Friday, 28 December 2012

Oh, Ebu...

Semalam untuk pertama kalinya aku bawa kucing aku ke klinik, itu pun lpas tak tahan tengok dia kesakitan. Kesian sangat kat dia, telinganya bernanah dan disebabkan dia suka goyang kepala dia kuat sangat sampai kepala dia dah senget. Boleh plak doktor tu g tau kucing aku tu mungkin akan kekal macam tu, kiranya oku lah. (kalau oku tu orang kalau kucing hku la.)

Tapi lepas kena cucuk semalam, arini aku tengok dia dah ok sket, dah boleh pergi makan n minum. Kalau tak, nak berjalan pun terketar-ketar.... Masa cucuk semalam mak aku dah nak cabut keluar, tak sampai ati nak tengok, aku pulak rasa cam nak nangis je bila kucing aku yang kami panggil Ebu tu menjerit. Macam baby, kenalah duk pujuk dia dan nasib dia tak banyak buat ragam. Balik tu dia diam je duk dalam kereta. 

Masa nak daftar memang kelakar, jangan ingat manusia je ada kad pesakit tau, kucing pun ada. Dan bagi kita  orang yang first time datang ni, terpinga-pinga bila nak mengisi umur ngan berat si Ebu. Lastnya, aku cakap kat mak aku tak yah lah isi. Selama arini tak pernah plak kita orang nak amik kira benda2 tu semua. Asalkan dia selera makan, cergas bermain, pada kita orang sihatlah tu. Alahai sian kat Ebu.

Hopefully, Ebu akan cepat sihat dan produce anak-anak yang comel ye....Sayang Ebu..
 
Ni gambar Ebu dan Lat(dah mati) masa kecil.

 
Dua beradik yang tak boleh berpisah

 
Sampai dah besar pun suka tidur bersama

 
Sekarang ni tinggal Ebu je, Lat dah takde...

 
Tapi Ebu ada kawan baru si Bulat, ex-gf Lat dan dua anak angkat (xde gambar si kecil 2 ekor tu)

Boleh baca kat blog ni mengenai kucing dari perspektif Islam. Mak aku selalu cakap kucing ni pembawa rezeki. Yelah, kalau kita sayang dengan dia, jaga dia dengan baik, dia akan doakan untuk kita. Kenapa? Sebab kalau rezeki kita melimpah-ruah, kucing2 ni pun dapat share sekali. Kalau kita ada duit kita mesti belikan dia makanan yang best2, dia dapat tidur kat tempat yang selesa. Jadi janganlah kejam dengan kucing-kucing ni (termasuklah binatang yang lain). Seperti kita, mereka juga diberi tugas kat bumi Allah ni.

Friday, 17 August 2012

Yeyy..Nak Raya

Wah..wah, kurang iman betul tajuk entri tu....Sonok sangat bunyinyer....Pose tu cukup ke? Ibadah di bulan Ramadhan tu banyak ke buatnyer? Nak raya kemain sonoknyer.... :P

Arini last day keje, tak heran pun kene dtg keje bukan jauh mana pun rmah aku, dahlah duk ngan family, so x runsingle nak menempuh jam kat Kolumpo nun.

Esok, lusa je nak raya ...tapi, rmh aku cam tongkang pecah lagi. Sejak aku keje ni mmg xde masa nak bekemas. Itu pun mujo le mak aku dah stat sket2 lu. Nak hrpkan aku, ntahle. 

Biskut raya pun mujo gak le mak aku dgn gigih membuatnyer, 3 ari bleh dpt nam jenis biskut, mmg pecutan saat akhir tol. Aku plak dptle menghasilkan 2 jenis je..okle tu kan?

Selamat Hari Raya.......Kad tok semua


Lagu tok semua...lagu lelame gak yg best



Cioa..

Tuesday, 7 August 2012

Setelah sekian lama...

Salam Ramadhan...

Lamanye aku tak 'ngeblog' ni, (ikut suke aku je bikin pekataan baru kan). 
Jari aku ni terkinja-kinja nak menari di keyboard tp apa kan daya tak sanggup lagi otak aku nak memikir bende2 lain selain dr menyiapkan akaun, (pergh, xnak kalah cam lah kau sorg je yg sibuk wat akaun)

Tadi aku g meronda-ronda kat blog Beautifulnara, tetiba jumpe entri dia pasal iklan Petronas, watak utama Redza Minhat. Iklan Petronas kalau x buat airmata aku menitis mmg xsah, maka keluarlah airmata aku dgn segan silunya semasa tgk iklan tu. Kenapa segan silu? Sebab ada praktikal student kat bilik aku ni, kang dia tgk aku nangis hilanglah kredibiliti aku sbg penyelia. Sesape yg belum tgk boleh cari kat youtube.

