Thursday, 18 September 2014

Minggu Yang Menyakitkan

Salam...

Ok, nak up lagi medley n3, nanti bertangguh lupa plak. Nak2 mood tgh ada ni dan kerja pun tak bz mana lagi. Minggu yang menyakitkan? Nape? Sebab sakit ati, sakit tengkuk, sakit mata...Hehehe

15 September 2014
Topik bualan hangat tentulah tentang majlis kat Sg. Buloh minggu lepas. Kisah yg sakit perut, kisah yg makan tak puas, kisah tak puas ati ngan anak-beranak bos dan terpaling hangat kisah mesyuarat yg bakal diadakan esok. 16 September 2014. Ye, dikala rakyat Malaysia bercuti beberapa org staff kena bermesyuarat. Whatttt?????

Abang Farid selaku HR n Admin Exec terpaksalah menelefon mereka yg terlibat dan semua boleh agak yg ramai staff bercuti dan ada hal seperti kenduri-kendara. Maka, dgn harapan bos memahami dan boleh ditunda ke tarikh yg lain, Abang Farid call la bos aku. 

Kebetulan aku keluar dari bilik dan tgk semua colleague aku dah diam macam tersampuk hantu. Rupa2nya tgh dgr bos aku mengamuk kat telefon yg di'loud speakerkan'. Ayat2 dia sangat menyakitkan hati. Hello, sebab ko nak bercuti ke Sepanyol anak-beranak, ko paksa pekerja ikut kehendak ko. Kesian, ada sorg staff ni buat kenduri cukur jambul cucu tapi kena paksa dtg juga. Sorg lagi ni ada kat Kedah, bawa mak mertua balik kg pun kena paksa balik. Semata-mata kena attend meeting terhebat tu.

Habis je panggilan tepon tu, semua menyuarakan rasa tak puas hati. Aku ngan Kak Shida yg tak terlibat pun rasa tak puas hati. Dia kata cuti tu boleh ganti, memanglah tapi macam mana yg ada majlis tu? Orang dah berjemput, takkan nak cancel dan buat ari lain plak. Otak letak kat pale lutut camni lah. Pastu pertikaikan keikhlasan kami bekerja kat sykt ni. Sebab time kerja boleh dtg lambat, kuar suka ati, time kerja layan FB dan mcm2 lagilah. 

Sebelum mengata tgk anak2 ko dulu. Yg sorg ikut suka je nak dtg ke tak. Kerja org lain yg buatkan. Gaji tak boleh dipotong, cuti tak isi borang. Yang sorg lagi bakal memimpin sykt tapi apa urusan pun tak tahu, asik tolak kat org. Kalau balik sini duk kat meeting room tgk citer Korea. So, tak yah cakap gempaklah.

Nota kaki: Berkali-kali aku minta kepastian sama ada aku terlibat ke tak. Alhamdulillah tak terlibat. Lega aku sebab esok nak hantar mak aku ke Mydin.

16 September 2014
Selamat Hari Malaysia... Bangun je pagi tadi, dah tak boleh nak pusing ke kanan. Ayo..tengkuk aku sakit ni. Dahlah kena hantar mak. Mula nak suruh adik aku je hantar tapi bila lagi nak berjalan. Asik duk rumah je. Lagipun bukan tak leh gerak langsung.

Pukul 9 pg aku, mak ngan ayah gerak ke Mydin. Sampai Mydin aku dah berangan nak makan roti nan ngan ayam tandoori. Ini semua gara2 baca novel malam tadilah. Aku ni tak berapa berkenan makan kedai mamak tapi mana lagi nak cari roti nan ngan ayam tandoori. Roti canai tu bersepah gak org Melayu jual. Ayah order mee rebus mamak walaupun dah dilarang mak (bukan apa kang masuk angin, ayah tu bukan tahan sngat perut dia). 

Sambil menunggu, aku rasa sket mee rebus ayah. Dah agak dah, tak sama ngan org Melayu punya. Mak aku plak menghilang, ingatkan tengok budak2 bersilat (ada pertandingan silat kat Mydin) rupanya order mee goreng kat Rasa Village. 

Habis breakfast bawa mak ke VR Star nak tgklah tawaran hebat yg macam adik aku citer sampai siap dia register as a member. Kami ni berniaga, kotlah dapat separuh harga kalau jadi member. Rupanya.....potongan 20% je. Ceh.

Sebelum balik sempat aku gi shopping barang dapur ngan mak dan sempat juga aku gi menyambar tudung ngan selendang murah kat Alfaro. Pastu jumpa sedara aku yg berniaga sebelah booth mak. Dia jual produk yg dihasilkan dr bunga ros hijau. Macam2 dia cerita dan mak suh aku beli satu produk yg boleh mengurangkan stress. 

Nota kepala lutut: Tak tenang bercuti sebab takut tetiba kena panggil ke mesyuarat. 

17 September 2014
Masuk pejabat hari ni, kecoh tentang mesyuarat semalam. Semua mengadu yg dorg kena marah, kena maki. Bila nak di'explain' bos aku cepat2 potong. Dia je betul. Isu2 yg dibangkitkan kata dorg sangat menyakitkan hati. Semua salah pekerja, nak2 staff kat Kuala. Apa yg dorg anti ngan kami tak tahulah.

Apalah nak jadi ngan sykt ni nanti. Aku percaya kalau macam ni sikap dorg, tak lama lah sykt ni, dapat je kat anak2 dia, sure lingkup punya. Berhenti je GM yg ada sekarang ni, memang susahlah nak dpt income. Tender yg dapat sekarang ni pun atas usaha GM aku. Tunggu masa je nak berhenti, Isteri dia jawatan besar, 2 org anak dia doktor. Tunggu lagi 2 org je nak habis belajar. Lepas tu good byelah. Suruhlah pekerja kesayangan ko yg kaki kipas tu cari projek tuk company.

Tengkuk aku masih sakit sampai ari ni. Mata pula asik berair je. Haish, nilah gara-gara tak berhenti mengadap lappy. 

Nota kaki: Berharap aku tak selamanya kerja kat sini. Berharap juga interviewku berjalan lancar dan diterima bekerja di sektor awam. Amin.

18 September 2014
Masuk hari ni dah dua hari aku pakai produk yg aku beli aritu. Aku tak pasti macam mana nak tahu perubahan tapi Alhamdulillah tadi ada pakcik, geng kat kilang ni cakap muka aku dah cerah sket. Takdelah cerah mana sebab aku pakai bb cream kot tapi mungkin aura positif yg macam makcik aku cakap tu kot.

update: Hari ni birthday Kak Shida yg kebetulan sama ngan one of my Director. Ptg tadi, suami Kak Shida belikan Red Velvet Cake dr Secret Recipe. Pukul 3.30ptg camtu Abang Farid masuk bilik aku nak claim. Yang buat aku sakit ati tu, anak bos aku suh claim kat petty cash sebab beli KFC tuk celebrate birthday bapa dorg sekali ngan Kak Shida. Mentang2 Kak Shida termasuk dlm agenda jd suh claim kat sykt. Kedekut giler. Esok jawablah korang kat Padang Masyar. Memanglah tak banyak mana tapi still itu bukan duit korang.  

Nota kaki: Produk ni bukanlah produk kosmetik tapi produk aroma terapi. 

No comments:

Post a Comment