“Dina, what are you doing? Lama sangat kat dalam tu, boleh tak cepat sikit? Abang dah lambat ni.” Pintu bilik air diketuk untuk yang ke berapa kali pun Dina tak tahu. Sengaja dia mendiamkan diri, malas memberi respon kepada suaminya. Rajuknya masih bersisa.
Setelah siap mengeringkan badan barulah pintu bilik air dibukanya. Berdiri tegak di muka pintu, suaminya yang hanya berseluar pendek menanti dengan muka tak puas hati. Hmm, ada aku kisah. Cuba melangkah melewati suami namun dihalang oleh tangan sasanya.
“Wanginya. Dina syampu rambut ye?” Apa punya soalan yang suami aku tanya ni? Dah sah-sah rambut aku basah tentulah aku syampu rambut aku ni. Soalannya kujawab dengan kening terangkat sebelah menandakan soalannya tak perlu kujawab.
“Jom mandi lagi sekali dengan abang?” Wah-wah, apa kejadah aku nak mandi sampai dua kali pagi-pagi buta ni? Ini pun dah kecut-kecut jari aku. Dia cuba membelai-belai rambutku yang masih menitis air dari hujungnya.
“Bukan tadi abang cakap yang abang dah lambat ke? Ini apa hal bertenggek kat sini lagi?” Dia menarik tangannya memberi laluan kepadaku kemudian dia masuk ke bilik air. Tak sampai dua minit selepas itu aku mendengar dia menjerit, kesejukan. Itulah orang dah suruh baiki heater yang rosak tu dia asyik lupa je.
Baju yang siap digosok semalam aku letak di atas katil. Biarpun marah, merajuk tapi tanggungjawab sebagai isteri masih aku laksanakan, kiranya ini merajuk bertempatlah kan? Iya ke?
Setelah aku siap menyarung pakaian, aku turun menuju ke dapur, menyiapkan sarapan pula buat sang suami, tak susah pun nak bagi makan suami aku ni, tolak batu dengan kayu je yang lain semua dia hentam je. Hari ni sarapan yang paling simple sebab kalau buat beria-ia dia takkan sempat nak makan. Roti bakar dan nescafe minuman kegemaran dia, oops nasib baik ada telur so kita buat scramble egg je.
Sementara menunggu encik suami turun aku menjalankan tugas harianku, memasukkan baju ke dalam mesin basuh dan membiarkan ‘dia’ menjalankan tugasnya dan aku hanya memantau dan meninjau dari jauh.
Bila aku kembali ke ruang makan encik suami sedang menghirup air nescafenya dan melihat saja aku menghampiri meja makan, dia bangun menarikkan kerusi untukku. Romantikkan suami aku ni? Eleh, tu nak pujuk aku lah tu.
“Hari ni abang balik awal, nanti kita keluar nak? Makan kat luar.” Dia menjelaskan rancangannya. Bagus kan suami aku ni, bijak merancang tapi yang selalu buat aku merajuk tahap maksima sebab dia selalu fail nak melaksanakan rancangan dia tu.
Aku tidak menjawab, pertama kerana mulutku penuh dengan roti bakar yang baru aku sumbat dan kedua kerana aku tak nak berharap. Dia hanya memandang sambil menguntumkan senyuman. Eee geramnya, tak tahu ke dia yang aku tengah geram dengan dia?
“Sampai bila nak merajuk dengan abang ni? Janganlah merajuk lama-lama, abang bosanlah. Dahlah kita berdua je kat rumah ni, kalau ada orang lain boleh gak abang layan bersembang.” Aku masih diam, mengambil sekeping lagi roti bakar, menyapu jem strawberry dan berkira-kira mahu menyumbat ke dalam mulutku namun pantas pula encik suami merampasnya dariku. Dia bangun kemudian mencium pipiku lalu berlari keluar. Macam budak-budak kan suamiku? Padahal umur dah 26 tahun, kadang-kadang terfikir juga aku macam mana dia jadi bos? Sesekali nak juga aku menjenguk dia di pejabat tapi aku tak nak menyibuk dan yang paling penting tak nak jumpa isteri tak jadinya.
