Saturday, 6 September 2014

Sambungan Kisah Exam Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga jawab exam tu. Lepas kecewa menunggu dan page aku asyik not available je so, kul 1.30 ptg aku berhenti tuk solat Zuhur dulu. Dalam kul 2, aku turun dan try lagi tapi keadaan masih tak berubah. Akhirnya, aku g dapur, masuk kain baju dalam mesin basuh then, prepare buat mee segera for my lunch (seb baik tak bersuami lagi).

Sambil tu jenguk-jenguk juga lappy aku, click refresh button, kot-kot ada luck tapi, hampeh gak.
Balik ke dapur, masak mee aku. Siap. Then, panaskan rendang daging semalam (siankan? tak sempat nak masak sebab pepagi buta aku dah tercongok menunggu dan terus menunggu).

Pergi balik refresh page ni http://examonline56.spa.gov.my. Jeng..jeng..jeng. Akhirnya berjaya ke page untuk login dan aku masukkan ic n password dan Alhamdulillah berjaya. Tapi bila nak jawab Seksyen A, masa tinggal lebih kurang 25 minit (waktu sepatutnya 40 min). Redha jelah sebab ada yg tinggal 5 min lah, 15 min lah. Jadinya tanpa sempat berfikir dan meng'google', aku main jawab je.

Seksyen B pun main ikut suka je start, tak sempat nak rest. Kat sini pun masa menjawab dah kena potong (sepatutnya 45 min). Bayangkanlah nak menjawab soalan matematik. Memanglah senang, tapi kenalah juga ambil masa untuk baca dan fahamkan soalan tu. Dengan masa yg tak cukup, ada soalan yg aku hentam je labu.

Seksyen C, ada 200 soalan kena jawab dlm masa 1 jam. Ok, ini betul waktunya dan aku habis jawab dlm tempoh 40 min. So, aku sempat lah check dan tukar mana-mana jawapan yg tak berkenan di hati...

Lepas habis menjawab, rasa lega sangat. Serius. 
Aku tak kisahlah lulus ke tak yg penting aku dah menjawab walaupun tak berapa puas hati berikutan masa yg 'DICURI' tu. Aku dah tak harapkan apa-apa. Cuma satu je aku minta, kalau betul SPA dah ada calon simpanan @ calon pilihan, tolong jgn mainkan hati kami lagi, panggil utk PAC @ temuduga (xpasti berapa peringkat tuk this position ada 2 peringkat je menurut calon yg g taklimat). 

Tapi aku kesian kat calon2 yg masih blom berjaya access pautan exam tu. 
Aku sebelum berjaya access tu pun rasa cam nak nangis.
Kat FB SPA ada notis g tau dr 80,000 lbh calon 67% berjaya jawab soalan. Memanglah berjaya, tapi yg berjaya tu cuma sempat jawab berapa soalan je. Ada yg cuma dpt jawab Seksyen B dan C je. Ada yg jawab 5 soalan je dari 50 soalan kat Seksyen A sebab masa tinggal 1 minit. 

Aku tahu yg SPA tak boleh dipersalahkan 100% sebab sistem ni ciptaan manusia dah pasti ada error. Jadi lain kali apa kata SPA buat cenggini;

Buat exam ni beberapa sesi. Satu hari jgn lbh dua sesi. Sesi satu, selepas Subuh sehingga sebelum Maghrib. Sesi dua, selepas Maghrib sehingga sebelum Subuh. Amacam? (Sebab bila problem berlaku, amik masa berjam-jam gak nak settle)

Tak pun buat je cara old school, takde hal. Dari membazir duit nak buat sistem ni tapi tak berjaya capai target, baik membazir kat belanja mencetak ngan sedia kertas. Benang kita orang boleh bwk dr rumah, takyah sediakan.

Dan satu lagi, boleh tak update selalu kat FB tu apa yg berlaku. Kita orang ni tak nampak apa yg korang buat kat pejabat tu. Dan tak minta pun korang upload gambar sbg bukti korang tengah selesaikan masalah. Cukup update berita-berita terkini supaya kami ni tak gundah-gulana menunggu nasib kami. 

Ok, tamat kisah untuk hari ni. Lain kali jangan buat lagi ok? 
 Apology accepted walau hati ada sikit bengkak. 


Peperiksaan Penguasa Kastam W41....Masalah Yang Aku Hadapi

*Edit sket *

Assalamualaikum....

Saat post ni ditulis, hati aku tgh bengkak ni..... Aku rasa cam nak campak je tepon ngan laptop ni (tp seb baik waras lagi...duit tu wei).

Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??

Ok, ni nak citer sikit. Seminggu lepas aku punyalah hepi bila buka email (walaupun dah dkt seminggu email tu masuk inbox).
Rasanya ramai yg pernah dpt email camni walaupun utk jawatan yg berbeza. Berbanding kali pertama aku amik exam bertulis Akauntan W41 dulu, kali ni aku lebih relax sikit. Ibarat open book test masa zaman belajar dulu.

