Thursday, 7 August 2014

Raya Tahun Ini...Part I

Assalamualaikum... Walaupun dah masuk hari keempat kerja tapi masih tak berapa ada mood. Bukan sebab nak beraya lagi tapi dua tiga ari ni cuaca mendung dan hujan kat sini. So, aku membayangkan alangkah bestnya kalau dapat tidur...yoohoo.... Dah takyah berangan, nak save in this diary apa yg berlaku raya tahun ni..(tak berapa best rasanya)

27 Julai 2014 (Ahad)
Ok, org lain dah berpusu-pusu balik kg hari Jumaat lg (or mungkin ada yg lbh awal) tapi aku ari Ahad ni baru cuti. Yelah, ngada kot nak cuti awal, rumah ngan co. aku kerja ni kg sebelah2 je kot. 

Pagi: aku ni dah semangat nak merendang,alih2 mak aku suh mem'baking' plak sebab kat rumah tu xde sebutir pun biskut raya moden. Haish, aku bab2 buat biskut raya ni tersangatlah malasnya. Akhirnya terpaksa juga buat sebab mak aku g melemang ngan adik ipar and biras dia. Aku buat sekara (sejenis) je biskut pastu dlm masa sama try buat kek marble. Siap dua2 tu aku try buat kacang rugget yg resepinya aku tgk kat blog akak ni

Petang: Lepas solat Zohor yg dah terlajak waktu tu, aku mula buat rendang daging (tahun ni disebabkan mak nak buat nasi minyak ngan ayam goreng berempah jadinya rendang ayam tradisi bertukar kepada rendang daging). Tengah syok2 buat sekali baru perasan santannya takde. Aku keringkan aje rendang tu. Sebelum berbuka baru mak yg balik dari melemang masukkan santan (aku fobia dgn mesin kelapa). 

Malam: Aku baru ada selai je baju raya, makanya malam raya tu aku, mak, dan ayah gi bershopping di bandar Kuala Kangsar. Walaupun aku tahu risikonya (manusia akan memenuhi bandar Kuala Kangsar sampai nak cari parking pun susah) namun, demi nak cari tudung dan selai lagi baju aku redahkan jua. (Decision yg sngt aku menyesal, taun depan tak nak buat dah.) Dalam kesesakan yg maha hebat tu (amboi ayat), kami tiga beranak meredah lautan manusia demi misi mencari baju raya. Dalam keadaan penuh sesak dan hangat-pijo tu maka level kesabaran semakin berkurangan dan level panas baran sudah semakin meningkat. Muka yg happy nak cari baju raya dah bertukar menjadi gangster Kg. Dusun. Sudahnya, aku capai je mana yg berkenan dan bergerak balik. Sedar2 dah dekat pukul 12 malam, ambik kau. Tapi jalan2 ke Kuala Kangsar masih penuh sesak, nak tunggu lelonglah tu.. Dahlah, tak kuasa aku nak menunggu. 

28 Julai 2014 (Isnin)
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.. Takbir raya bergema dari corong surau kampung aku. Mak aku yg baru balik dari solat sunat Aidilfitri tiba-tiba menjerit dari muka pintu. Aku ingat apa, rupanya jemaah surau nak datang beraya atau kat kg aku ni kami panggil berdegho. Dan kenapa pula nak menjerit,?Sebabnya mak aku belum siap masak apa pun lagi. Sebab ingat rombongan berdegho dtg last kat bahagian rumah aku. Sudahnya makan lemang ngan rendang jelah, sebab nasi minyak tak siap lagi. Projek kuah lontong aku pun tak sempat nak siap sebab santan takde juga.

Tengahari: Semua dah siap masak dan mak aku tengah menggoreng ayam berempah, tetiba rombongan makcik aku, Mak Alah bersama anak menantu dan cucu datang menyerbu. Ambil kau penuh ruang tamu rumah aku, sampai tak cukup kerusi nak duduk. Tak lama lepas tu Mak Teh aku pun datang dengan keluarga dia. Baru dua keluarga je tapi gegak-gempita yg dirasakan macam rumah dilanda taufan. Adik ipar aku yg baru 1st time beraya bersama dah terdiam tak terkata. Elok tak lama lepas tu Mak Wan aku ngan anak cucunya pula sampai. Boleh bayangkanlah betapa riuhnya rumah aku sampai ada jiran aku nak beraya, tak berani nak singgah. 

Sempatlah berehat sekejap, sebab lepas tu sepupu-sepupu aku sebelah ayah pula amik turn beraya. (Mak Alah ngan Mak Teh dah pergi beraya tempat lain, tinggal Mak Wan n family je lagi). Tak dapat sepupu aku merasa nasi minyak complete set sebab abis disapu dek anak2 buah aku yg sebelum ni. Akhirnya, aku bagi seketul ayam goreng yg berjaya aku selamatkan kat anak sepupu aku.