Isteri tak jadi? Hehehe, itulah gelaran yang diberikan oleh Achik, adik aku yang pernah buat internship kat situ. Kalau ada yang fikir adik aku buat internship kat situ sebab company abang ipar dia, itu adalah tanggapan yang amat salah sekali. Masa adik aku si Achik tu buat internship, aku belum lagi mengenali encik suami yang bernama Meor Azreen Adib Shah itu dan jangan buat tanggapan yang aku berkenalan dengan encik suami kerana adik aku, itu juga adalah salah sama sekali.
Oh, berbalik kepada cerita isteri tak jadi tu, aku dapat tahu sebelum encik suamiku berkenalan dan berkahwin denganku, dia pernah berkasih-kasihan dengan seorang wanita yang merangkap sepupunya. Tak kelas kan couple sepupu ni? Rasulullah sendiri tak menggalakkan kahwin dengan sepupu tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana, itu aku tak bolehlah nak nafikan. Setelah bertahun berkasih-kasihan dan dah merancang nak bertunang 2 tahun sebelum encik suami bertemuku, hubungan dia orang dilanda badai dan mengikut Achik yang suka menyibuk tahap ahli mesyuarat tingkap tu, perpisahan terjadi disebabkan orang ketiga,. Pergh, poyo ayat aku.
Setelah dua tahun encik suami ‘menduda’, kami bertemu dan hubungan yang pada mulanya hanya sekadar kawan biasa dipanjangkan hingga ke jinjang pelamin. Tapi yang selalu membuat aku pelik dan kadang-kadang terfikir-fikir, macam mana dia orang boleh duk satu bangunan, kerja sama-sama. Macam takde perasaan, yang suami aku tu memang takde perasaan tapi isteri tak jadi dia tu? Entahlah tak faham aku.
***********************
Itu yang aku malas berjanji dengan makhluk Allah bernama Meor Azreen ni, tak pernah tepati janji betul. Aku ni dah tak larat nak berpantang-pantang datuk nenek aku bila orang lambat. Aku merajuk, dia buat-buat tak faham. Aku marah, dia tersengih-sengih buat muka kerang busuk dia.
Ini dah pukul 9, perut aku dah berbunyi minta diisi. Dahlah sebutir beras pun aku tak masak sebab dia dah janji dengan bersungguh-sungguhnya nak bawa aku makan kat luar siap nak bawa aku tengok wayang lagi. Hari tu pun dia buat aku macam ni. Belum habis rajuk aku dia tambahkan lagi. Hari ni pun dia buat lagi. Eeee..Geramnya.
Biasanya malam-malam macam ni aku dah tercongok depan desktop melayan cerita korea kegemaran aku kat dramacrazy. Tapi kalau hati tengah panas macam ni, jangan dibuat melayan cerita korea, nanti cerita sedih pun aku sumpah seranah.
Akhirnya, aku dengar juga bunyi kereta memasuki garaj dan tak lama selepas itu muncul muka suami aku, alahai letih beno rupenye. Lemah je dia melangkah ke sofa. Sambil melurutkan tali lehernya, dia duduk di sebelahku kemudian menyandarkan kepalanya di bahuku. Kurang asam jawa betul suamiku ini, cuba nak goda aku.
Aku bangun. Maka jatuhlah kepala suamiku di atas sofa bekas dudukku tadi. Dia tak tunggu lama, diekorinya aku dari belakang lalu dipeluknya.
“Dina marah ye?” Ewah, apa punya soalan tu?
“Abang minta maaf. Ada emergency tadi sebab tu abang lambat.” Satu lagi jawapan yang dipetik dari skema jawapan dia. Ada emergencylah, nak siapkan kerja sebab kena submit esok pagi juga, jalan jamlah dan lain-lain yang dinamakan alasan.
“Lapar tahu tak? Lain kali kalau lambat bagi tahulah, tangan tu tak pandai nak dail nombor telefonke? Mulut tu dah tak boleh nak bercakap dan yang paling penting, apa guna Tuhan bagi otak?”
“Berfikir.” Tahu pula dia menjawab, nak kena cili mulut ni.