Hari Ahad aritu, aku pegi ke Mydin Mall, punyalah ramai manusia membeli-belah. Yang kelakarnya bila tetibe aku dgr pengumuman pada sesiapa yg hilang anak sila dtg ke kaunter khidmat pelanggan. Kalau Melayu tu aku pahamlah, kotlah ghairah ber'shopping' sampai lupe anak, ini anak org India...x boleh blah tol. Ini baru betul 1Malaysia kan? Sama-sama beraya.

Ciao dulu, penatlah plak otak aku nak pikir 2, 3 benda ni. Sebelum tu layan lagu BAP ni dulu...

Saturday, 21 July 2012

SELAMAT BERPUASA

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam termasuklah diri aku. Kali kedua berpuasa sejak bergelar pekerja. Pertama kali dulu ketika masih mengajar dan dugaannya lebih sikit sebab mengajar di sekolah cina, so faham-faham jelah kan. Dan kali ni berpuasa di syarikat yang semuanya orang Islam so tak jadi hal lah sangat. 

Baru 1st day puasa member dah ajak gi bazar Ramadhan, yang bestnya dua orang tu tak puasa pun, tapi nafsu cam orang puasa je kan? Waktu bulan puasa ni yang bestnya bila gi bazar, penat mata tengok macam2 jenis makanan dan saat itu mulalah perasaan tamak menguasai dirikan? Semua nak beli, last-last bila berbuka  banyak makanan yang tak bersentuh, dah membazirkan?

Tahun ni mak aku dah siap-siap bagi tahu, takde lagi aktiviti berkunjung ke bazar setiap petang. Sanggup tu balik awal sebab nak masak, kena berjimat-cermat sebab nak pakai banyak duit untuk buat wiring bengkel adik aku. Takpelah bila lagi nak makan masakan mak aku sebab kalau hari biasa memang tak masaklah mak aku tu dan kalau aku cuti aku nilah yang disuruhnya memasak. So, aku pun ikut mood juga, kalau ok meriahlah atas meja makan tu kalau tak colek sambal belacan jelah.

Biarpun panas bazar Ramadhan takkan pernah sunyikan?

Ini all-time favourite. 

Yumm...

Iman kena kuat beb kalau pergi bazar Ramadhan ni.

Selamat Berpuasa.......

Thursday, 21 June 2012

Layan: Lagu Butterfly Melly ft Andhika Pratama

Salam.....
Lama rasanya jari ni tak menari kat papan keyboard ni. Banyak benda nak tulis tapi xterjemah kat dis blog, berlegar-legar je kat otak aku yg rasanya dah sarat ngan macam2 perkara. Dgn beban keje yg semakin bertambah...ahh tensionnya. Bos bagilah one assistant kat aku...berdarah pale aku hari2 berfikir sensorg ni /floor

Akhir2 ni hobi aku bila on9 mesti g jenjalan cari makanan kat blog. Apa yg best time jenjalan tu bleh ter'fly' ke oversea. Kebanyakkan blog foreigner yg aku singgah, gambar makanan yg dorg upload very the chantekla. Skrng ni kan femes dgn food photography, tengok gambar je dah buat aku kecur liur walaupun x tahu rasanye sedap ke tak. Antara gambar yg menarik, macam gmbar berries. Pergh, rasa cam berries tu semua ada kat depan mata. Sedapnya. Ada banyak blog yang menarik dan kalau rasa penin nak cari pergi je kat  FoodGawker ni. Ala2 web Kongsi Resipi tu.

Rasanya cukuplah sampai sini jari aku menari, bukan penat but i've no idea nak tulis apa dah kos dlm pale ni asyik fikir akaun aku yg bila nak siap ni... /blur

Sebelum tu jom layan lagu Melly dan Andhika yg jadi lagu tema citer Dejavu di Kinabalu tu : Butterfly

Friday, 25 May 2012

Layan: Fun - We Are Young

Entah kenapa aku boleh tersuka dgn lagu ni. Selalunya jarang aku layan lagu-lagu macam ni tp sejak akhir-akhir ni suka plak aku dgr muzik-muzik cenggini. Jom layan..

