Assalamualaikum..
Ok, tajuk macamla aku join Navy kan? Sebenarnya semalam ada taklimat di Depot Bantuan TLDM Lumut, berkenaan tender yg co. aku dpt. Taklimat yg juga disertai oleh beberapa syarikat lain.
Sebelum sampai ke Lumut, perjalanan aku memang azab rasanya. Kenapa? Semuanya gara-gara nak kejar masa. Menunggu Director aku ngan anak dialah. Jadinya our driver pecut giler-gilerlah sebab takut lambat sampai nanti. Meeting ngan tentera kot.
Sape org Perak khasnya Kuala Kangsar tentu tau yg ada 2 jln utk pergi ke Lumut. 1 ikut jln Manong dan 2, ikut jln Sayong terus je sampai simpang ke Parit dan Tg. Belanja. Kami ikut jln Sayong, dan cabarannya adalah kena tempuh jln berbukit-bukit.
Aku biasa gak ngan jln situ, nak2 mertua adik aku org Parit. Tapi berbeza bila aku yg bawa, dah tu Myvi je kan. Semalam naik Hyundai Starex. Tak yah gah sngtlah. Baik aku naik kete Myvi aku tu. Dahlah tak selesa seatnya pastu rasa naik roller coaster. Kengkadang bila dah terlambung-lambung tu, terjerit-jerit gak la.
Aku tak tahu lah klau Starex yg lain ok je, takde terhenjut-henjut cam naik kuda. (Sebab Starex co. ni dah kena belasah ngan anak beranak bos aku). Hari Sabtu ni ada Hari Keluarga kat Depoh KL, awal-awal aku dah tolak utk naik Starex, biar naik bas takpe.
Ok, stop pasal tu. Citer kat Lumut plak berbeza dgn taklimat bersama Tentera Darat sebelum puasa aritu. Kalau dgn Tentera Darat tu santai sikit tapi dgn TLDM ni agak strict. Walaupun ada selit-selit joke tapi masih tegas lagi.
Semua yg dtg taklimat tu siap kena perkenalkan diri termasuklah pegawai2 dorg. Sekali lagi, aku malu giler sebab co. aku lah yg paling ramai hantar wakil. Saje ngan gedik bawa ramai2, yg tukang buat kejenya bukan dorang. Tu nasib baik tak angkut driver2 lori macam masa kat KL dulu. Haish...
Habis taklimat kita org pergi lunch. Kalau dah bawa si Director tu, mesti ikut selera dialah. Kalau pergi KL minggu lepas, lunch, aku mencekik Sate Kajang. Kali ni dia nak makan Rojak Manjung. Ek eleh, dia ni kan. Tapi seb baik kedai makan tu ada jual nasi campur. Lantak korang lah nak makan rojak. Aku ngan member yg lain tetap cari nasi.
Gambar ihsan Google...Kat sinilah kami makan.
Macam biasa, dahlah sesen pun dia tak kuar duit, pastu siap bungkus bawa balik, 3 set plak tu. Hampeh tol. Pastu mulut jahat ngate member aku bila member aku pun bungkus. Member aku tu bungkus utk yg ada di ofis dan yg lain utk family dia (byr duit sendiri). Dia suka cakap mcm member aku tu kuat makan (member aku tu big size). Tak sedar anak dia pun sama besarnya.
Tu citer yg hampeh, aku memang tak nak g mana2 kalau dia ada tapi GM aku tu sibuk nak angkut. Bukannya menyumbangkan apa-apa pun. Just berlagak bawa gelaran Dato' tu. Masa Panglima TLDM tu tanya item apa yg kita org bekalkan pun tergagap-gagap. Tu belum Panglima tu tanya pasal tuntutan bayaran lagi (aku yg kena jawab, nervous giler tau)
Oklah, stop sini dulu celoteh mengarut aku ni. Kang lagi panjang, lagi banyak dosa aku.
Nota kaki: Semalam juga ada berita baik tapi belum masa nak share lagi. Baru separuh. Sebenarnya kesinambungan citer di entry sebelum ni. Hopefully, dpt lagi separuh berita kegembiraan tu, barulah complete.
No comments:
Post a Comment