masa yang sama, kawan Kudin, Bustam, ditangkap oleh pengganas komunis. Kudin berazam untuk menyelamatkan kawannya itu. Pak Awang pula diugut oleh pihak Inggeris supaya tidak terus bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Akhirnya, Pak Awang didapati hilang semasa mencari Bustam.
Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa orang tokoh Melayu. Mereka menyampaikan ucapan untuk menaikkan semangat orang Melayu. Datuk Onn berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu supaya turut menentang penubuhan Malayan Union. Sehubungan itu, raja-raja Melayu tidak menghadiri perasmian penubuhan Malayan Union sebagai tanda bantahan. Akibatnya, majlis itu gagal.
TEMA
|
Persoalan
|
Bukti
|
Sikap kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan rakyat.
|
Orang-orang Melayu telah berhimpun di luar Hotel Stesen untuk menyatakan pendirian mereka menentang Malayan Union dan menyekat raja-raja menghadiri majlis perasmian penubuhannya.
|
Penjajahan mendatangkan berbagai-bagai masalah dan penderitaan kepada rakyat.
|
Orang-orang Melayu hidup dalam penderitaan semasa penjajahan. Pembesar-pembesar pula dipaksa untuk mengikut telunjuk pihak penjajah.
|
Maruah dan martabat bangsa menjadi teras perjuangan.
|
Orang-orang Melayu sanggup berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu.
|
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
|
Perwatakan
|
Huraian
|
Kudin
|
Bijak dan bercita-cita tinggi
|
Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik yang ternama.
|
Berani untuk berjuang
|
Sanggup mempertahankan kampungnya daripada ancaman komunis.
| |
Tidak jemu untuk belajar
|
Belajar menggunakan senjata api tanpa jemu-jemu.
| |
Fasih, petah dan lancar berkata-kata
|
Berpidato di tengah-tengah perhimpunan persatuan-persatuan Melayu di hadapan
pembesar-pembesar Melayu.
| |
Berkeyakinan dan bersemangat tinggi.
|
Berpidato di hadapan khalayak dengan penuh semangat dan keyakinan.
| |
Memiliki semangat patriotik yang sangat tebal
|
Bertekad untuk menghapuskn ancaman komunis di kampungnya.
| |
Memiliki sifat kepimpinan yang baik.
|
Sentiasa memberikan nasihat kepada rakan-rakannya supaya terus berjuang untuk menentang pengganas.
|
LATAR
A. Tempat
Perkara
|
Peristiwa
|
1. Rumah Tuk Ketua
|
Mesyuarat untuk membincangkan hal menjaga keselamatan kampung
|
2. Kubu pertahanan
|
Anak-anak muda kampung bertempur dengan pengganas untuk mempertahankan kampung.
|
3. Stesen Hotel, Kuala Lumpur
|
Orang-orang Melayu berhimpun untuk menghalang penubuhan Malayan Union.
|
4. Bangunan Kelab Sultan Sulaiman
|
Perhimpunan besar-besaran orang Melayu. Kudin berucap dengan penuh bersemangat.
|
B. Masa
Zaman Pemerintahan Jepun
- Pak Awang bekerja sebagai kerani bagi pihak Inggeris sebelum meletakkan jawatan.
1 haribulan Mac 1946
- Perhimpunan orang Melayu untuk mendengar ucapan tokoh-tokoh Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman.
C. Masyarakat
Perkara
|
Peristiwa
|
Masyarakat kampung
|
Penduduk Kampung Teras Jernang yang bersatu padu dan bersatu hati dalam perjuangan.
|
Masyarakat pemimpin Melayu yang gigih berjuang demi maruah bangsa
|
Datuk onn dan beberapa orang pemimpin Melayu menjadi sanjungan seluruh orang Melayu kerana kegigihan mereka berjuang.
|
NILAI
Nilai
|
Bukti
|
Keberanian
|
Datuk Onn berani mempengaruhi orang-orang Melayu dalam usaha menentang penubuhan Malayan Union oleh pihak Inggeris.
|
Bertanggungjawab
|
Pak Awang bertanggungjawab untuk mencari Bustam yang hilang.
|
Bersatu padu
|
Orang-orang Kampung Teras Jernang bersatu padu dalam mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pihak pengganas
|
PENGAJARAN
Pengajaran
|
Bukti
|
Kita hendaklah bekerjasama dengan anggota masyarakat yang lain dalam usaha menjaga maruah bangsa.
|
Penduduk Kampung Teras Jernang bekerjasama untuk menjaga keselamatan kampung dan kesejahteraan semua penduduknya.
|
Rakyat hendaklah mementingkan tanah air sendiri daripada kesenangan peribadi.
|
Pak awang meletakkan jawatan sebagai kerani rendah kerana tidak mahu bersubahat dan menjadi tali barut pihak Inggeris.
|
Manusia perlulah memiliki semangat bantu- membantu sesama sendiri.
|
Penduduk kampung bertindak untuk menghulurkan bantuan kepada Persatuan Pahlawan Kemerdekaan bagi membolehkan wakil mereka ke Kuala Lumpur.
|
Aspek bahasa / Unsur bahasa
|
Huraian / Contoh
|
Bahasa Inggeris
|
Malayan People Anti Japanese Amy, Malay National Party, meeting, British Military Administration
|
Peribahasa
|
musang berbulu ayam
musuh dalam selimut
tidur-tidur ayam
|
Bahasa arab
|
Insya Allah
Qul Hua Allah
Alhamdulillah
|
Metafora
|
taring kekuatan
|
Bahasa pasar
|
“Lu bohooonggglaaah,” kata seorang Cina.....
“Itu askar, orang putih punya. Negeri England mari. Tak ada serupa Jepun...”
|
Personifikasi
|
Zaman Jepun telah merampas banyak masanya.
Ucapan itu menusuk-nusuk jantung kalbunya.
|
No comments:
Post a Comment