Music Video



Lirik
"We Are Young"
(feat. Janelle MonĂ¡e)

Give me a second I,
I need to get my story straight
My friends are in the bathroom getting higher than the Empire State
My lover she’s waiting for me just across the bar
My seat’s been taken by some sunglasses asking 'bout a scar, and
I know I gave it to you months ago
I know you’re trying to forget
But between the drinks and subtle things
The holes in my apologies, you know
I’m trying hard to take it back
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I’ll carry you home


Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun



Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun



Now I know that I’m not
All that you got
I guess that I, I just thought
Maybe we could find new ways to fall apart
But our friends are back
So let’s raise a cup
‘Cause I found someone to carry me home



Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun



Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun



Carry me home tonight 
Just carry me home tonight
Carry me home tonight 
Just carry me home tonight 



The world is on my side
I have no reason to run
So will someone come and carry me home tonight
The angels never arrived
But I can hear the choir
So will someone come and carry me home



Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun



Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun



So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I’ll carry you home tonight


Thursday, 24 May 2012

Terharu

Salam...

Kenapa aku terharu? Sebabnya semalam dalam hujan yang baru reda namun kilat sesekali melukis garisan di langit biru, ayahandaku dengan motorsikal separuh tuanya (ni kalau zaman dedulu mesti nek basikal tua) datang amik aku kat tpt kerja. Macam mana aku tak terharu, dahlah petang tu hujan dan aku dah tepon pun mak aku suh adik aku amik dan aku dah nampak pun muncung keta biba adik aku tp dia akhirnya 'go-stan' (bak kate org Perak) balik, sebabnya ayahandaku dah dtg amik. Baju pun tak abis butang semua, macam kelam kabut je rupanya. Ini nak kena bagi hadiah hari bapa ni. :)

Bestnya ayah aku ni, sejak aku mengenali dia, hidup dan membesar dengan sihat ni, jarang sekali dia me'reject' kalau aku suh amik ke, anta pergi mana-mana ke. Kalau dia tak dapat tu maknanya dia, memang letih, memang  sakit dan memang tak laratlah tu. Tak pernah lagi bila aku minta dia pergi mana-mana dia dengan lantangnya menjawab, "Ayah malas." atau "Malas ayah." (sama je maksudnya). Tapi aku ni kengkadang jahat gak, memang anak tak kenang budi ko Anis, aku rasa selalu je perkataan malas tu keluar dari mulut aku ni. Ampun ye ayah.

Kengkadang ayah aku ni dengan mak aku pun dia boleh buat kerek, kalau mak aku ajak pergi mana-mana, selamba je dia me'reject' mak aku. Sedangkan itulah cinta hati dia kan? :P Sedar-sedar dah perang dingin couple ni. Agaknya, inilah untungnya jadi anak perempuan tunggal ni kan, jaranglah ayah aku me'reject' aku sebab kalau dia 'reject' aku, maka kalau Pinocchio hidungnya panjang, aku pula muncung panjang sedepalah. Haish, tak bagus sungguh aku ni, such a spoil brat, dah tua2 cenggini.

Maka, sekali lagi aku dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh kasih-sayang should giv sometin to my dad as a token of appreciation. Bukan tuk ayah je tapi tuk mak pun, walaupun hari ibu dah lepas dan hari bapa bulan depan, apa salahnya kan? Lagipun sambutan hari ibu ngan hari bapa ni kengkadang mengarut juga, bagi aku hari2 adalah hari ibu dan bapa. :). 

Akhir kata, (ceh, macam tulis surat pula) mudah-mudahan aku akan terus jadi anak yg baik dan jadi kebanggaan my mum n dad. Amin.




Saturday, 19 May 2012

Aku dan Kredit

SS_adv

Semalam utk pertama kalinya aku mencipta sejarah dlm hidup aku dgn sengaja membazirkan RM10 ringgit mengundi kumpulan Angsa Ganas yang beraksi dlm Super Spontan. Kalau sebelum ni tak ku'hingin' (bak kata org Perak) nak mengundi dlm mana-mana rancangan realiti tv. Tapi semalam saja ngengada sebab kredit aku yang dekat RM100 ni jarang diguna. Aku ni bukannya rajin call or msg org, asik topup je. Pergh, seb baikla kumpulan Angsa Ganas menangkan? Kalau x membazir je (ikutkan mmg dah membazir pun) tapi kalau Angsa Ganas kalah semalam dah membazir kuasa dua.

