Wednesday, 28 December 2011

Cara -cara untuk kurus














Pertama-tamanya nak minta maaf dulu pd sape2 yg view dis post. Ini bukanlah iklan atau tips nak menguruskan badan menjadi seramping dan secantik Lisa Surihani ke, Fazura ke, atau Neelofa. Ini hanyalah secebis kisah bagaimana satu ketika dulu aku berjaya menguruskan badan dan mendapat pujian dari kengkawan. Hehehe.
Tak perlu habis duit beli pelbagai jenis pil, dan tak perlu juga bersusah payah berlari-lari anak atau berlari-lari emak untuk menbuangkan lemak. Caranya hanyalah....Jeng...Jeng...Jeng...

Masa aku sambung belajar kat UiTM dulu, utk sem pertama dptlah aku duk kat hostel. Untuk berjaya mengurangkan berat badan tiada kolej lain yang sehebat Kolej Kenanga. Disebabkan kolej ni nak ditutup dan dijadikan kelas bg menampung jumlah pelajar yg semakin ramai maka tiadalah pengusaha makanan yg sanggup mengambil tender membekalkan makanan kpd kami. Dan kerana itulah aku mampu mengurangkan berat badan.

Kalau ingat balik memori ni boleh mengalir airmata beb.. Dan menambahkan keberkesanan program kuruskan badan ni bila pergi kelas jalan kaki, mendaki bukit di Fakulti OM, pergh memang best. Dan 1 lagi kalau g kelas time puncak, kena berebut lif dan itu akan mengambil masa yg lama maka sebagai student yg cuba utk punctual haruslah aku dgn gagahnya mendaki pula anak-anak tangga Menara SAS menuju ke kelasku yg selalunya kat tingkat 7,8 dan paling best kat tingkat 12. Dan bila balik hostel mendaki pula anak tangga menuju tingkat empat.

Hampir satu sem di Shah Alam aku akhirnya berjaya menguruskan badanku dan bila balik cuti dgn bahagianya aku mendengar mak cikku memuji badanku yg kurus. Hua....memang aku gembira tapi tahu x dia, utk dptkan badan yg kurus tu aku tlh melakukan bnyk pengorbanan.... Terpaksa menahan lapar walaupun sebenarnya xde niat nak berdiet tapi tpt makan jauh dan yg ada hanya koperasi. Terpaksa menapak ke fakulti bukan krn nak kuruskan badan tapi hanya itu saja jln terdekat utk ke fakulti. Nak naik bas dari Kolej Kenanga? Memang nak kena pelempanglah sebab naik bas lebih lama dari menapak....

Inilah secebis kisah waktu aku di UiTM dulu, Mungkin tika ini Kolej Kenanga telahpun menjadi kelas sepenuhnya seperti Kolej Cempaka. Walau apapun Kolej Kenanga tetap di hatiku.

Tuesday, 13 December 2011

Cuti yang Meletihkan.......






Bulan 12 ni agak sibuk, tahu-tahu jelah musim org kawen. Maka, aku yg sepatutnya melepak dan membesarkan badan ni terpaksalah tolong my family utk menyiapkan tempahan labu. Aku tak pandailah nak buat labu-labu yang bakal jadi hiasan tu tapi tugas aku lebih kpd proses finishing dan packaging.

Selain dr menyiapkan tempahan labu, aku sibuk juga menolong utk pameran. Hujung minggu lepas baru habis pameran di Lumut. Yang bengangnya aku x dpt nak pergi sekali. Baru bercadang nak g jln2. Semuanya gara-gara adik aku yang lambat bangun dan membuatkan mak aku bertukar menjadi 'hulk'. hehehe. Bila mak aku dah bertukar karektor maka dgn aku sekali xde mood nak pergi. Yalah anak mak kan...

Tapi dalam sibuk-sibuk menyiapkan barang tu sempatla juga aku 'berpoya-poya', tengok movie Indon, Get Married, habis tiga2 sirinya aku tengok. Untuk entri akan datang aku akan postkan review tentang movie ni. Walaupun takde subtitle tapi dah bertahun disogok dgn sinetron Indon, so aku fahamlah juga jalan ceritanya. Ceritanya memang kelakar, sampai berair mata aku 'nengoknya'. Ok, jumpa di entri seterusnya. Ciao.

