Pagi tadi sebelum mulakan kerja macam biasa, buka sat Metro online dan gambar pertama yang buat airmata aku bergenang adalah, berita kemenangan Palestine. Walaupun hanya kemenangan kecil pada tanggapan sesetengah orang tapi bagi aku kemenangan tersebut sesuatu yang sangat bermakna.
Seperti yg kita tahu Yahudi merupakan bangsa yang ego, angkuh, sombong dan penuh tipu muslihat. Maka, bila mereka tunduk dengan beberapa tuntutan Hamas, itu sudah memadai untuk satu permulaan dalam menuntut kemerdekaan Palestine yang mutlak.
Aku buka FB Aman Palestine, Aqsa Sharif juga FB kepunyaan Al-Qassam Brigades semata-mata ingin melihat wajah-wajah rakyat Palestine yang bergembira menyambut kemenangan peperangan kali ini. Biarpun ramai yang gugur, namun gugur mereka gugur syahid. Tak sedar yang aku turut mengalir airmata. Dalam kibaran bendera mereka, terselit bendera kita. Alhamdulillah. Mungkin tak besar mana pertolongan kita namun dengan sedikit bantuan itu kita mampu menghadirkan senyuman dan harapan buat mereka.
Aku di sini akan terus berdoa dan menyokong Palestine. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati aku dan biralah tertutup nafsu aku untuk menjamah dan menggunakan produk Yahudi. Aku akan terus memboikot. Mungkin ada yang mempersoalkan keberkesanan boikot ni, tapi Alhamdulillah seluruh dunia turut memboikot kerana kalau hanya kita memang takde kesan.
Teruskan berjuang wahai Palestine sehingga bumi suci itu kembali bergemerlapan dengan sinar Islam. Amin.
Wajah-wajah gembira dari kanak-kanak hingga ke warga emas.........
No comments:
Post a Comment