Nak tunjukkan betapa excited dan BERSEDIAnya aku, lepas Subuh dah buat preparation. Buat exam kat rumah je tapi beria g mandi, breakfast apa yg ada. 


First time nak jawab exam secara online ni, tgk la preparation aku. Sampai dua laptop aku guna. Tu kalkulator tu tak sempat guna pun.

Dalam menunggu tu berapa kali mengulang ke rumah kecil. Pukul 8 pagi dah try login and berjaya.
Ok, sebelum tu ni jadual tuk exam hari ni... 

Bila berjaya login tu, kuar a page ni... tapi apa yg menghampakan sampai saat aku tulis n3 ni, aku masih kena "Menunggu Persediaan Peperiksaan"

Dari pukul 9 pagi tadi aku dah mengamuk dpn laptop ni. Seb baik kat rumah, aku boleh lagi menyabarkan diri aku ni, tapi camne ngan calon yg amik exam ni kat cc? Sian dorang, masa terbuang, duit pun terbuang. Camne plak yg duk kat kedai mamak tu? Takkan mamak nak biar je duk situ sesuka hati? Nak order brapa keping roti canai sambil menunggu tu?

Aku siap tepon Urus Setia Bahagian Peperiksaan lagi, nak minta bantuan. Bukan main bagi empat line tapi hampeh...asik sibuk memanjang taliannya. Bila dpt tak berangkat plak. 

Aku terfikir nak jenguk FB dorang kotlah ada apa2 info pasal masalah ni dan berharap masalah bukan dari pihak aku. Masuk2 je dah beribu rupanya yg melepaskan perasaan (senasib ngan aku).
Aku pelik nape masalah macam ni berlaku sebab dgr nya masalah ni pernah berlaku masa exam tok Gred W27 aritu. Sepatutnya learn from mistake lah. Dah tau yg mengambil exam ni berpuluh ribu dan pastinya akan ada masalah server so, jgnlah buat sekali. Buatlah beberapa sesi.

Aku check semula FB n dorang suh calon2 standby dlm masa 45 minit. Kalau nak tau aku dah tunggu lebih dari sejam. As a result, ni yg aku dapat.
GOOD JOB SPA....Aku siap amik cuti tuk sit for this exam. Agak-agak boleh tuntut tak kerugian aku kat korang?

Dalam hati tgh panas ni, aku layan komen2 kat FB. Lawak baca komen dorang tapi SPA jgn ingt kita org buat lawak, tu semua sindiran2 tok korang. Aku ni tak suka menghadap FB tapi sebab nak tunggu juga apa2 info dr SPA, aku hadaplah juga. Macam2 spekulasi yg ada dan ini yg paling tak best...
Ada juga yg bagi tahu ada kawan dorang dah dpt surat panggilan temuduga. Adik aku bagi tahu kawan dia, ada dpt panggilan juga tapi aku lupa pula nak tanya gred yg mana satu. So, utk ini aku tak dpt nak confirmkan sebab setahu aku yg dipanggil temuduga tu untuk Gred W27. Kalau betullah tak patut dorang buat macam ni. Ada antara kami ni bekerja, mungkin RM50 ke RM100 sehari tu tak banyak bg korang tapi bg aku duit bnyk tu boleh beli macam2, bayar macam2. 

Tolonglah bagi tahu kami yg tak dpt jawab exam hari ni, ada retest tak? Tak kisahlah GAGAL selepas mencuba tapi ni dah GAGAL sebelum mencuba apa2 pun. Sesetengah calon tu dpt gak tgk soalan. Aku ni langsung tak merasa. Huaaaa.

Sebelum aku tamatkan n3 aku ni, apakah aku harus duduk depan laptop sampai jadi camni? Mohon maaf juga kalau n3 ni menyakitkan hati tapi hati aku ni lagi sakit tau tak?

Nota kaki: Masih menunggu dan berharap agar dapat sit for this exam.

Nota kepala lutut: Aku terpaksa amik full day leave nampak gayanye.

Wednesday, 3 September 2014

Cerita Hari Ini

Rupanya citer Rindu Awak 200% tu dah habis ye... Tak ikut pun citer tu.... Orang dok tergila-gila kan si Zill, aku macam takde perasaan je nak tengok. Dulu dgn si Zin pun aku tak layan... Tak kuasa aku nak menunggu hari2 depan tv. Tadi turun nak mandi, tertengok ('ter' ok) drama yg ganti citer RA200% tu. Apa ke tajuknya ntah? Yang aku nampak Tasha Shila ngan Sara Ali. Rasanya tak kuasa aku nak melayan juga.