Wednesday, 7 December 2011

M.I.B dan Kisah Hip hop

Tension betullah komputer kat cc ni, xleh nak upload picture kat blog. Suram je lah blog aku :( Aku baru nak share info tentang movie yang aku baru tengok.

Takpelah untuk kali ni nak share sikit tentang kumpulan M.I.B dari Korea dan kisah aku masa zaman sekolah dulu. Selepas Super Junior dan Infinite yang berjaya mencuri hati aku, satu lagi kumpulan yang aku suka, M.I.B. Kumpulan hip hop ni memang kenalah ngan minat aku. Single pertama kumpulan ni GDM atau Girl Dreams Money boleh tahanlah juga, walaupun kengkadang telinga ni dengar cam dorang sebut Girl Drinks Money. Camne tu?

Kalau sebut pasal hip hop ni, zaman aku sekolah dulu memang zaman kemuncaklah. Sape tak pernah dengar kump TooPhat? Gi kuar Malaysia, hikhikhik. Pengaruh TooPhat ni cukup kuatlah, biarpun skool aku taraf luar bandar tapi ada gak kengkawan aku yang minat giler ngan kumpulan ni. Asal ade waktu free je bukan nak study tapi buat headspin kat belakang kelas. Tak boleh buat headspin, macam2 aksi breakdance lain dorg buat.

Zaman remaja dulu aku pun tak ketinggalan juga, bukanlah aku pun sibuk ber'breakdance'. Gile tu, mau 'break' kain sekolah aku. Kalau sekarang ni budak2 pompuan nak cari boyfriend ala2 Kpop tapi aku dulu suka budak2 hip hop ni. Bukan yang jenis suar londeh tu tapi yang pakai suar paras lutut, pakai topi dan paling penting kepit skateboard. Hahaha, sungguh tak matang anak Encik Khairuddin ni.

Berbalik pada kumpulan M.I.B ni tadi kat bawah ni klip video dorang. Layan

Wednesday, 30 November 2011

Kesian kat Tengku Huzer

Ada sesiapa yang tengok drama Suria Di Cordoba semalam? Kesiannya kat Huzer, malu kat dpn aunt Salmah kena reject kaw2 ngan Suria. Pada pendapat akulah, tak sepatutnya Suria malukan dia sampai camtu. Walaupun nak tunjukkan ketegasan tapi tak yah lah sampai jatuhkan 'water face' si Huzer tu. Boleh je kan cakap leklok? Kalau aku, xsampai ati aku tolak si Huzer yg hensem tu.

Ada juga teman2 blogger yg bengang sebab tak dpt tgk Cinta Elysa. Kesian kat korang, dan kesian kat aku gak sebab tak dapat tgk Vampire Diaries. Walaupun aku ni peminta kpop tapi x sanggup nak menunggu siaran MAMA sampai 4 jam tu. Pastu dahlah xde sub, setakat Annyeong, Saranghae, kamsahamnida tu aku tahulah. Terpaksalah aku menunggu minggu depan nak tgk cerita Vampire Diaries tu.


Tuesday, 29 November 2011

Hari-hari yang membosankan

Bosannya hidup aku sejak akhir-akhir ni, tak dapat nak tgk citer2 kegemaran aku kat tenet. "Yang namanya internet itu" bermasalah kat umah aku ni. Terpaksalah gi melepak kat cc kalau ade masa. Dah lama tak buat xtvt 'sharing is caring'.

But, still cari masa yg sesuai utk update ini blog. Insyaallah dlm sari dua ni akan ku update citer2 yg boleh dikongsi ngan korang semua.

Ciao dulu buat masa ni. Hati sedang sedih :(

Wednesday, 16 November 2011

SELAMAT MENGHADAPI SPM

 For my student and ex-student, 

Selamat menempuh satu peperiksaan yang akan menentukan masa depan anda.
Buat yang terbaik...Anda pasti berjaya

Renungkan kata-kata di bawah sebagai pembakar semangat anda,

"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru ialah "Pengetahuan" dan"Kejahilan".
Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
GOOD LUCK

Tuesday, 25 October 2011

Rabak....