“Habis tu kenapa tak fikir? Cuba fikir, isteri aku mesti tunggu lama kat rumah tu. Isteri aku mesti risau sebab aku balik lewat. Isteri aku dah makan ke belum sebab aku cakap tak payah masak.”
“Ada. Abang ada fikir tapi abang tak guna isteri aku, abang guna Dina sayang dah makan ke belum? Mesti Dina sayang lapar tunggu aku balik rumah.”
“Ada je benda abang nak jawab. Abang ni tak tahu ke orang marah ke tak? Bila orang cakap tak pernah ambil serius.” Aku cuba meleraikan pelukannya namun makin kejap pelukannya.
“Ala-ala, janganlah marah lagi, tak cantik nanti. Kesian isteri abang ni lapar ye? Dina tunggu kat luar.”
“Malas. Orang dah takde mood nak keluar.” Belum habis encik suami berkata-kata, aku dengan sepantas kilatnya telah memotong kata-katanya.
“Tengok tu, orang belum habis cakap lagi. Dina duduk kat gazebo kat luar sana, nanti abang bawa something special untuk Dina.” Encik suami memusingkan badanku menghadapnya.
“Janganlah tarik muncung macam tu. Tunggu kat luar ye sayang?” Aduh, ini yang selalu buat aku tewas dengan dia. Lembut suaranya menusuk ke telingaku, kiranya melembutkan sedikit hatiku yang mengalami proses pengerasan tadi.
Aku keluar juga ke arah gazebo yang terletak di hujung swimming pool. Menanti encik suami membuat preparation. Tahukah dia perutku ini dah mendendangkan pelbagai kompilasi lagu? Tak lama selepas itu, aku lihat dia menolak troli makanan ke arahku.
“Tada.” Aduh, bilalah nak matang suamiku ini?
“Abang minta maaf tak dapat bawa Dina makan kat luar tapi ini pun kira ok gak kan? Kiranya makan kat luar juga, luar rumah.” Dia ketawa sendiri dengan kata-katanya sambil menghidangkan makanan di atas meja.
Menu yang dibelinya untuk malam ini, Nasi Ayam Penyet ditambah dengan Tom Yam Putih kegemaranku dan untuk dia, lauk kegemarannya Ketam Masak Cili. Tak cukup dengan itu pandai pula dia beli pencuci mulut, Trifle dan potongan buah tembikai. Untuk melegakan tekak pula, ini aku rasa homemade je, air Sunquick. Bolehlah.
“Ok, boleh kita makan sekarang?” Aku mengangguk. Mestilah boleh, perut aku dah pedih menahan lapar.
“Sila tadah tangan sayang. Abang tahulah lapar tapi takkan lupa nak baca doa kot?” Oops, terlupa pula.
Malam tu aku betul-betul kekenyangan, bila perut dah kenyang hilanglah rasa marah aku kat suamiku tersayang tu. Ceh, bila merajuk bukan main lagi berencik-encik suami tapi bila hati dah senang siap suami tersayanglah, abang sayanglah, my love dan segala kata-kata yang indah-indah belaka. Bagi menggantikan acara menonton wayang yang tak jadi tu, suamiku dengan terpaksanya menemani aku melayan cerita korea. Tapi yang tak bestnya, aku berdekah-dekah ketawa, dia kat sebelah tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Alahai, kesiannya suamiku.
********************************
Hari ini bermulanya sesi persekolahan penggal kedua. Bermakna bermulalah kembali kehidupanku yang akan terkejar-kejar setiap masa sebelum bertolak ke sekolah. Disebabkan waktu bekerjaku bermula seawal 7.25 pagi maka suamiku juga akan bangun seawal mungkin dan bersiap secepat mungkin untuk menghantarku ke sekolah. Bukanlah aku ni mengada-ngada tak boleh drive sendiri tapi dah suamiku ini yang sudi menghantar dan mengambilku setiap hari, so nak kata apa lagi.
