Assalamualaikum....
Saat post ni ditulis, hati aku tgh bengkak ni..... Aku rasa cam nak campak je tepon ngan laptop ni (tp seb baik waras lagi...duit tu wei).
Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??
Ok, ni nak citer sikit. Seminggu lepas aku punyalah hepi bila buka email (walaupun dah dkt seminggu email tu masuk inbox).
Rasanya ramai yg pernah dpt email camni walaupun utk jawatan yg berbeza. Berbanding kali pertama aku amik exam bertulis Akauntan W41 dulu, kali ni aku lebih relax sikit. Ibarat open book test masa zaman belajar dulu.
Nak tunjukkan betapa excited dan BERSEDIAnya aku, lepas Subuh dah buat preparation. Buat exam kat rumah je tapi beria g mandi, breakfast apa yg ada.
First time nak jawab exam secara online ni, tgk la preparation aku. Sampai dua laptop aku guna. Tu kalkulator tu tak sempat guna pun.
Dalam menunggu tu berapa kali mengulang ke rumah kecil. Pukul 8 pagi dah try login and berjaya.
Ok, sebelum tu ni jadual tuk exam hari ni...
Bila berjaya login tu, kuar a page ni... tapi apa yg menghampakan sampai saat aku tulis n3 ni, aku masih kena "Menunggu Persediaan Peperiksaan"
Dari pukul 9 pagi tadi aku dah mengamuk dpn laptop ni. Seb baik kat rumah, aku boleh lagi menyabarkan diri aku ni, tapi camne ngan calon yg amik exam ni kat cc? Sian dorang, masa terbuang, duit pun terbuang. Camne plak yg duk kat kedai mamak tu? Takkan mamak nak biar je duk situ sesuka hati? Nak order brapa keping roti canai sambil menunggu tu?
Aku siap tepon Urus Setia Bahagian Peperiksaan lagi, nak minta bantuan. Bukan main bagi empat line tapi hampeh...asik sibuk memanjang taliannya. Bila dpt tak berangkat plak.
Aku terfikir nak jenguk FB dorang kotlah ada apa2 info pasal masalah ni dan berharap masalah bukan dari pihak aku. Masuk2 je dah beribu rupanya yg melepaskan perasaan (senasib ngan aku).
Aku pelik nape masalah macam ni berlaku sebab dgr nya masalah ni pernah berlaku masa exam tok Gred W27 aritu. Sepatutnya learn from mistake lah. Dah tau yg mengambil exam ni berpuluh ribu dan pastinya akan ada masalah server so, jgnlah buat sekali. Buatlah beberapa sesi.
Aku check semula FB n dorang suh calon2 standby dlm masa 45 minit. Kalau nak tau aku dah tunggu lebih dari sejam. As a result, ni yg aku dapat.
GOOD JOB SPA....Aku siap amik cuti tuk sit for this exam. Agak-agak boleh tuntut tak kerugian aku kat korang?
Dalam hati tgh panas ni, aku layan komen2 kat FB. Lawak baca komen dorang tapi SPA jgn ingt kita org buat lawak, tu semua sindiran2 tok korang. Aku ni tak suka menghadap FB tapi sebab nak tunggu juga apa2 info dr SPA, aku hadaplah juga. Macam2 spekulasi yg ada dan ini yg paling tak best...
Ada juga yg bagi tahu ada kawan dorang dah dpt surat panggilan temuduga. Adik aku bagi tahu kawan dia, ada dpt panggilan juga tapi aku lupa pula nak tanya gred yg mana satu. So, utk ini aku tak dpt nak confirmkan sebab setahu aku yg dipanggil temuduga tu untuk Gred W27. Kalau betullah tak patut dorang buat macam ni. Ada antara kami ni bekerja, mungkin RM50 ke RM100 sehari tu tak banyak bg korang tapi bg aku duit bnyk tu boleh beli macam2, bayar macam2.
Tolonglah bagi tahu kami yg tak dpt jawab exam hari ni, ada retest tak? Tak kisahlah GAGAL selepas mencuba tapi ni dah GAGAL sebelum mencuba apa2 pun. Sesetengah calon tu dpt gak tgk soalan. Aku ni langsung tak merasa. Huaaaa.
Sebelum aku tamatkan n3 aku ni, apakah aku harus duduk depan laptop sampai jadi camni? Mohon maaf juga kalau n3 ni menyakitkan hati tapi hati aku ni lagi sakit tau tak?
Nota kaki: Masih menunggu dan berharap agar dapat sit for this exam.
Nota kepala lutut: Aku terpaksa amik full day leave nampak gayanye.
No comments:
Post a Comment