Aduh, hatiku teramatlah sedih..isk..isk..isk. Dahlah tgh xder duit, terpaksa g korek2 kat ASB tuk beli charger atau bahasa ITnye AC adapter netbuk yg baru. Semuanya sebab charger yg lama dah nak tertanggal wayar dia. Tu lah Cik Anis asal lah ko ganazzz sangat guna charger tu. Tak pasal2 RM99 melayang, hua...

Seb baiklah ko Baby(my netbuk name), aku sayang bangat kat ko, kalau x lantak p lah. Kan best kalau ada org len sayang kat aku camne aku sayang kat ko..isk..isk..isk(nangis lagi). Oklah lepas ni jgn rosak lagi ea..xlarat aku nak kua duit semata2 utk ko. 99 hengget tu kalau aku beli makanan mau pecah perut aku kekenyangan.

Pesanan tuk aku gak, kalau dah tau perit kua duit, jgnlah layan Baby ganazzz sangat...
Ciao.

Friday, 21 October 2011

3 Idiots

 

Untuk kali ketiganya aku tengok cerita ni hari ni. Bagi aku 3 Idiots antara yang berbeza yang pernah aku saksikan dalam cerita Bollywood sebelum ni. Kelakar sampai berdekah-dekah aku ketawa, sedih sampai meleleh airmata aku. Cerita ni sarat dengan nilai2 moral dan pengajaran (macam KOMSAS plak). Disampaikan secara bersahaja dan juga secara sindiran.

Antara babak yang paling menarik, apabila Chatur (pelajar yang berlagak sebab pandai) dipilih untuk memberi ucapan semasa Hari Guru. Moral of the strory, ada antara kita merupakan excellent student tapi excellent dari segi apa, excellent kerana faham apa yang kita belajar atau excellent kerana dapat menghafal setiap buku teks dan kalau ditanya, jawapan 100% menepati skema. Itu yang terjadi pada Chatur, dibesarkan di Uganda dan kurang fasih berbahasa Hindi. Teks ucapan dihafal tanpa memahami perkataan yang diucapkan. Akhirnya, jadi bahan ketawa. Tapi tak boleh blah bila, walaupun orang duk ketawakan dia, dia masih bersemangat meneruskan ucapan. Hehehe...

SYNOPSIS 

Go to imdb.com untuk baca sinopsis. Panjang sangat, malas nak translate and malas nak copy & paste.

PREVIEW
Tak jumpa trailer yang ada eng sub.
Go to this channel kalau nak tengok cerita ni, ada eng sub.

PHOTOS
 
 
 

Wednesday, 19 October 2011

Bring The Boys Out

Sakit kepalaaaa.....kalau ada yg minat kat kump SNSD dr Korea tu mesti tahu kenapa aku boleh sakit kepala. Bukan sebab tak puas hati sebab lagu dorg tak cute cam dulu-dulu tapi sakit kepala sebab baca komen, (xceli x sempat nak baca pun). Tak sampai satu minit komen2 tu dah scroll down.

Kat Youtube dah macam perang, yang fans nya sibuk nak dptkan 1 mill views in 1 day (dah dpt pun, x sampai 1 hari) n haters duk sibuk mengutuk n click dislike button tu.

Terpulanglah apa fans or haters nak kata yg penting aku puas hati sebab si comel Yoona ada banyak line dalam ini lagu, siap rap lagi tu.....Go Yoona Go... Go GG Go....


Sunday, 16 October 2011

Surat Untuk Nurin

Assalamualaikum...
Sebelum In terus baca surat abang ni, abang nak minta maaf sebab, dalam zaman yang serba canggih dan moden ni abang masih memilih untuk menggerakkan jari menarikan mata pena di atas sekeping kertas. Orang lain mungkin lebih selesa ber’facebook’, ber’twitter’ atau ber’sms’ tapi abang inginkan privacy. Perlu ke abang luahkan perasaan di twitter untuk orang lain membaca luahan hati abang? Perlu ke abang melayang mesej di facebook dan mana tau tiba-tiba akaun abang kena hack? Dan perlu ke abang hantar mesej guna handphone sedang spacenya terlalu kecil untuk memuatkan luahan hati abang ni? Mesti In tertanya-tanya, kenapa tak jumpa atau call aje? Jawapannya senang. Abang malu. Hehehe. Boleh terima tak alasan tu?