Citer pasal hari ni, tadi pergi KL dengan my GM, one of my Director and colleague. Pergi Kementerian Pertahanan kat Jalan Semarak tu. Aku kena hantar tuntutan and GM aku gi jumpa pegawai kat situ uruskan hal tender. Yang tak bestnye, tak bleh buat tuntutan lagi sebab BG tak sampai kat Sel Bekalan.

Mula-mula takut juga nak jumpa Kapten2 kat situ, tapi baiknya, siap ajar aku camne nak buat tuntutan yg betul. Aku siap minta dia fotostatkan contoh. Satu-satu dia orang terang kat aku. Hopefully, nanti time hantar takdelah silap lagi.

Hari ni juga sepatutnya aku join majlis hari raya terlewat yg pekerja bahagian production buat, tapi nak buat camne dah kena gi KL pula. Konon nak 'menyumbang' agar-agar, sudahnya balik kerja semalam terlupa nak buat. Takde rezeki aku hari ni. 

Dahlah lunch cuma makan Sate Kajang kat Restoran Jejantas je. Tu semua selera Director aku tulah. Seb baik aku tak berapa lapar sangat tapi memang aku tak suka berjalan ngan anak beranak dia ni. Suka amik kesempatan, makan je, bayar culas. Pastu ikut selera dia je. Len kali kalau kuar lagi dgn dia, lantak kaulah nak makan apa, aku akan order/beli apa yg aku nak makan (kalau perut laparlah).

Malas nak citer dah pasal dia ni, buat tambah dosa je. Ciao..


Nota kaki: Next week ada taklimat kat TLDM Lumut, yg GM aku ni kalut nak bawa dia. Taklimat tu takde kaitan pun dgn dia. Hish, pening-pening. 

Saturday, 30 August 2014

Hari Raya di Kampung Setia.

Assalamualaikum..

Ok, tahu hari raya dah habis tapi nak citer juga sambutan hari raya yang diadakan julung-julung kali kat kampung aku pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 aritu. Kampung aku ni kecik je dan penduduk pun tak ramai. Dahlah tak ramai, berpecah-pecah pula parti politiknya. Prinsip dulu-dulu, pembangkang taknak bercampur dengan xtvt yg JKK anjurkan, kononnya haram. Haish...<geleng kepala>.

Tapi Alhamdulillah, sejak bulan Ramadhan yg lalu, kampung yang suram ni kembali ceria. Tiap-tiap malam dah dengar balik azan berkumandang. Imamnya dari pembangkang dan bilal serta makmum dari puak kerajaan. Boleh je bercampurkan? Dalam beribadat dan bermasyarakat ni jangan dicampur-adukkan hal-hal politik. Nak berpolitik bila tiba pilihanraya, pangkah pemimpin 'kesukaan' masing-masing.

Ok, tak mau citer pasal politik. Masa majlis ni diadakan, aku kerja. So, petang tu abis kerja baru aku pergi. Siap ajak lagi geng-geng dari tempat kerja. Bukan jauh mana, sebelah je kampung aku tu dengan tempat kerja aku.



















Siap jemput ADUN Lintang lagi. Tapi waktu YB datang, aku kerja lagi...Seronok bebudak tu dapat duit raya. Yang makcik-makcik ngan pakcik-pakcik pula dapat le saguhati sikit.

Sebelum majlis bermula. Cuaca waktu ni dah redup dan mendung je.

Waktu ni hujan dah mula turun. Kejap lebat kejap rintik.



Antara tetamu-tetamu yg datang. Hujan-hujan pun ramai yg datang, macam kenduri kahwin je.

Ini orang besar-besar. Hehehe..Ketua Kampung sebelah-menyebelah.

Abang-abang penjaga air..

Ini antara tukang masak yg menyediakan juadah aritu. Dengarnya dari start majlis sampai aku datang tu berapa kali dia orang menggoreng. Mee, kuew tiaw. Masa aku datang dapat bihun goreng, sedap, panas-panas plak tu.

Gambar-gambar ni ayah aku yg tangkap, so takdelah gambar makanan yang dihidangkan buat tetamu. Tapi antara menunya aritu termasuklah laksa, lemang pulut dan pulut hitam, nasi impit kuah kacang, rendang dan kuih-muih lain.

Ini selepas majlis selesai pada pukul 6 ptg. Aku dah ada kat rumah kot waktu ni sebab lepas majlis kat kampung ni aku pergi rumah terbuka kat kampung sebelah pula.

Ini makcik aku yg sakan menyanyi lagu raya petang tu. Seronok dia lepas gian berkaraoke.


Warga kampung aku yg bertungkus-lumus menjayakan majlis hari raya ni.

Orang kuat Kampung Setia.

Barisan ahli JKK yang merupakan tulang belakang kampung ni. Mana anak muda? Dah tak ramai yg takde kat kampung. Yang ada pula sibuk kerja sampai takde masa nak join xtvt kampung, termasuklah aku ni. Hehehe.