Ini antara game yang buat aku seorang wanita yg lemah-lembut ni (cis perasan kau) ketawa berdekah-dekah 

Saturday, 12 May 2012

Adam dan Hawa

Hari Sabtu yg membosankan, yelah org lain berehat, bersantai di rumah, aku kena kerja. Nasiblah bos xmasuk, boleh lah bersenang-lenang sket. Buat kerja pun xsemangat sangat, janji dah siap aku punya bank rec. 

Apa yang bestnya hari ni, yeaa aku dapat sling bag yang aku order online aritu. Cepat gak dorg wat kerja, minggu depan my best fwen balik bolehlah tunjuk kat dia. (Bukan untuk niat menunjuk tp nak tolong promote). Semalam dia call aku, citer pasal satu drama berantai yang bakal ditayangkan kat Astro Bella. Kalau ditayangkan kat Astro Bella ni jangan terkejutlah kalau episodnya berpuluhkan?

Sebenarnya, aku yg g tau dia pasal drama ni sebab tajuk drama ni sama dengan novel yg aku pernah baca, Adam dan Hawa, so dia gi cek kat internet memang dari novel karya Aisya Sofea tu. Heronya siapa lagi kalau bukan Artis Paling Popular ABPBH aritu, Aaron Aziz. Mula2 aku dgr Siti Saleha heroinnya, tapi bukan. Heroinnya Nadiya Nisaa, tidaklah begitu popular walaupun pernah menang anugerah ketika melakonkan watak adik Remy Ishak dalam filem Cun (kalau tak silap akulah sebab aku tgk gitu2 je filem tu) tetapi aku pernah tgk drama yang dia bintangi, pelakon yang agak bagus jugalah.

Nak tau sinopsisnya boleh check kat bawah ni;
Sinopsis: Novel
Sinopsis: Drama

Ni pula hero, heroinnya;
 Aaron Aziz - Adam Mukhriz

Nadiya Nisaa - Ain Hawani

Hopefully citernya best...

Saturday, 5 May 2012

Cerita Gembira


Baru perasan yg post terakhirku x ber'title'. hehehe.
Post kali ni pula aku nak berkongsi kisah gumbira. Kalau minggu lepas banyak kisah yg xbest berlaku kat negara kita ni cam Perhimpunan Bersih yg xla bersih mana pun.( hehehe, yelah hbs kotor bandaraya kita lpas perhimpunan tu.). Selain kisah budak Belanda yg kena culik (dah pun ditemui dgn selamatnya) dan ada lagi isu2 lain. Tapi minggu ni yg bestnye, 

1st
Gaji minimum utk pekerja swasta dah ditetapkan kpd RM900.
Walaupun aku tak terlibat tp best gak dgr berita ni sebab selalunya kerajaan asyik lebihkan pekerja kerajaan je. Kata negara membangunkan? Takkanlah gaji operator 3, 4 ratus lagi. Sian dorg ni. (Bos aku mesti penin lepas ni camner nak kasi gaji kat operator2 kat kilang ni). Bayangkanlah nak naik lebih dua, tiga kali ganda tu. Oh, dan aku pun akan pening juga nak reschedule balik gaji dorg.

2nd
Kalau tadi lebih kepada isu negara. Yg ni pula utk aku..gaji aku dah masuk, mestilah gumbirakan sebab sepatutnya dapat 1hb aritu tp disebabkan bos xde, pergi masuk hutan (hehehe dgrnya berkempen kat org asli utk PRU akan dtg), lambatlah submit kat bank.

Aku ni sebenarnya nak 'renovate' blog ni tapi entah bilalah aku nak buatnya. Duduk depan komputer ari2, tapi sibuk dgn kerja. Kang kalau dah menghadap ni, kerja aku tak siap. Sebelum ni aku asyik introduce citer Korea ngan Thailand je kan? Insyaallah ada masa nanti aku nak kasi info tentang drama Jepun pula. Dah lama tak follow drama Jepun. So, akanku kongsinya di hari2 akan datang ye? Ciao.

