Saturday, 27 September 2014

Rindu Hindustan

Assalamualaikum...


Aritu buka tv tertengok iklan Dil Ka Rishta. Waaaa...dah lama cari cerita ni nak tengok. My favourite Bollywood actor kot yg berlakon. Haruslah tengokkan. Hehehe... Lama betul tak melayan citer hindustan ni. Zaman2 belajar dulu kalau tension study, mesti cari citer hindustan. Pastu duk feeling2 depan pc.

Sekarang ni tak berapa nak melayan, bukan sebab citer Korea ke, Jepun ke tapi citer hindustan sekarang ni dah tak best cam dulu. Lagu2 pun tak menyentuh perasaan (amboi kau). Ditambah plak ari Sabtu aku keje, mana dapat nak layan Panggung Sabtu TV3 tu. TV2 plak main malam, lagilah takleh wat kawan. Time mata aku minta beradu tu.


Ari Rabu aritu TV2 main citer Kal Ho Na Ho. Citer ni sangat sedih jadinya aku amik keputusan tak nak tengok. Masa tengah online, kat Twitter siap trending lagi. Nampaknya ramai betul yg masih teringat2 kat citer ni.

Ada satu lagu yg aku takkan lupakan sampai bila2, sebab aku guna lagu ni dalam persembahan masa Fomacc Night (malam persembahan utk persatuan siswa-siswi perakaunan). Sketsa kami pelajar semester 1 yg bertajuk 'Putera Gunung Ledang' (plot yg di'twist' dr kisah Puteri Gunung Ledang).



Lagu ni aku guna waktu babak Putera Gunung Ledang sedang bercanda-ria dengan Tok Kebayan (Nenek Kebayan) dan hulubalang2nya (dayang2). Oh, how I missed that moment. (Aku tak dapat pegi waktu persembahan malam tu sebab perut aku sakit.) But really happy sebab kelas aku dapat tempat kedua. Tak sia2 skrip yg aku buat dgn menggunakan pelbagai loghat dari negeri2 yg diwakili oleh pelajar2 kelas aku (Perak, Kelantan, Penang, dan Negeri 9)

Ok dan inilah lagu yg buat orang meleleh airmata tgk citer ni..


Yang pasti minggu depan I will make sure duk depan tv menghadap citer Dil Ka Rishta..

No comments:

Post a Comment