Kalau tadi abang minta maaf pada In tapi kali ni abang nak ucap terima kasih pula. Kenapa? Sebab In muncul dalam hidup abang. Sejak abang jumpa In abang rasa hidup abang indah sekali. Abang ramai jumpa wanita malah jujur abang cakap ada antaranya yang pernah singgah menghuni ruang di hati abang tapi ikhlas abang cakap yang tiada seorang pun yang dapat menandingi Nurin Arianna. Ingat lagi tak kali pertama kita berjumpa? Siapa sangka pertemuan yang awalnya bermula dengan pertengkaran akhirnya berjaya membuat abang terigau-igaukan In. Setiap kali abang teringatkan In, pasti jari abang akan menyentuh dahi yang masih berparut kesan balingan buku berkulit tebal kepunyaan In dulu.

In, ramai kawan abang tertanya-tanya apa yang merasuk abang sehingga tergila-gilakan In. Bukanlah maksud mereka yang In ni tak cantik, tak baik, tapi mereka pelik macam mana playboy macam abang yang selalunya berdamping dengan wanita yang selalunya pakai baju tak cukup kain boleh jatuh hati pada gadis manis bertudung seperti In. Dan abang rasa mungkin kawan-kawan In pun pelik macam mana In boleh sangkut dengan lelaki player macam abangkan?

In, sekali lagi abang ingin mohon maaf pada In. Hubungan kita pernah tergugat, bukan sebab In tapi abang, kerana sikap abang. Abang kecewakan In, abang lukakan hati In dan abang curang pada In kerana mengikut nafsu abang yang sukakan keseronokan duniawi, sedang dengan In nak pegang tangan waktu dating pun tak boleh. Jahilnya abang, sehingga hukum Islam abang abaikan. Tapi terima kasih sekali lagi kerana In, abang banyak belajar dari kesilapan. Bila abang kehilangan In untuk seketika abang rasa dunia abang kosong. Dan sebab itu abang tak malu untuk menagih cinta In kembali kerana abang tahu hanya In yang mampu membantu abang untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Satu petang waktu kita keluar makan, dalam kereta, kat radio Era, Akim menyanyikan lagunya ‘Janji’. In bagi tahu abang, sepatutnya abang yang nyanyi lagu tu sebab lirik lagu tu kena dengan abang. Dan demi In abang belajar menyanyikan lagu tu walaupun genre muzik yang dibawakan oleh Akim tu bukanlah aliran muzik yang abang suka. Dan dengan rasa bangganya abang berjaya menyanyikan lagu tu sambil memetik gitar waktu birthday party In. Walaupun suara abang taklah mantap sangat macam penyanyi tapi abang puas bila melihat bibir manis In mengukir sebuah senyuman dari mula abang mendendangkan lagu tu sampailah abang bangun dari kerusi dan melangkah ke arah In.


In, abang janji abang akan menjaga In, abang takkan lukakan In untuk kedua kalinya dan abang perlukan sokongan In untuk terus menjadi manusia yang lebih baik. Terima kasih sekali lagi kerana buat tidur abang sentiasa dihiasi mimpi-mimpi indah dan terima kasih kerana In juga telah menjadikan mimpi abang satu realiti kerana menerima lamaran abang untuk menjadi suri hati abang. Abang janji akan menjadi suami yang baik buat In dan abang ingin sekali In menjadi bidadari abang seandainya syurga dijanjikan buat abang. Mulai esok kita bersama-sama akan melayari bahtera rumahtangga bersama dan abang berdoa biarlah bahtera kita sentiasa kukuh dan utuh dan mampu pula memberikan perlindungan kepada orang lain. Amin.

Terima kasih Nurin Arianna kerana berjaya menjadikan abang mengenal erti jiwang yang selalu abang perlekehkan sebelum ini.

p/s: jangan ketawakan abang bila baca surat ni.