Saturday, 21 April 2012

Salam...
Bosan yg tak terkira, mujurlah ada internet kat pc aku ni. So, sambil pening buat bank recon ni aku tarikan juga jemari aku mencari cerita Korea yg boleh aku layan. Dan tetiba je nak dengar lagu Hindustan. Hehehe, sekarang ni orang duk layan cerita Korea je, termasuklah aku sampai terlupa yg citer Hindustan ni pun pernah jadi fenomena kat Malaysia ni, siap hari raya pun ada siarkan citer Hindustan. Punyalah hebat penangannya.

Waktu zaman belajar di Jengka nan permai tu, bosan-bosan aku ngan kengkawan aku mulalah memanjat tangga pergi ke bilik seniorlah, juniorlah, mencari kot ada yang ada cd hindustan. Bukan selalu menonton tapi tak tahulah kami satu kepala, ada masa tertentu yang rasa nak sangat tengok citer Hindustan walaupun kami bukanlah peminat Hindustan.

Pelakon yang aku suka, kalau perempuannya aku suka Madhuri Dixit sebab aku rasa senyuman dia paling menawan dan kalau lelaki, bukan Shah Rukh Khan, bukan Salman Khan atau Hrithik Roshan tapi Arjun Rampal. Hehehe, biarpun taklah glamor gila macam Khan, Kapoor tu semua tapi aku suka tengok dia berlakon.

Apa kata layan lagu Hindustan kat bawah ni. Mana tahu kalau ada yg tetiba terimbau kisah silam :) Ciao.
Ini antara lagu yg aku suka.

Humko Humise Churalo - Mohabbatein

Khushiyan Aur Gham - Filem Mann


No. 1 Punjabi - Chori Chori Chupke Chupke


Medley Song - Mujhse Dosti Karoge


Dil Laga Liya - Dil Hain Tumhara

Tuesday, 17 April 2012

Dunia Baru

Salam...
Minggu ni dah masuk minggu ketiga aku di tempat baru. Masih belajar lagi dan perlu belajar dengan pantas kerana Akauntan yang ada sekarang ni mungkin akan bekerja sampai hujung tahun ni. Kalau aku masih tak dapat nak catch-up dalam tempoh ni susahla kan?

Kat sini barulah aku terdedah dengan dunia perakaunan sebenar. Sebelum ni waktu zaman belajar dulu ada dah lecturer yang bagi tahu dunia pekerjaan berbeza dengan apa yang kita belajar. Memang pun, apa yang kita belajar sometime, tak dipraktikkan pun. Sebab itu kita kena cuba menyesuaikan diri dan belajar macam mana nak menyesuaikan keadaan tapi dalam masa yang sama masih mengikut etika dan peraturan yang ditetapkan.

Hopefully, aku boleh belajar dengan cepat dan berjaya mengutip segala pengalaman kat sini.
(Curi-curi ber'blogging' time keje :p)

Wednesday, 4 April 2012

Cinta Buat Emelda

 
Asyik sibuk promote citer Korea ngan Thailand sampai terlupa kat Malaysia ni pun ada drama2 yg best. Ada satu drama yang aku start tengok dan macam nak follow drama ni sampai habis. Macam best je, diadaptasi daripada novel 'Kasih Antara Kita'.

Terlepas tengok episod satu dan aku start tengok masa episod 2. Jalan cerita boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan drama 'Bicara Hati'. Sebenarnya aku tak pernah pun baca novel ni, tapi bila baca sinopsis dan review daripada beberapa blogger, agak menarik jugalah. 

Kalau ada masa nanti akan kusertakan info drama ni. Ciao.

Friday, 30 March 2012

Al-Fatihah, YAM Raja Ashman Mangkat

 
Pagi tadi, pertama kali sejak aku kerja bas yang biasa aku naik lambat, lepas tu bila sampai kat traffic light depan Sek. Men. Clifford dgr bunyi siren polis. Dalam hati terfikir, ada acara apa lagi ni sebab baru beberapa hari lepas berlangsungnya acara sukan antara sek2 di padang Clifford. Waktu berjalan ke tempat kerja aku tengok ada pegawai RELA kalau tak salah aku yang turut membantu mengawal lalu lintas, dan aku ada nampak sorg Chinese ni berkerusi roda menuju ke arah Sek. Clifford dan aku terus terfikir, 'Oh, mesti ada pemberian bantuan apa-apa ni.'