Kesian kat Myvi aku tu, jarang sekali ikut aku pergi sekolah. Sedangkan tujuan asal aku membeli Myvi itu adalah untuk menjalankan tugasnya mengangkut aku ke sekolah. Sudahnya dari tugas membawa aku ke sekolah, akhirnya bertukar jadi pengangkut aku ke pasar dan kadang-kadang kalau malas nak memandu ke Tesco aku bawa Myvi menemani aku ke kedai Makcik Piah kat depan jalan besar tu je.
Breakfast hari ini aku buat mee goreng, bahan-bahan dah aku siapkan semalam so pagi ni tinggal nak digorengkan saja. Telur mata kerbau dengan sosej mesti ada untuk suamiku. Setelah siap menggoreng aku menceduk mee ke dalam mangkuk dan sedikit ke dalam bekas untuk bekalan ke sekolah.
“Macam budak-budak bawa bekal ke sekolah.” Suamiku yang baru turun mengambil tempatnya di meja. Tanpa membalas usikannya aku menceduk mee ke pinggannya, air nescafe kutuang ke cawannya.
“Abang, balik nanti abang tak payah jemput Dina ya?” Dia memandangku.
“Kenapa pula?”
“Dina nak ikut Yanti pergi shopping.” Mee kusuap ke mulut. Alamak pedaslah pula, tapi nasib baik suami aku suka makan pedas.
“Dina nak beli apa? Tak payah lah, nanti kita keluar sama kalau ada yang Dina nak beli.” Ini yang buat aku geram ni. Semenjak kahwin dengan dia berapa kali sangatlah aku keluar dengan kawan-kawan aku. Takkan asyik nak berkepit dengan dia je.
“Abang tu cakap je nak keluar sekali temankan Dina tapi jarang yang perginya. Ada je hal abang. Ala, bolehlah abang. Dina dah janji dengan Yanti nak teman dia beli barang untuk baby dia.” Aku cuba memujuk.
“Suami dia mana? Biarlah dia pergi dengan suami dia, apahal pula Dina yang kena temankan dia.” Dia masih berdegil tidak mahu memberi keizinan.
“Abang, suami diakan askar. Sekarang ni ada kat Sabah.” Dina menunggu suaminya bersuara.
“Ok tapi jangan balik lambat. Malam ni abang nak dinner kat rumah.”
“Ok. Thanks.” Lantas pipinya kucium. Aku hanya senyum. Dah lama juga tak shopping ni selalunya pergi beli barang dapur je kat kedai Makcik Piah. Kalau nak standard sikit pergi Tesco, beli barang dapur juga. Dah lama rasanya tak shopping untuk diri sendiri.
********************************
Rasanya inilah kali pertama aku jejakkan kaki kat syarikat suami aku ni sejak kita orang kahwin. Mesti dia terkejut tengok aku datang. Kebetulan hari ini sekolah cuti so, aku ingat nak ajak dia lunch kat luar.
Aku menghampiri receptionist yang rancak berborak dengan kawan dia. Nasib baiklah aku ni bukan isteri boss yang suka menyibuk macam kat dalam drama tu, kalau tak nahas korang aku report kat boss nanti.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Wah, kerek kau ye jawab salam. Mentang-mentang aku ni takde gaya korporat macam korang.
“Saya nak jumpa dengan Encik Meor Azreen.” Aku masih berbudi bahasa biarpun budak perempuan kat depan ni dengan kawan dia macam nak tak nak je melayan aku.
“Ada buat appoinment ke?” Dia masih lagi kerek melayan aku.
“Takde.” Sebagai guru aku masih lagi bersopan-santun dan berbudi bahasa dengan budak ni, tapi jangan sampai tahap kesabaran aku hilang. Karang tak pasal-pasal aku bagi ceramah motivasi kat engkau.
“Lain kali kalau nak jumpa Encik Meor, make sure buat appoinment dulu. Dia sibuk, bukan boleh suka-suka hati je nak jumpa orang.” Wahai hati, bersabar jelah dengan budak perempuan yang tak tahu adab ni ye?
“Boleh tak cik telefon dia beritahu yang saya nak jumpa dia?”
