Friday, 19 August 2011

BAB: ANALISIS KOS VOLUM UNTUNG


Contoh Soalan dan Jawapan

Syarikat Super Simple Bhd. ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan minuman segera untuk pasaran tempatan. Anggaran kos pengeluaran dan harga jualan adalah seperti berikut:

RM
Kos tetap
25 000
Kos berubah seunit
6.50
Harga jualan seunit
11.50
Aggaran pengeluaran
8 000 unit
Anda dikehendaki:
(a)    mengira margin caruman seunit
(b)   mengira titik pulang modal dalam
(i)   unit pengeluaran
(ii)  jumlah hasil
(c)    mengira jumlah keuntungan untuk pengeluaran 8 000 unit
(d)   mengira unit yang perlu dijual untuk mendapatkan keuntungan RM20 000
Jawapan
(a)    Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
                                           = RM11.50 – RM6.50
                                           = RM5
(b)        
(i) Titik pulang modal
=
Kos tetap


Margin caruman seunit

=
RM25 000


RM5

=
5 000 unit

 (ii) Titik pulang modal
=
5000 unit X RM11.50

=
RM57 500



(c)    Keuntungan = Jumlah hasil – Jumlah kos
                        = (RM11.50 x 8 000 unit) – [RM25 000 + (RM6.50 x 8 000 unit)]
                        = RM92 000 – RM77 000
                        = RM15 000

(d)   Jumlah pengeluaran
=
Kos tetap + Untung sasaran

Margin caruman seunit
=
RM25 000 + RM20 000

                  RM5
=
9 000 unit