Monday, 11 August 2014

Dil To Pagal Hai Punya Cerita.....

Assalamualaikum....

Entah buang tebiat ke apa dorg ni? Dari petang Sabtu aritu sampai hari ni, kat opis ni asyik main lagu dari filem Hindi popular tu. Rasanya ni gara-gara tak dapat tengok ari Sabtu aritu. Tiap-tiap minggu ada filem Hindi kat TV3 tu tapi tak pernah plak jadi isu kat opis. Tapi Dil To Pagal Hai punya penangan sampai ada yang malas nak masuk opis balik (terpaksa masuk juga, rugilah potong gaji separuh semata-mata Dil To Pagal Hai. Memang Pagal lah kalau buat camtu.)

Aku pun suka movie ni sebab aku sangat SUUKAA Madhuri Dixit (pada aku dia aktres Bollywood yang paling cantik senyumannya). Kat opis hari tu tak abis-abis citer pasal movie ni. Tadi pun Abang Farid siap mainkan mv movie ni. Ralitlah dorang tengok Karisma menari-nari. Seb baik masa bos masuk dia tak cakap apa (suka dgr lagu Hindi juga kot). 

Dalam melayan lagu Hindi tu, terdengar berita gumbira. Dari dalam bilik, aku duk diam je dengar bos aku tanya kat Abang Farid, company tak buat jamuan hari raya ke? Wah, mimpi apa agaknya dia semalam. Dah dua kali aku beraya sebagai staf kat sini, tak pernah lagi company nak sponsor jamuan hari raya pekerja. Selalu tu inisiatif pekerjalah cari sponsor tuk buat jamuan kecil-kecil kat dalam production sana. Siap suruh kita orang bincang then, bagi anggaran kos utk jamuan tu nanti. Yabedabedu.

Tu citer gumbira untuk hari ni, cerita sedih (sedih sketla) pula aku dah 3,4 hari menunggu tempahan novel yang aku order dari Idea Kreatif. Ingatkan dapatlah masa hari Jumaat hari tu, on my birthday 8 Ogos (org tak bagi kita hadiah, kita bagilah untuk diri sendirikan)  

Aku biasa beli novel kat Jemari Seni dan dia punya proses sangatlah pantas. Kalau sebelum kol 12 kita order, tak esoknya atau lusa mesti dah sampai (hari kerjalah). Dan dorg sentiasa update status pesanan dan penghantaran, nak-nak kalau dorg pos guna Poslaju, dorg bagi track no utk kita track barang kita. Idea Kreatif pun ok juga, cuma nak tunggu pengesahan pembayaran dan penghantaran lambat sket. Tapi mungkin juga sebab opis baru buka lepas cuti beraya dan maybe staf tak ramai keje lagi ke (berprasangka baik ni).

Apa pun aku dah tak sabar nak baca 2 novel yang aku order ni. Baca sket kat blog penulis macam best. Setakat yg aku baca, aku sangat suka cara penulisan dorg. Taklah terasa baca buku teks zaman belajar dulu.



Nota kaki: Dah angin bos cam baik tu...harap2nya proposal kenaikan gaji yg dibagi Abang Farid tu diluluskan. Amin. 

Update terkini (2ptg): Novel-novelku dah sampai...yeahhh

No comments:

Post a Comment