TEMA
Memaparkan perbezaan kebudayaan, iaitu antara kebudayaan barat dengan kebudayaan timur.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama Watak Sampingan
Zarina Niek Van Hoeve
Encik Ali
Puan Ros
Mevrouw De Vries
Perwatakan
1. Zarina - Merupakan gadis belasan tahun yang sedang
- Dia bersama keluarganya pergi ke Belanda
untuk mengunjungi ayahnya iaitu Encik Ali
yang sedang bertugas di sana.
- Zarina seorang yang agak bebas tetapi tetap
mempertahankan tata susila adat ketimuran.
- Dia hampir jatuh hati kepada seorang pemuda
kacukan Indonesia-Belanda yang bernama
Niek Van Hoeve.
- Peristiwa yang hampir menimpa diri Zarina
telah menyedarkannya supaya menolak
nilai-nilai bebas Barat.
- Zarina akhirnya menganggap bahawa tanah
airnya sendiri, iaitu Malaysia sebagai tempat
yang selesa dengan dirinya.
2. Niek Van Hoeve - Merupakan seorang pemuda Belanda
Belanda mengahwini neneknya yang
berbangsa Indonesia.
- Umurnya 18 tahun dan mempunyai cita-cita
untuk melanjutkan pelajaran di Universiti
Leiden dalam jurusan Sejarah Indonesia.
- Dia seorang yang berbudi bahasa dan
memahami tatasusila ketimuran.
- Dia fasih berbahasa Indonesia dan telah
berkenalan dengan Zarina.
3. Encik Ali - Ayah kepada Zarina. Isterinya bernama
- Beliau bertugas di SAOS (School of Oriental
and African Studies), iaitu sebuah daripada
pusat pengajian Universiti Leiden. Beliau
banyak juga membuat penyelidikan di
beberapa buah universiti di Belanda.
- Beliau juga dapat berbahasa Belanda.
4. Ros - Ibu kepada Zarina dan Rizal.
- Beliau amat mengambil berat tentang anak-
anaknya terutamanya Zarina. Beliau amat
bimbang sekiranya Zarina jatuh hati pada
Niek.
5. Mevrouw de Vries -Umurnya dalam lingkungan 40 tahun.
gemuk, baik hati, dan mesra. Dia tinggal
bersendirian dengan anjing peliharaannya.
- Dia membeli peralatan memasak yang baru
setelah menyedari bahawa keluarga Encik
Ali beragama Islam.
- Suaminya pernah berkhidmat di Indonesia.
No comments:
Post a Comment