Sampai kat ofis, aku meneruskan kerja aku dan tiba-tiba kakak kat tempat keje ni bagi tahu anak Sultan Perak mangkat. Hai, teruk betul aku ni nama je duk kat Bandar DiRaja tapi tak tahu apa-apa. Terus aku Google cari berita tentang kemangkatan putera Sultan Azlan dan Permaisuri Bainun itu.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Kuala Lumpur. Jenazahnya dibawa pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 6.30 pagi tadi untuk disemadikan di Makam Di Raja Al-Ghufran, Bukit Chandan lepas Asar nanti.

Berita tentang YAM Raja Ashman mungkin jarang di dengar oleh rakyat, namun apa yang buat aku kagum dengan Allahyarham, dia antara kerabat diraja yang warak. Kalau korang Google tentang latar belakang pendidikan beliau, mungkin ada yang menyangkakan yang dia bakal mengikut jejak langkah Ayahanda beliau yang pernah berkhidmat di bidang kehakiman. Namun dengan rasa rendah dirinya, beliau memilih untuk memperjuangkan agama Islam. 

Aku ada terbuka satu forum ni, memang kurang ajar bagi org yang bg komen mengutuk beliau. Tak payahlah nak sebut2 tentang org yang dah meninggal. Apa hak korg bercakap tentang dia sedangkan korg tak kenal pun dia. Apa baik sangat ke korg yang menuduh dia makan duit rakyat? Yang mengata tentang majlis persemadian beliau menggunakan duit rakyat. Kalau betul pun itu antara beliau dan Allah. Sepatutnya pandang beliau dari sisi baiknya. Tak ramai kerabat yang warak sepertinya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan Allah tempatkannya di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ini sebahagian majlis agama yang pernah dibuat di kediamannya. Kalau nak tengok klik sini.
 

Wednesday, 21 March 2012

Dunia Baru

Bulan depan akan bermulalah dunia baru aku. Alhamdulillah, tadi baru je dpt offer letter dan nmpaknya akan berakhirlah dunia aku kat tmpt lama ni. Dunia baru yg aku akan tempuh ni memang berkaitan dgn bidang aku dan harapnya aku dpt jalankan tugas aku dgn baik.

Biarpun sekejap je kat tmpat keje lama aku ni, dptlah sket2 info berkaitan law. Tapi memang xboleh masuklah walaupun waktu blajar dulu ada gak blajar tentang law tapi kat tmpt aku keje ni berbeza dgn apa yg aku blajar dulu.

Bila kat tmpt baru nnt, ada masa lg ke aku nak update aku punya blog ni? Kena keje dari Isnin sampai Sabtu dan nampaknya aku tpaksa tinggalkan keje part time aku n must say gud bye to all my students. Nampaknya aku kena buka blk internet kat rumah tu, kalau x memang x ber'update'lah blog ni. Bagi peminat cerita Thai, aku ada satu drama nak recommend tp xde masa nak collect info lagi. Kalau ada masa nanti akan ku'update'kan review tentang drama tu.

Sekarang ni tak tahu nak tgk apa kat TV, takde drama yg boleh buat aku melekat kat TV bila sampai waktu dan ketika. Seperti entri aku sebelum ni, aku tgh bersabar menunggu drama Korea, Love Rain. Oklah, stop sini dulu, nak layan Youtube..Ciao.

Monday, 19 March 2012

Love Rain

 

Menanti dengan sabar kemunculan kembali Yoona sebagai pelakon. Kali pertama aku tengok Yoona ni masa dia berlakon You Are My Destiny (YAMD) dan kerana dialah aku jatuh chenta dengan KPOP. First time aku tengok orang yang chumel cam dia.

Drama terbaru Yoona, 'Love Rain' akan mula bersiaran di KBS2 pd 26 Mac 2012, bagi pelanggan ASTRO kena sabar sikitlah sebab biasanya KBS World akan siarkan lambat sikit. Tapi kalau korang tak sabar tengok online je.

