Pernah tak satu ketika dulu korang buat checklist yang bertajuk cam gini “Ciri-ciri Lelaki Idaman”? Aku percaya ramai antara kita ni jenis yg very organize la konon. Setiap benda ada senarainya dan aku juga pernahlah tergolong sebagai spesis ni. Seawal usia menginjak ke alam remaja aku dah duk senaraikan satu persatu apa ciri-ciri lelaki yang bakal jadi boyfriend aku. Kalau nak tahu meh kita check sama-sama, manalah tau kot2 ada yang sama macam korang. Untuk pengetahuan korang senarai ni xla mengikut priority, aku main letak je.
1. Pandai buat lawak dan bunyi ketawa macam ni.
3. Kalau boleh belajar kat U
4. Kerja bagus (Pilot TUDM, sebab nampak smart pakai uniform pastu bleh bawa pesawat tentera)
5. Fizikal yang sedang-sedang je, tak nak ketul-ketul cam ni
Tak nak macam ni juga
Cukup macam ni je
6. Ada jari yang cantik, nampak maskulin (mengarut je kan?)
7. Ada ilmu agama yang kukuh, supaya dapat bawa aku ke jalan yg lurus
8. Suka lelaki yang nampak kemas
Waktu formal
Waktu santai
9. Pandai main gitar, supaya dia boleh mainkan lagu untuk aku.
10. Romantik
Bila fikir-fikir balik kelakar pun ada, siapa kita ni nak memandai-mandai tentukan dengan siapa jodoh kita, dah tu pandai pula senaraikan apa yang perlu ada pada lelaki idaman kita. Ingat macam beli barang kat Tesco ke? Perkataan ni dah selalu kita dengar, “kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan,” so tak tau nak amik iktibar ke? Sebagai manusia yang penuh dengan kekhilafan, kita seharusnya memohon agar Allah pertemukan dengan pasangan yang baik, bukan tugas kita untuk menentukan lelaki yang menepati ciri-ciri yang kita senaraikan adalah TERBAIK.
Tapi bagi aku tak salah kalau kita senaraikan ciri-ciri lelaki idaman kita tapi, yang penting kalau kita senaraikan 10, janganlah duk mengharapkan sepuluh2 ciri tu ada pada seorang lelaki. Memadai kalau dua, tiga yang mengena. Bila dah mengena tu, tunggu apa lagi, terima je. Janganlah duk mengharap dan menunggu Mr. Rightlah, Prince Charminglah, cukuplah dengan Mr. Simple yang ada tu. Dan bagi aku yang taklah berapa arif dengan cintan-cintun ni, dalam sesuatu hubungan tu selain istilah biasa yang kita dengar iaitu “Give and Take,” aku rasa kita kena terapkan satu factor ekonomi, iaitu complement macam complementary goods tu. Sebab ada kopi, kena ada gula, jadi hidup kita ni kena sentiasa saling lengkap-melengkapi. Ciao.
No comments:
Post a Comment