Novel ini memaparkan kisah sebuah keluarga Melayu, iaitu keluarga Zarina. Zarina dan keluarganya bertolak ke Belanda untuk bertemu dengan ayahnya, iaitu Encik Ali. Encik Ali bertugas membuat penyelidikan di universiti di Belanda, terutamanya Universiti Leiden. Perjalanan Zarina bersama dengan ibunya, iaitu Puan Ros serta adiknya, Rizal menempuh pelbagai kesukaran pada mulanya. Peluang berada di Belanda digunakan sepenuhnya oleh keluarga Zarina untuk melawat bandar-bandar dan tempat-tempat yang menarik di Eropah. Kota yang terdapat di England, Perancis, Jerman dan Belanda telah dikunjungi oleh Zarina sekeluarga.
Selama berada di Belanda, Zarina telah berkenalan dengan seorang pemuda kacukan Indonesia-Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Kepetahan Niek berbahasa Melayu serta sikapnya yang berbudi bahasa dan memahami nilai-nilai ketimuran telah memikat hati Zarina. Persahabatan antara Zarina dengan Niek semakin akrab. Ibu dan ayahnya kurang senang dengan persahabatan itu kerana perbezaan mereka dari segi agama dan kebudayaan antara timur dan barat. Sesuatu yang tidak diduga terjadi pada Zarina, iaitu dia hampir diperkosa oleh seorang pemuda Belanda. Titik hitam itu menyedarkan Zarina akan perbezaan budaya antaranya dengan Niek.
LATAR
Latar Tempat Latar Masyarakat
* Lapangan Terbang Subang * Masyarakat Barat
* Lapangan Terbang Dubai * Masyarakat yang berjalan laju
* Belanda * Masyarakat Barat yang bebas
* Perancis ketika berusia 21 tahun
* England
* Jerman
* Belgium
PLOT
* Zarina dan keluarganya menaiki kapal terbang dari Kuala
Lumpur dan mendarat di Lapangan Terbang Sehipol,
Amsterdam.
* Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya Encik Ali tidak
menunggu mereka seperti yang dijanjikan kerana ketinggalan
kereta api.
* Keluarga Zarina berkenalan dengan Mevrouw de Vries, iaitu
tuan rumah sewa mereka.
* Cuaca sejuk di negara-negara Eropah menyebabkan Zarina
kurang selesa. Suhunya hingga 13C. Masyarakat Barat tidak
mengambil peduli tentang masalah orang lain. Mereka gemar
membaca buku. Penjagaan kemudahan awam, seperti bilik air
amat mengagumkan Zarina.
* Zarina dan keluarganya melawat ke kawasan penanaman bunga
serta tempat-tempat bersejarah iaitu Castle yang dibina dalam
kurun yang ke-17.
* Zarina dan keluarganya berkenalan dengan seorang pemuda
Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Neneknya berketurunan
Indonesia dan dia dapat berbahasa Indonesia loghat Belanda.
Seorang pemuda Belanda merungut kerana tidak tahan dengan
bau masakan ibu Zarina.
* Zarina dan keluarganya melawat ke Paris. Mereka melawat ke
tempat-tempat bersejarah seperti bangunan Eiffel Tower.
Mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan halal.
* Niek mempelawa Zarina bersiae-siar. Niek memberitahu Zarina
bahawa gadis-gadis di Belanda bebas memilih pasangannya
sendiri. Mereka bebas sepenuhnya apabila berumur 21 tahun.
Orang-orang Barat berjalan cepat dan kebusan ini sukar diikuti
oleh Zarina. Persahabatan antara Zarina dengan Niek yang intim
menimbulkan kebimbangan ibu dan ayahnya.
* Lawatan ke London, sesuatu insiden berlaku, iaitu seorang
pemuda cuba memasukkan bungkusan dadah ke dalam beg
Zarina tetapi perbuatan pemuda itu berjaya dikesan.
* Zarina semakin berani bertemu dengan Niek tanpa kebenaran
ibu bapanya terlebih dahulu. Ayah Zarina melarangnya
berkawan dengan Niek.
* Zarina hampir diperkosa semasa menghadiri majlis hari jadi
kawan Niek. Zarina memohon maaf atas kesalahannya daripada
ayah dan ibunya. Zarina ingin memutuskan hubungan dengan
Niek.
* Zarina dapat merasakan perbezaan antara Timur dengan Barat.
Dia mengaku bahawa dirinya anak Timur dan tidak dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan Barat.
GAYA BAHASA
a) Diksi
Pemilihan kata-kata yang digunakan oleh pengarang agak luas,
iaitu menggambarkan kehidupan semasa berada di beberapa
buah negara Eropah. Kemungkinan catatan ini adalah hasil
pengalaman sebenar pengarang.
b) Ayat
(i) Pengarang turut menyelitkan beberapa peribahasa Melayu
dalam novel ini.
Contohnya: Menarik rambut dalam tepung, rambut juga
putus dan tepung jangan berselerak (m/s 94)
(ii) Penggunaan bahasa asing
Contohnya: Bahasa Belanda - Daag, Bedankt
Bahasa Perancis - Madame, messeur
Bahasa Inggeris - nothing to declare, thank you
Bahasa Arab - syukran
(iii) Penggunaan dialek
Contohnya: Indonesia - selamat sore, enggak, pakansi
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
- Kasih sayang
- Hormat- menghormati
- Menjaga ikatan persahabatan
- Semangat patriotisme
- Mendengar nasihat
- Menyedari kesilapan
- Jujur
- Bertanggungjawab
Pengajaran
* Tali persahabatan patut dijalinkan tanpa mengira agama
dan warna kulit.
* Perlunya hormat-menghormati antara satu dengan yang
lain, walaupun berbeza kebudayaan.
* Kesedaran tentang perlunya jati diri dan semangat cinta
akan tanah air.
* Nilai baik dari luar perlu dicontohi, manakala nilai-nilai
yang kurang baik perlu ditinggalkan.
* Nasihat orang yang lebih tua perlu dihormati dan tidak
mengikut nafsu muda.
* Kita perlu menyedari kesilapan diri dan segera meminta
maaf.
* Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kasih sayang antara
anggota keluarga.
No comments:
Post a Comment