“Puan. Kawan saya dah beritahu kan, kalau puan takde buat appoinment puan tak boleh suka-suka hati nak jumpa dia. Lain kali buat appoinment dulu, jangan main terjah je.” Ewah, kawan dia ni pun sama juga. Dahlah tak nak tanya aku ni siapa. Aku tak nak lah bagi tahu aku ni isteri boss korang, nanti kata aku ni eksyen, bak kata nenek aku kat kampung.
“Ini apahal kecoh-kecoh ni?” Seorang lelaki menghampiri kaunter sambil menghulurkan sampul berwarna coklat kepada salah seorang budak perempuan di hadapan aku.
“Ini Encik Azhar, dia nak jumpa Encik Meor Azreen tapi tak buat appoinment. Encik Meor dah bagi tahu hari ni dia sibuk. Kak Jessy bagi tahu orang yang buat appoinment je Encik Meor nak jumpa.” Ya Allah peningnya kepala aku dengar budak perempuan ni mengadu, macam aku ni buat salah besar.
Yang mamat ni pula apahal duk pandang aku semacam je?
“Wife Azreen ke?” Dia bertanya sambil tersenyum. Aku kenal ke dia ni? Soalannya kujawab dengan anggukan.
“I Azhar, kawan Azreen. Masa you kahwin dulu I ada datang.” Aku senyum. Manalah aku nak ingat dia datang ke tak. Bukan sikit orang yang datang, tak terhafal aku muka-muka dia orang.
“Tak mengajar ke hari ni?” Eh, dia tahu aku cikgu ke? Mestilah dia tahukan, dah nama pun kawan mesti dia ada tanya-tanya kat suami aku tu.
“Hari ni cuti, so, ingat nak ajak Azreen lunch. Tak tahu pula nak kena buat appoinment.” Azhar ketawa, faham agaknya aku perli budak berdua ni.
“Malas nak call, ingat nak buat surprise.”
“O, kalau nak buat surprise tak payah call bagi tahu dia, terus je terjah.”
“Karang kalau main terjah-terjah je tak pasal-pasal kena tahan dengan pak guard pula.” Azhar ketawa lagi. Hish dia ni, aku ada buat lawak ke? Beria sangat dia ketawa.
“Jom saya bawa awak buat surprise. Tak payah call dia.” Azhar menarik tanganku. Ewah, sedap je tarik tangan aku. Aku cepat-cepat menarik balik tangan aku.
“Sorry, tak sengaja.” Aku senyum, bukan sebab aku tak kisah tapi tak nak lah jatuh kan air muka dia.
Azhar bawa aku menuju ke tingkat 12, tingkat yang menempatkan pejabat suamiku.
“Jessy, ni wife boss.” Seorang wanita Cina berdiri, menguntumkan senyuman lalu menghulurkan tangan kepadaku.
“Hi.” Aku menyambut tangannya dengan senyuman.
“Pergilah masuk. Boss dengan Cik Amelia.” Cik Amelia? Macam pernah dengar nama tu. Aku melangkah menuju ke pintu, mengetuk sekali lalu terus membuka pintu dan...
Aku punya plan nak bagi kejutan kat suami aku sebab aku tak pernah sekali pun jejakkan kaki kat syarikat ni. Aku punya plan nak ajak suami aku pergi lunch sama memandangkan aku tak pernah buat macam ni tapi aku yang dapat kejutan. Suami aku dengan penuh hemahnya memeluk sambil mengusap kepala seorang perempuan yang sedang duduk di sofa, yang sedang merangkul erat pinggang suamiku sambil membenamkan kepalanya di pinggang suamiku.
Abang, Dina memang terkejut ni. Rasa macam nak luruh jantung ni. Kat mata aku ni dah berkolam, tunggu masa je nak jadi empangan yang pecah. Itulah kenapa kau tak nak duduk diam-diam je kat rumah? Kenapa gatal sangat nak ajak suami kau pergi lunch?
Kaki yang tadinya melekat erat kat lantai mula mengajak aku untuk melangkah meninggalkan bilik ini. Aku pusing membawa badan yang rasanya tak bermaya ini melangkah melewati Jessy dan Azhar yang tolong aku untuk buat surprise kat suami tercinta aku tu.
