Friday, 22 August 2014

R. I. P..... MH17 VICTIMS

Assalamualaikum...

Hari yang sangat sedih buat seluruh warga Malaysia. Hari ni kita menyambut 20 orang mangsa nahas MH17 yang ditembak pada 17 Julai lalu. Seluruh negara sedang berkabung.


Sedih betul tengok siaran langsung menyambut ketibaan jenazah. Walaupun takde pertalian darah tetap rasa nak menangis tapi nasib baik kat ofis. Kalau kat rumah ni memang aku dah menangis dah. Terbayang kalau apa yang terjadi berlaku pada aku dan keluarga aku. 

Paling tak tahan bila ada antara mereka yang ingin pulang ke Malaysia selepas sekian lama menetap di luar negara, ada yang pulang kerana ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga di Malaysia ada yang berseorangan pulang dan ada yang bersama keluarga. Sebagai orang Islam kita kena menerima ketetapan Allah cuma rasa sedih tu tetap ada kerana cara kematian mereka tu takde siapa menduga.


Al Fatihah.




No comments:

Post a Comment