Nak share sikit about dis drama. Jom check.
Title: Love Rain / Sarang-bi
Genre: Romance, melodrama
Episode: 20

Sinopsis (Read in English: Read here)
Drama ni mengisahkan cinta yang berlaku di dua tahun yang berbeza. Yoona dan Jang Geun Suk yang merupakan pelakon utama memegang dua watak iaitu di tahun 1970-an dan zaman sekarang. Drama yg diarahkan oleh pengarah drama terkenal Winter Sonata dan Autumn in My Heart ini mengisahkan Seo In Ha (watak JGS pd 1970-an) yang jatuh cinta pada Kim Yoon Hee (watak Yoona pd tahun 1970-an). Namun cinta mereka tidak kesampaian dan takdir telah menemukan anak mereka iaitu Seo Joon (watak JGS pd zaman sekarang) dan Kim Ha Na (watak Yoona pd zaman sekarang). Bagaimana pula nasib kedua-dua anak mereka? Adakah anak-anak mereka juga bakal melalui takdir yang sama seperti mereka? Korang kenalah tgk cerita ni coz aku tak boleh nak bagi full sinopsis lagi. 

Watak-watak
1970-an

Yoona sbg Kim Yoon Hee
Jang Geun Suk sbg Seo In Ha

  Kim Si Hoo sbg Lee Dong Wook
  
  Son Eun Seo sbg Baek Hye-Jung


  Seo In Guk sbg Kim Chang Mo

  Hwang Bo Ra sbg Na In-Sook

Zaman Moden

Yoona sbg Kim Ha Na
Jang Geun Suk sbg Seo Joon

  Jung Jin Young sbg Seo In Ha

  Lee Mi Sook sbg Kim Yoon Hee

  Kim Si Hoo sbg Lee Ji Suk

  Kim Young Kwang sbg Han Tae Sung

Teaser

Friday, 16 March 2012

X-5, The 'Model-dols'

 


Jom berkenalan


X-5 adalah singkatan bagi Xenos 5 di mana Xenos merupakan perkataan Greek yang bermaksud 'stranger'.
So, dr situ, X-5 bermaksud satu kumpulan yg berbeza dr biasa dan mempunyai keunikan mereka sendiri. Bagi yg mengikuti perkembangan X-5 ni mungkin korang akan nampak perbezaannya terutama dr segi choreography dorg.

Bernaung di bawah label Open World Entertainment, kumpulan ini digelar 'model-dols', 'tall-dols', dan lain-lain kerana ketinggian ahlinya melebihi 180cm. Debut pada 20 April 2011 dengan single 'The Show is Over' dan membuat penampilan sulung di Music Bank pada 22 April 2011 dengan lagu yg sama. Pada 9 Disember 2011, kumpulan ini muncul dengan album mini pertama yg memuatkan lagu 'Dangerous' dan 'Going Crazy'.

Profil 

Ghun                                      

Nama sebenar: Son Hyunseok
Tarikh lahir: 30 November 1989
Posisi: Ketua kumpulan, Vokalis
Tinggi: 183cm

Taefung

Nama sebenar: Lee Donghyun
Tarikh lahir: 28 April 1991
Posisi: Vokalis utama
Tinggi: 185cm

Haewon

Nama sebenar: Jung Haewon
Tarikh lahir: 20 Jun 1991
Posisi: Vokalis
Tinggi: 186cm

Zin

Nama sebenar: Jin Hyunjin
Tarikh lahir: 20 Julai 1993
Posisi: Rapper
Tinggi: 189cm

Sulhu

Nama sebenar: Kim Jinwan
Tarikh lahir: 7 September 1995
Posisi: Rapper, Maknae
Tinggi: 188cm

Trivia

* Walaupun X-5 mempunyai purata ketinggian melebihi 180cm, namun
   Ghun merupakan ahli yg paling rendah.
* Haewon merupakan 'visual' bagi kumpulan ini.
* Pada 2011, X-5 muncul sebagai cameo di dalam drama Miss Ripley
   dan Ghun juga pernah muncul sebagai watak Eric ketika remaja di
   dalam drama Spy Myung Wol.
* Nama Taefung diambil sempena nama Typhoon.
* Haewon dan Ghun pernah menganggotai kumpulan trot, 3Chongsa.

Jom layan lagu-lagu ni

The Show is Over


Fantasy


Get off Me


Dangerous


Going Crazy


Untuk sesiapa yg dah jadi peminat atau mungkin akan jadi peminat dis boy band boleh follow fansite ni x5Fansite utk mengetahui lebih lg tentang X-5.