Sekarang ni org semua duk asyik layan cerita Korea, lagu Korea, termasuklah aku. Masa zaman Winter Sonata dulu aku tak berapa layan cerita Korea ni tapi bila era Full House, My Girl dan seangkatan dan seera dengannya 'menapak' di Malaysia terus aku 'dijajah' oleh cerita-cerita dari Korea. Zaman muda remaja dulu aku suka layan cerita Jepun dan paling 'tersemat di lubuk kalbu' ni cerita With Love dan Tokyo Cinderella. Sampai sekarang aku masih setia dengan cerita Jepun dan pada sapa2 peminat Kimura Takuya aku nak suggest tengok cerita Engine, memang menyentuh perasaan.
Bercerita tentang Jepun ni teringat pula masa belajar kat Shah Alam dulu. Bila sambung degree aku kena amik bahasa ketiga, bahasa kedua pun tak berapa nak lancar, ada hati nak amik bahasa ketiga, kihkihkih. Tapi memang dah ditetapkan oleh pihak U, so ikut jelah. Asalnya aku nak amik bahasa Mandarin, kononnya nanti senang minta kerja tapi semua kelasnya penuh. Ada member aku ajak amik bahasa Arab, ada yang ajak amik bahasa France (pergh, tergeliat lidah aku). Akhirnya, aku amik bahasa Jepun sebabnya semua roomate aku amik bahasa Jepun, so senanglah kita orang nak gi kelas sekali and senang nak buat assignment.
Masa belajar bahasa Jepun dulu ada satu cerita yang aku rasa agak kelakar, sorang kawan aku ni, masa test dia buat lawak. Walaupun apa yang kita org belajar tu tak lah banyak sangat tapi bila test tu semua benda yang kita org sempat hafal boleh lupa dan kawan aku ni paling 'mengancam' jawapan dia. Soalan test tu dlm BI, suruh kita org translate ke bahasa Jepun, apa yang perlu diucap bila kita balik ke rumah. Jawapannya tadaima tapi kawan aku ni dah blank sangat dan tak nak biar soalan tu kosong tak berjawab, dia dengan pandainya tulis Assalamualaikum. Waktu kita org dgr cerita dia rasa macam nak pecah perut dan apalah agaknya yg sensei kita org rasa.
Cerita pasal blank ni, aku pun pernah alami benda ni. Jawapannya senang je tapi aku boleh lupa dan paling tak boleh diterima sebab aku adalah peminat komik. Haaa, geram giler waktu tu. Soalannya cuma minta translatekan comic ke bahasa Jepun dan macam manalah aku boleh lupa yang jawapannya manga. Dan seperti kawan aku tadi, aku pun tak nak tinggalkan kosong jadi aku pun dgn bijak bestarinya tulis jawapannya komikku. Hehehe, guest wat,jawapan aku betul. Hahaha (gelak dgn berlagaknya). Ada sesetengah bahasa Jepun ni yg dorg duk pandai2 buat imbuhan sendiri, ala kiranya macam kata pinjam, macam bahasa kita juga, duk pinjam bahasa Inggeris, tu yg wujudnya perkataan dominasi, informasi dan sbgnya.
Rindu giler saat2 tu, seronok dpt belajar sesuatu yg baru. Sekarang ni jgn ditanya, banyak yg aku dah lupa sebab tak pernah praktiskan. Setakat yg simple2 tu tahulah. Macam mana dgn kawan2 sekelas aku tu? Masih ingat lagi ke apa yg pernah kita belajar? :p Sayonara..
Ini lagu Jepun pertama yg aku hafal dan kalau lagu ni aku buka kat pc aku, aku siap boleh sing along sambil sapu sampah. :-)
No comments:
Post a Comment