“Dina.” Panggilan suamiku antara dengar dan tidak. Entah kenapa aku rasa seluruh anggota badanku sepertinya ingin berhenti berfungsi.
“Dina.” Sepasang tangan merangkul tubuhku dari belakang.
************************************
Nur Dina Azlin, nama seindah wajah. Pertemuan dengan my other half ni mungkin disebabkan takdir. Hanya kerana aku terlambat berjumpa client, pertemuan antara kami tercipta. Perlanggaran kecil yang menyebabkan kereta Myvi yang baru dibelinya kemek di bahagian belakang. Disebabkan rasa bersalah aku bersetuju membayar segala kos kerugiannya, dan semestinya nombor telefonnya kuminta supaya senang aku berurusan. Dari situlah segalanya bermula.
Pintu bilik air telah berkali-kali kuketuk tapi my other half buat tak tahu je. Marahlah tu sebab aku mungkir janji semalam.
“Dina, what are you doing? Lama sangat kat dalam tu, boleh tak cepat sikit? Abang dah lambat ni.” Sekali lagi aku menjerit. Pagi ni ada mesyuarat dengan wakil dari Nusantara Berhad. Papa dah siap warning kat aku jangan lambat, sebab projek ni penting untuk syarikat kami meluaskan pasaran ke luar negara.
My other half buka pintu, air menitis dari rambut separas bahunya. Alahai sayang, asal goda abang pagi-pagi ni? Bau syampu menusuk ke lubang hidungku.
“Wanginya. Dina syampu rambut ye?” Eh, apa punya soalanlah yang aku tanya, dah sah-sah rambut dia basah. My other half angkat kening sebelah, benganglah tu dengan soalan kanak-kanak aku tu.
“Jom mandi lagi sekali dengan abang?” Hehehe, saja nak mengusik dia.
“Bukan tadi abang cakap yang abang dah lambat ke? Ini apa hal bertenggek kat sini lagi? ” Haahlah, lupa pula bila tengok muka cute my other half ni.
Habis mandi aku keluar, sejuk betul. Lupa nak suruh orang baiki heater tu. Kemeja biru lembut yang tergantung di luar almari aku capai. Selepas siap, aku turun ke bawah dan hidungku telah pun mencium bau minuman kegemaranku. Mana my other half ni? Oh, basuh kain. Cuti sekolah ni memang cantik berseri rumah aku ni. Bukanlah hari sekolah rumah ni kotor tapi biasanya kalau my other half mengajar, malam-malam baru dia basuh kain. Balik sekolah kemas rumah, kesian dia tapi bila aku nak upah maid dia tak nak.
My other half menghampiri meja makan, aku dengan baik hati menarik kerusi untuknya, nak pujuk balik hati my other half yang dah terguris tu. Hehehe.
“Hari ni abang balik awal, nanti kita keluar nak? Makan kat luar.” My other half diam, aduh tak habis lagi merajuknya. Abang bukan sengaja mungkir janji semalam sayang.
“Sampai bila nak merajuk dengan abang ni? Janganlah merajuk lama-lama, abang bosanlah. Dahlah kita berdua je kat rumah ni, kalau ada orang lain boleh gak abang layan bersembang.” Still diam. Marah benar my other haf ni, tapi kalau aku pun mesti marah juga, dia tunggu kat restoran tu dekat sejam setengah baru aku teringat nak call dia. Tengok handphone dekat 20 missed call. Aku bukan sengaja tapi semalam memang aku busy, terlupa pula handphone tinggal atas meja.
My other half aku tengok asyik menyapu jem pada roti. Sedang dia berkira-kira untuk menyumbat roti ke mulutnya, aku merampas roti dari tangannya, sepantas kilat mencium pipinya lalu berlari menuju ke pintu sebelum my other half mengamuk. Sorry sayang.
BERSAMBUNG........
Lagu:
Rajuk Si Hawa - Kristal Download MP3
Kecewa - Vagetoz Download MP3
BERSAMBUNG........
Lagu:
Rajuk Si Hawa - Kristal Download MP3
Kecewa - Vagetoz Download MP3
No comments:
Post a Comment