Saturday, 6 September 2014

Sambungan Kisah Exam Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga jawab exam tu. Lepas kecewa menunggu dan page aku asyik not available je so, kul 1.30 ptg aku berhenti tuk solat Zuhur dulu. Dalam kul 2, aku turun dan try lagi tapi keadaan masih tak berubah. Akhirnya, aku g dapur, masuk kain baju dalam mesin basuh then, prepare buat mee segera for my lunch (seb baik tak bersuami lagi).

Sambil tu jenguk-jenguk juga lappy aku, click refresh button, kot-kot ada luck tapi, hampeh gak.
Balik ke dapur, masak mee aku. Siap. Then, panaskan rendang daging semalam (siankan? tak sempat nak masak sebab pepagi buta aku dah tercongok menunggu dan terus menunggu).

Pergi balik refresh page ni http://examonline56.spa.gov.my. Jeng..jeng..jeng. Akhirnya berjaya ke page untuk login dan aku masukkan ic n password dan Alhamdulillah berjaya. Tapi bila nak jawab Seksyen A, masa tinggal lebih kurang 25 minit (waktu sepatutnya 40 min). Redha jelah sebab ada yg tinggal 5 min lah, 15 min lah. Jadinya tanpa sempat berfikir dan meng'google', aku main jawab je.

Seksyen B pun main ikut suka je start, tak sempat nak rest. Kat sini pun masa menjawab dah kena potong (sepatutnya 45 min). Bayangkanlah nak menjawab soalan matematik. Memanglah senang, tapi kenalah juga ambil masa untuk baca dan fahamkan soalan tu. Dengan masa yg tak cukup, ada soalan yg aku hentam je labu.

Seksyen C, ada 200 soalan kena jawab dlm masa 1 jam. Ok, ini betul waktunya dan aku habis jawab dlm tempoh 40 min. So, aku sempat lah check dan tukar mana-mana jawapan yg tak berkenan di hati...

Lepas habis menjawab, rasa lega sangat. Serius. 
Aku tak kisahlah lulus ke tak yg penting aku dah menjawab walaupun tak berapa puas hati berikutan masa yg 'DICURI' tu. Aku dah tak harapkan apa-apa. Cuma satu je aku minta, kalau betul SPA dah ada calon simpanan @ calon pilihan, tolong jgn mainkan hati kami lagi, panggil utk PAC @ temuduga (xpasti berapa peringkat tuk this position ada 2 peringkat je menurut calon yg g taklimat). 

Tapi aku kesian kat calon2 yg masih blom berjaya access pautan exam tu. 
Aku sebelum berjaya access tu pun rasa cam nak nangis.
Kat FB SPA ada notis g tau dr 80,000 lbh calon 67% berjaya jawab soalan. Memanglah berjaya, tapi yg berjaya tu cuma sempat jawab berapa soalan je. Ada yg cuma dpt jawab Seksyen B dan C je. Ada yg jawab 5 soalan je dari 50 soalan kat Seksyen A sebab masa tinggal 1 minit. 

Aku tahu yg SPA tak boleh dipersalahkan 100% sebab sistem ni ciptaan manusia dah pasti ada error. Jadi lain kali apa kata SPA buat cenggini;

Buat exam ni beberapa sesi. Satu hari jgn lbh dua sesi. Sesi satu, selepas Subuh sehingga sebelum Maghrib. Sesi dua, selepas Maghrib sehingga sebelum Subuh. Amacam? (Sebab bila problem berlaku, amik masa berjam-jam gak nak settle)

Tak pun buat je cara old school, takde hal. Dari membazir duit nak buat sistem ni tapi tak berjaya capai target, baik membazir kat belanja mencetak ngan sedia kertas. Benang kita orang boleh bwk dr rumah, takyah sediakan.

Dan satu lagi, boleh tak update selalu kat FB tu apa yg berlaku. Kita orang ni tak nampak apa yg korang buat kat pejabat tu. Dan tak minta pun korang upload gambar sbg bukti korang tengah selesaikan masalah. Cukup update berita-berita terkini supaya kami ni tak gundah-gulana menunggu nasib kami. 

Ok, tamat kisah untuk hari ni. Lain kali jangan buat lagi ok? 
 Apology accepted walau hati ada sikit bengkak. 


No comments:

Post a Comment