Petang: Lepas bangun dari tidur, aku solat Asar, lepas tu mak ajak aku beraya rumah makcik2 aku sebelah ayah. Bukan jauh pun seberang jalan je. Sampai masuk waktu Maghrib, kita org beraya. 

Malam: Balik rumah, mandi, solat dan siap2 nak gi rumah Mak Alah aku pula, dorg buat BBQ. Ikutkan malas nak pergi, penat yg teramat sangat tapi kalau takde mak memang aku tak berjalanlah rumah sedara-mara. Aku ni bukannya pandai bersosial, jenis duk kat rumah je memerap. Tapi lambat pula perginya sebab kawan aku datang. Lepas dorg balik baru aku pergi rumah Mak Alah.

29 Julai 2014 (Selasa)
Ok, nape aku kata raya tahun ni tak berapa best sebab raya kedua dah duk bertapa di rumah. Rancangan nak g rumah Mak Teh di Ipoh terpaksa di'cancel'kan sebab kawan mak ngan ayah dari Johor nak datang. Nasi minyak dah abih, maka projek raya kedua adalah mee rebus tapi pergi pasar tak ramai yg meniaga akhirnya projek bertukar kepada laksa.

Pagi: Projek kuah lontong yg tak sempat masak semalam bertukar ke hari ni tapi sayang tempe terlupa nak simpan akhirnya dah rosak. Aku pergi ke Sungai Siput demi nak mencari tempe dan mak pula tak puas hati sebab tak de bunga kantan. Dengan meredah jalan yg sesak dgn kereta aku pergi pasar cari tempe, jawapan negatif. Pergi pula TF kotlah ada sebab selalu tu ada, pun negatif. Aku pergi balik pasar tanya bunga kantan. Katanya musim raya ni tak yah carilah tempe ngan bunga kantan, memang tak jumpa. Yelah, yg supply tu org Melayu, confirmlah sibuk nak beraya bila masa pula nak membuat n menghantar tempe. 

Tengahari: Katanya, kawan ayah ni nak sampai pukul 12 tapi tak sampai2, sebelum tu mak telefon katanya dalam pukul 1 sampai sebab dorg kat Teluk Intan, tapi tak sampai2 juga. Tengok jam dah dekat pukul 2, abis je mengadap drama raya lakonan Remy Ishak dan Siti Saleha, aku naik solat dan apa lagi tidur sebab migrain aku dah dtg say hi. 

Petang: Terjaga sebab tercium bau kuah laksa (boleh tak?) dan dgr bunyi bising2 kat bawah. Tak larat aku nak turun sebab kepala aku memang sakit minta hantuk ke dinding. Dah reda baru aku turun, mandi dan solat. Tarik lappy konon nak sambung tengok citer Jepun, last2 terlelap lagi. 

Malam: Ada rumah terbuka pakcik aku buat tapi tak pergi sebab rasa masih tak sihat lagi...

30 Julai 2014 (Rabu)
Akhirnya rancangan nak ke rumah Mak Teh bertukar ke hari ni.

Pagi: Siap kemas rumah, breakfast dulu sebelum nak beraya. Pada adik gemok aku yg tak ikut beraya, mak aku suh beli air karbonat je. Kalau ada org datang beraya tak yah susah2 nak membancuh air. Ton tain ton tain (kata mak aku, maksudnya lebih kurang cam leka buat itu buat ini) sedar2 dah kul 11. 

Tengahari: Sampai rumah Mak Teh, tak ramai org, lega. Dia masakkan kuew tiaw goreng kat kita org. Perut tgh lapar makanlah bertambah-tambah. Tak lama lepas tu, kakak sepupu aku, Kak Dek ngan suami dan anak juga Kiya ngan isteri dia sampai kat rumah Mak Teh. Rupanya dorg g rumah aku, bila tau kita org kat sini terus dorg dtg. Sekali lagi Mak Teh aku menyinsing lengan baju. Kali ni dia masak mee goreng pula. 

Petang: Lepas solat baru kita org bertolak balik. Itu pun ada hati mak aku nak ajak aku ke kedai jual barang kahwin ni sebab nak cari aksesori tuk bunga daun getah dia. Huish, tidaklah kuasa aku nak meredah jalan yg tgh sesak. Tapi degil juga nak g, lepas ayah bersuara barulah mak aku diam. Bukanlah tak nak, aku yg drive dan bukanlah cekap mana pun. Dgn jalan jam dan aku yg kurang sabar ni rasanya takyah lah tempah bala, buat stress je.

Ok, sambung len kali tuk Part II. Ciao.

No comments:

Post a Comment