Love you,
Aidid Ziqri Abdul Halim





Wednesday, 12 October 2011

REKOD TAK LENGKAP (Latihan & Jawapan)

Encik Alias memulakan Perniagaan Berkat di Nilai, Negeri Sembilan pada 1 April 2010 dengan modal yang terdiri daripada:

RM
Kenderaan
20 000
Lekapan dan lengkapan
8 900

Encik Alias menyimpan rekod perniagaannya tidak mengikut sistem catatan bergu. Pada 31 Mac 2011, maklumat kedudukan aset dan liabiliti perniagaan diberikan seperti berikut:


RM
Pemiutang
13 900
Tunai
900
Penghutang
4 650
Lekapan dan lengkapan
8 900
Overdraf bank
7 800
Kenderaan (kos)
20 000
Belanja membaiki kenderaan terakru
1 000
Insurans terdahulu
90
Stok pada 31 Mac 2011
24 570

         
Maklumat tambahan
(i)    Sepanjang tahun kewangan Encik Alias mengambil barang niaga
       berjumlah RM1 000 dan wang tunai RM300 untuk kegunaan
       keluarganya.

(ii)   Lengkapan RM900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan wang
       peribadi Encik Alias.

(iii)  Baki akaun seorang penghutang RM235 hendaklah dihapus kira
       sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan.

(iv)  Kenderaan hendaklah disusutnilaikan 10% setahun atas kos.

(v)   Pulangan belian kepada pembekal RM600 belum dibuat pelarasan.          
Anda dikehendaki menyediakan:
(a)   Penyata Menghitung Modal pada 31 Mac 2011.
(b)   Penyata Mengira Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2011.

JAWAPAN

(a)
Penyata Menghitung Modal pada 31 Mac 2011

RM
RM
Aset


Kenderaan
20 000

Tolak    Peruntukan susut nilai alatan pejabat
2 000
18 000



Lekapan dan lengkapan

9 800
Penghutang

4 415
Stok pada 31 Mac 2011

24 570
Tunai

900
Insurans terdahulu

90


57 775
Tolak    Liabiliti


Pemiutang
13 300

Bank (overdraf)
7 800

Belanja membaiki kenderaan terakru
1 000
22 100
Modal Akhir

35 675


(b)
Modal awal:
RM
Kenderaan
20 000
Lekapan dan lengkapan
8 900
28 900

Penyata Mengira Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2011

RM
RM
Modal akhir

35 675
(+) Ambilan

1 300


36 975
(-) Modal awal
28 900

      Modal tambahan
900



29 800
Untung bersih

7 175




Thursday, 6 October 2011

Novel: Merdeka! Merdeka!



SINOPSIS
 

Novel ini mengisahkan Kudin, yang tinggal di Kampung Teras Jernang, yang memiliki semangat cinta akan tanah air yang tinggi. Beliau berjuang bersama-sama penduduk kampong yang lain menentang ancaman pihak penjajah Inggeris.
Di kampung, Kudin menganggotai Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Kudin dan rakan-rakannya membina kubu di kampung mereka untuk mempertahankan diri daripada ancaman komunis. Dalam pada itu, dalam majlis perhimpunan persatuan-persatuan seluruh Tanah Melayu, Kudin telah dipilih untuk berucap.
Pada masa yang sama, kawan Kudin, Bustam, ditangkap oleh pengganas komunis. Kudin berazam untuk menyelamatkan kawannya itu. Pak Awang pula diugut oleh pihak Inggeris supaya tidak terus bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Akhirnya, Pak Awang didapati hilang semasa mencari Bustam.
Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa orang tokoh Melayu. Mereka menyampaikan ucapan untuk menaikkan semangat orang Melayu. Datuk Onn berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu supaya turut menentang penubuhan Malayan Union. Sehubungan itu, raja-raja Melayu tidak menghadiri perasmian penubuhan Malayan Union sebagai tanda bantahan. Akibatnya, majlis itu gagal.

TEMA
 

 Semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan golongan muda dalam usaha untuk membebaskan negara daripada penjajahan dan ancaman pengganas.


 PERSOALAN

Persoalan
Bukti

Sikap kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan rakyat.

Orang-orang Melayu telah berhimpun di luar Hotel Stesen untuk menyatakan pendirian mereka menentang Malayan Union dan menyekat raja-raja menghadiri majlis perasmian penubuhannya.


Penjajahan mendatangkan berbagai-bagai masalah dan penderitaan kepada rakyat.

Orang-orang Melayu hidup dalam penderitaan semasa penjajahan. Pembesar-pembesar pula dipaksa untuk mengikut telunjuk pihak penjajah.


Maruah dan martabat bangsa menjadi teras perjuangan.

Orang-orang Melayu sanggup berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu.


