1. Pada 1 Januari 2004, Syarikat Cemerlang Berhad didaftarkan dengan modal berdaftar yang terdiri daripada 600 000 unit 10% saham keutamaan bernilai RM2 sesaham dan 800 000 unit saham biasa bernilai RM1 sesaham.
Pada 1 julai 2004, syarikat telah menerbitkan 400 000 unit 10% saham keutamaan dan 500 000 unit saham biasa pada nilai tara. Semua saham telah dilanggan oleh orang ramai dan dibayar penuh pada 30 Julai 2004.
Pada 31 Disember 2004, lembaga pengarah syarikat mengisytiharkan pembayaran dividen kepada pemegang saham keutamaan sahaja.
a) Hitung modal diterbitkan.
b) Rekod terbitan saham di atas dalam akaun-akaun berikut:
i. Akaun Permohonan Saham Biasa dan Akaun Modal Saham Biasa.
ii. Akaun Permohonan Saham Keutamaan dan Akaun Modal Saham Keutamaan.
iii. Akaun Bank
c) Hitung dividen saham keutamaan.
2. Syarikat Devdas Berhad telah ditubuhkan pada 1 Januari 2005 dengan modal berdaftar terdiri daripada 4 000 000 unit Saham Biasa RM1.00 sesaham dan 400 000 unit 5% Saham Keutamaan RM2.00 sesaham.
2 500 000 unit Saham Biasa dan semua Saham Keutamaan telah ditawarkan untuk langganan pada nilai tara. Semua saham yang diterbitkan telah dilanggan dan dibayar penuh.
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2005, syarikat mengisytiharkan pembayaran dividen 3% kepada pemegang Saham Biasa.
a) Hitung:
i) Modal dibenarkan
ii) Modal berbayar
iii) Jumlah dividen
b) Bezakan Saham Biasa dengan Saham Keutamaan.
3. Merpati Putih Berhad mempunyai modal dibenarkan yang terdiri daripada 40 000 6% saham keutamaan RM1 sesaham dan 100 000 saham biasa RM1 sesaham. Modal diterbitkan sebanyak RM80 000 terdiri daripada 30 000 6% saham keutamaan RM1 sesaham dan 50 000 saham biasa RM1 sesaham, telah dilanggan dan dibayar penuh.
Syarikat telah memutuskan untuk memberikan dividen interim saham biasa sebanyak 6% dan bayaran dibuat sebelum tahun kewangan berakhir. Pada 30 September 2007, untung bersih perniagaan ialah sebanyak RM24 000.
Lembaga pengarah syarikat mengumumkan perkara berikut:
i. Bayaran dividen akhir atas saham keutamaan.
ii. Bayaran dividen akhir 9% kepada pemegang saham biasa.
Anda dikehendaki:
a) Mengira
i. Dividen akhir saham keutamaan
ii. Dividen akhir saham biasa
iii. Jumlah dividen bagi saham biasa
b) Menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 September 2007 dengan menunjukkan bahagian ekuiti pemilik.