Saturday, 30 August 2014

Hari Raya di Kampung Setia.

Assalamualaikum..

Ok, tahu hari raya dah habis tapi nak citer juga sambutan hari raya yang diadakan julung-julung kali kat kampung aku pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014 aritu. Kampung aku ni kecik je dan penduduk pun tak ramai. Dahlah tak ramai, berpecah-pecah pula parti politiknya. Prinsip dulu-dulu, pembangkang taknak bercampur dengan xtvt yg JKK anjurkan, kononnya haram. Haish...<geleng kepala>.

Tapi Alhamdulillah, sejak bulan Ramadhan yg lalu, kampung yang suram ni kembali ceria. Tiap-tiap malam dah dengar balik azan berkumandang. Imamnya dari pembangkang dan bilal serta makmum dari puak kerajaan. Boleh je bercampurkan? Dalam beribadat dan bermasyarakat ni jangan dicampur-adukkan hal-hal politik. Nak berpolitik bila tiba pilihanraya, pangkah pemimpin 'kesukaan' masing-masing.

Ok, tak mau citer pasal politik. Masa majlis ni diadakan, aku kerja. So, petang tu abis kerja baru aku pergi. Siap ajak lagi geng-geng dari tempat kerja. Bukan jauh mana, sebelah je kampung aku tu dengan tempat kerja aku.



















Siap jemput ADUN Lintang lagi. Tapi waktu YB datang, aku kerja lagi...Seronok bebudak tu dapat duit raya. Yang makcik-makcik ngan pakcik-pakcik pula dapat le saguhati sikit.

Sebelum majlis bermula. Cuaca waktu ni dah redup dan mendung je.

Waktu ni hujan dah mula turun. Kejap lebat kejap rintik.



Antara tetamu-tetamu yg datang. Hujan-hujan pun ramai yg datang, macam kenduri kahwin je.

Ini orang besar-besar. Hehehe..Ketua Kampung sebelah-menyebelah.

Abang-abang penjaga air..

Ini antara tukang masak yg menyediakan juadah aritu. Dengarnya dari start majlis sampai aku datang tu berapa kali dia orang menggoreng. Mee, kuew tiaw. Masa aku datang dapat bihun goreng, sedap, panas-panas plak tu.

Gambar-gambar ni ayah aku yg tangkap, so takdelah gambar makanan yang dihidangkan buat tetamu. Tapi antara menunya aritu termasuklah laksa, lemang pulut dan pulut hitam, nasi impit kuah kacang, rendang dan kuih-muih lain.

Ini selepas majlis selesai pada pukul 6 ptg. Aku dah ada kat rumah kot waktu ni sebab lepas majlis kat kampung ni aku pergi rumah terbuka kat kampung sebelah pula.

Ini makcik aku yg sakan menyanyi lagu raya petang tu. Seronok dia lepas gian berkaraoke.


Warga kampung aku yg bertungkus-lumus menjayakan majlis hari raya ni.

Orang kuat Kampung Setia.

Barisan ahli JKK yang merupakan tulang belakang kampung ni. Mana anak muda? Dah tak ramai yg takde kat kampung. Yang ada pula sibuk kerja sampai takde masa nak join xtvt kampung, termasuklah aku ni. Hehehe.

No comments:

Post a Comment