WATAK DAN PERWATAKAN


Watak
Perwatakan
Huraian

Kudin

Bijak dan bercita-cita tinggi


Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik yang ternama.



Berani untuk berjuang

Sanggup mempertahankan kampungnya daripada ancaman komunis.



Tidak jemu untuk belajar

Belajar menggunakan senjata api tanpa jemu-jemu.



Fasih, petah dan lancar berkata-kata

Berpidato di tengah-tengah perhimpunan persatuan-persatuan Melayu di hadapan
pembesar-pembesar Melayu.



Berkeyakinan dan bersemangat tinggi.

Berpidato di hadapan khalayak dengan penuh semangat dan keyakinan.



Memiliki semangat patriotik yang sangat tebal

Bertekad untuk menghapuskn ancaman komunis di kampungnya.



Memiliki sifat kepimpinan yang baik.

Sentiasa memberikan nasihat kepada rakan-rakannya supaya terus berjuang untuk menentang pengganas.



LATAR

A.   Tempat 
Perkara
Peristiwa
1.      Rumah Tuk Ketua

Mesyuarat untuk membincangkan hal menjaga keselamatan kampung
2.      Kubu pertahanan

Anak-anak muda kampung bertempur dengan pengganas untuk mempertahankan kampung.
3.      Stesen Hotel, Kuala Lumpur

Orang-orang Melayu berhimpun untuk menghalang penubuhan Malayan Union.
4.      Bangunan Kelab Sultan Sulaiman

Perhimpunan besar-besaran orang Melayu. Kudin berucap dengan penuh bersemangat.


B. Masa
Zaman Pemerintahan Jepun

  • Pak Awang bekerja sebagai kerani bagi pihak Inggeris sebelum meletakkan jawatan. 

1 haribulan Mac 1946

  • Perhimpunan orang Melayu untuk mendengar ucapan tokoh-tokoh Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman.
C. Masyarakat
Perkara
Peristiwa
Masyarakat kampung


Penduduk Kampung Teras Jernang yang bersatu padu dan bersatu hati dalam perjuangan.
Masyarakat pemimpin Melayu yang gigih berjuang demi maruah bangsa


Datuk onn dan beberapa orang pemimpin Melayu menjadi sanjungan seluruh orang Melayu kerana kegigihan mereka berjuang.

NILAI

Nilai
Bukti

Keberanian

Datuk Onn berani mempengaruhi orang-orang Melayu dalam usaha menentang penubuhan Malayan Union oleh pihak Inggeris.


Bertanggungjawab

Pak Awang bertanggungjawab untuk mencari Bustam yang hilang.


Bersatu padu

Orang-orang Kampung Teras Jernang bersatu padu dalam mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pihak pengganas



PENGAJARAN

Pengajaran
Bukti

Kita hendaklah bekerjasama dengan anggota masyarakat yang lain dalam usaha menjaga maruah bangsa.

Penduduk Kampung Teras Jernang bekerjasama untuk menjaga keselamatan kampung dan kesejahteraan semua penduduknya.


Rakyat hendaklah mementingkan tanah air sendiri daripada kesenangan peribadi.

Pak awang meletakkan jawatan sebagai kerani rendah kerana tidak mahu bersubahat dan menjadi tali barut pihak Inggeris.


Manusia perlulah memiliki semangat bantu- membantu sesama sendiri.

Penduduk kampung bertindak untuk menghulurkan bantuan kepada Persatuan Pahlawan Kemerdekaan bagi membolehkan wakil mereka ke Kuala Lumpur.

GAYA BAHASA

Aspek bahasa / Unsur bahasa
Huraian / Contoh

Bahasa Inggeris

Malayan People Anti Japanese Amy, Malay National Party, meeting, British Military Administration


Peribahasa

musang berbulu ayam
musuh dalam selimut
tidur-tidur ayam


Bahasa arab

Insya Allah
Qul Hua Allah
Alhamdulillah


Metafora

taring kekuatan


Bahasa pasar

“Lu bohooonggglaaah,” kata seorang Cina.....
“Itu askar, orang putih punya. Negeri England mari. Tak ada serupa Jepun...”


Personifikasi

Zaman Jepun telah merampas banyak masanya.
Ucapan itu menusuk-nusuk jantung kalbunya.